BATILNYA SOLUSI DUA NEGARA UNTUK PALESTIN
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Pengantar: Solusi Dua Negara Diusulkan Lagi
Gagasan Solusi Dua Negara kembali diusulkan oleh berbagai negara seiring dengan perang antara Israel dan Palestin yang kembali parah akhir-akhir ini. (Sabtu, 7 Oktober 2023).
China mengatakan perang mematikan antara Israel dan Palestin dalam beberapa hari terakhir menunjukkan bahawa hubungan kedua negara ini tidak kunjung menunjukkan perubahan positif, sehingga realisasi Solusi Dua Negara perlu segera dilakukan. (https://www.cnnindonesia.com/internasional/20231013205819-120-1011089/apa-itu-solusi-dua-negara-terkait-konflik-israel-Palestin)
Selain China, Indonesia juga juga menyampaikan terkait Solusi Dua Negara sebagai solusi mengakhiri konflik. Hal tersebut disampaikan Menteru Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi dalam Persidangan Darurat Majlis Umum PBB yang disiarkan di saluran YouTube United Nations pada Jumaat (27/10/2023). (https://news.detik.com/berita/d-7007117/ri-dukung-two-state-solution-akhiri-konflik-israel-vs-Palestin-apa-itu)
Solusi Dua Negara yang kembali diusulkan sejak akhir ini (Oktober 2023), sesungguhnya adalah garis politik Amerika Syarikat, yang kemudian diikuti oleh negara-negara sekutunya di berbagai belahan dunia, baik di Timur Tengah, seperti Arab Saudi, mahupun di belahan dunia yang lain, termasuk Turki dan Indonesia.
Solusi dua negara ini ditentang oleh Britain dan sekutu-sekutunya, seperti Libya, Palestin, dan sebahagian ahli politik internal negara haram Israel, dengan Solusi Satu Negara, iaitu satu negara demokrasi Palestin yang sekular, yang menghimpun warga Muslim, Kristian, dan Yahudi dalam sebuah negara. Bahkan Muammar Gaddafi juga telah mengusulkan nama bagi negara tersebut, iaitu “Isratina”.
(https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/radio-broadcast/news-comment/54521.html).
Definisi dan Sejarah Solusi Dua Negara
Definisi
Solusi Dua Negara disebut juga dalam Bahasa Inggeris dengan istilah Two-State Solution, dan dalam Bahasa Arab disebut Hallu al-Dawlatayni (حَلُّ الدَّوْلَتَيْنِ).
Solusi Dua Negara adalah solusi untuk apa yang disebut konflik Israel-Palestin yang menyerukan adanya dua negara, iaitu negara Israel dan negara Palestin, yang hidup berdampingan secara damai, dalam persempadanan pasca Perang Arab-Israel tahun 1967. Wilayah Palestin (22%) adalah Tebing Barat, Gaza dan Al-Quds, sedang selebihnya adalah wilayah Israel (78%).
Sejarah Ringkas
- Tahun 1937: Solusi Dua Negara pertama kali dicetuskan oleh Palestine Royal Commission yang dibentuk Britain sebagai pemegang mandat kekuasaan di Palestin pada tahun 1937. Suruhanjaya Peel tersebut mengusulkan pembentukan dua negara, iaitu negara Yahudi dan negara Arab, untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Usulan Solusi Dua Negara sempat diabaikan oleh kedua bangsa tersebut (Arab dan Yahudi), namun sering digunakan sebagai landasan penyelesaian konflik ini.
- Tahun 1947: sidang PBB kembali membahas usulan Solusi Dua Negara dan terus mendapat penolakan keras dari Arab yang menentang pembentukan negara Israel.
- Tahun 1948: berlaku perang Israel-Arab tahun 1948 untuk merebut wilayah sengketa yang berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata dan kemenangan berada di pihak Israel. Berdirilah apa yang kemudian disebut “negara Israel” pada tanggal 14 Mei 1948.
- Tahun 1970-an: Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestin (Palestine Liberation Organization/PLO) telah mendukung Solusi Dua Negara sejak pertengahan tahun 1970-an.
- Tahun 1982: negara-negara lain juga turut mendukung gagasan Solusi Dua Negara ini sejak tahun 1982 pada KTT Arab di Fez (Maghribi).
- Tahun 1993: Pemerintah Israel dan PLO sepakat untuk menerapkan Solusi Dua Negara sebagai bahagian dari Kesepakatan Oslo (Oslo Accords), yang mengarah pada pembentukan Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority/PA).
- Tahun 2003: pemimpin kedua “negara” (Israel dan Palestin) bersepakat dalam Perjanjian Geneva sebagai rancangan perdamaian, namun berbagai usaha yang dibuat tidak berakhir dengan terciptanya Solusi Dua Negara tersebut hingga saat ini (2023).
