[Aktiviti] 12 November 2023 (Ahad), Bangi – Liqa’ Muslimah disampaikan oleh Puan Ummu Thalhah. Beliau membawa Tajuk “Muliakan Israel (Yahudi) atas dasar apa?”
Diawal pembentangan beliau berkongsi sejarah keturunan Yahudi dan susur galur mereka. Bagaimana sifat-sifat jahat orang Yahudi yang diceritakan dalam Al-Quran.
Yahudi berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kemuliaan Islam. Salah satu usaha mereka ialah menubuhkan sebuah negara yang menjadi wadah kekuasaan. Mereka dengan licik mendakwa tanah Palestin sebagai milik mereka. Mereka mencipta konspirasi dan penindasan terhadap Palestin.
Sesungguhnya Bani Israil adalah kaum yang dilaknat oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman, “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” [TMQ Al-Maidah (5): 78]
Akhir perkongsian beliau,beliau memberitahu bahawa kita mestilah menjadi orang Islam yang benar dalam berfikir dan bertindak, tidak mudah bercakap apatah lagi gagal memahami masalah semasa umat yang sedang terjadi. Jangan mudah mengikut sesuatu yang anda tidak tahu kebenarannya. Telusuri dan kajilah terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menilai dan melabelkannya. Wallahu’alam bissawab.
#liqa #streetdakwah #SolidarityWithPalestine #Gaza #westandwithPalestine #ArmiesToAqsa #FreePalestine