Kempen Antarabangsa dan “Hari Tindakan Wanita Sedunia untuk Palestin” mengajak semua untuk Menyeru Tentera Islam agar Menyelamatkan Wanita dan Kanak-kanak Gaza, serta Membebaskan Seluruh Tanah Al Aqsa yang Diberkati
Ketika pengeboman kejam dan biadab yang membunuh di Gaza berterusan dilakukan oleh entiti ‘Zionis’, wanita dan kanak-kanaklah yang banyak menanggung beban pembantaian besar-besaran ini. Pengeboman lata-luas (carpet bombing) ke atas bangunan kediaman, tempat perlindungan, sekolah, hospital dan seluruh kawasan kejiranan telah menyebabkan Gaza menjadi tanah perkuburan bagi wanita dan kanak-kanak.
Di samping itu, kanak-kanak Gaza menghadapi kematian akibat kebuluran, dehidrasi dan penyakit kerana entiti Yahudi itu menjadikan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api sebagai alat atau senjata peperangan, melalui tindakan pengepungan dahsyat terhadap penduduk Gaza. Di samping itu, 1.5 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka sejak 7 Oktober. Dalam masa yang sama, entiti ‘Zionis’ terus mengganas, menganiaya, memenjarakan dan membunuh umat Islam di Tebing Barat sesuka hati tanpa sebarang hukuman apa pun.
Sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai abad ke-21 dan Nakba ini, Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir dengan kerjasama seluruh unit Muslimah Hizbut Tahrir di peringkat global telah melancarkan kempen antarabangsa secara intensif yang membawa kepada “Hari Tindakan Wanita Sedunia untuk Palestin” pada 26 November, untuk menuntut para tentera di negeri-negeri Muslim supaya bergerak segera menyelamatkan para wanita dan kanak-kanak Gaza, serta membebaskan seluruh Tanah Palestin yang diberkati daripada penjajahan yang membarah ini, sekaligus memberikan nusrah (dukungan material) kepada penegakan Khilafah `ala Minhaj nubuwwah yang akan menggerakkan pasukan kaum Muslim untuk membela ummah ini yang tertindas di seluruh dunia.
Hari Tindakan ini akan merentasi 5 benua dan akan merangkumi pelbagai bentuk aktiviti – seperti bantahan, seminar dan lain-lain lagi – oleh para muslimah di Palestin, Turki, Indonesia, Tunisia, Lubnan, Malaysia, Kenya, Amerika, Australia, Denmark, Belanda, Belgium dan Britain.
Justeru itu, kami mengajak umat Islam untuk mendukung kempen penting ini, dan kami menyeru kepada para wanita di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam “Hari Tindakan Wanita Sedunia untuk Palestin” ini.
Kempen boleh diikuti melalui media rasmi:
Facebook: Women’s Section CMO – HT
#ArmiesforAqsa
#GazaGenocide
#Palestine
#Gaza