- (https://www.cnnindonesia.com/internasional/20231013205819-120-1011089/apa-itu-solusi-dua-negara-terkait-konflik-israel-Palestin; https://news.detik.com/berita/d-7007117/ri-dukung-two-state-solution-akhiri-konflik-israel-vs-Palestin-apa-itu)
Solusi Dua Negara adalah Batil
Solusi Dua Negara adalah gagasan batil dan wajib hukumnya ditolak oleh kaum muslimin di seluruh dunia, baik dia individu, kelompok/organisasi, mahupun negara. Ada sekurangnya 6 (enam) sebab mengapa Solusi Dua Negara ini batil;
Pertama, Solusi Dua Negara akan menghentikan jihad fi sabilillah secara tetap untuk melawan negara “Israel”, padahal jihad itulah yang merupakan solusi syarie yang wajib hukumnya untuk merebut kembali tanah Palestin sebagai milik kaum muslimin yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.
Hukum jihad adalah fardhu ain (wajib) jika musuh menyerang atau menduduki tanah umat Islam. Jihad inilah solusi Islam bagi pendudukan Palestin oleh Zionisme Yahudi. Imam Al-Kasani, rahimahullāh, berkata:
إِذَا عَمَّ النَّفِيْرُ،بِأَنْ هَجَمَ الْعَدُوُّ عَلىَ بَلَدٍ فَهُوَ فَرْضُ عَيْنٍ يُفْتَرَضُ عَلىَ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْ آحَادِ الْمُسْلِمْيْنَ بِمَنْ هُوَ قَادِرٌعَلَيْهِ
“Jika terjadi serangan umum, iaitu musuh (yang kafir) telah menyerang suatu negeri, maka (jihad) hukumnya fardhu ain yang difardhukan kepada setiap orang dari kaum muslimin, bagi orang yang mampu.” (Imam Al-Kāsāni, Badā`i’u Al-Shanā`i’ fī Tartīb Al-Syarā`i’, 7/9).
Dalil wajibnya jihad secara fardhu ain ini adalah seperti mana firman Allah SWT:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 190-191].
Dalil yang lain, firman Allah SWT:
وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاۤءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَآ اَخْرِجْنَا مِنْ هٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ اَهْلُهَاۚ وَاجْعَلْ لَّنَا مِنْ لَّدُنْكَ وَلِيًّاۚ وَاجْعَلْ لَّنَا مِنْ لَّدُنْكَ نَصِيْرًا
“Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang yang lemah, baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak yang berdoa, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang penduduknya zalim. Berilah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berilah kami penolong dari sisi-Mu.” [TMQ An-Nisā` (4): 75].
Kedua, bersetuju dengan Solusi Dua Negara bererti anda bersikap setia (ber-walā’) kepada kaum kafir, baik kafir dari kalangan Yahudi (“Israel”) itu sendiri, mahupun kaum kafir Nashara/Kristian (AS dan negara-negara Barat pendukung “Israel”).
Padahal Islam telah melarang umatnya untuk memberikan kesetiaan (al-walā`) kepada kaum kafir yang menimbulkan bahaya (mudharat) bagi Islām wal muslimīn. Allah SWT telah melarang umat Islam untuk setia (ber-walā`) kepada kaum kafir, sesuai firman-Nya:
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُوْنَ الْكٰفِرِيْنَ اَوْلِيَاۤءَ مِنْ دُوْنِ الْمُؤْمِنِيْنَۚ وَمَنْ يَّفْعَلْ ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّٰهِ فِيْ شَيْءٍ اِلَّآ اَنْ تَتَّقُوْا مِنْهُمْ تُقٰىةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفْسَهٗ ۗ وَاِلَى اللّٰهِ الْمَصِيْرُ
“Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai teman rapatnya dengan meninggalkan orang yang beriman. Sesiapa yang berbuat demikian (larangan itu), maka dia tidak mendapat (perlindungan) daripada Allah, kecuali jika kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti daripada pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memerintahkan kamu supaya beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan hanya kepada Allah tempat kembali.” [TMQ Āli ‘Imrān (3): 28].
Allah SWT telah melarang umat Islam untuk setia (ber-walā`) kepada kaum kafir yang memerangi dan mengusir umat Islam dari rumah-rumah mereka, sesuai firman-Nya:
اِنَّمَا يَنْهٰىكُمُ اللّٰهُ عَنِ الَّذِيْنَ قَاتَلُوْكُمْ فِى الدِّيْنِ وَاَخْرَجُوْكُمْ مِّنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوْا عَلٰٓى اِخْرَاجِكُمْ اَنْ تَوَلَّوْهُمْۚ وَمَنْ يَّتَوَلَّهُمْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ
“Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama (kamu) dan mengusir kamu dari kampung halamanmu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu sebagai teman rapat. Dan (ingatlah), sesiapa menjadikan mereka sebagai teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [TMQ Al-Mumtahanah (60): 9]
Ketiga, bersetuju dengan Solusi Dua Negara bererti mengakui keabsahan akan kewujudan negara kafir Israel dan sekaligus mengakui perampasan tanah milik kaum muslimin.
Padahal perampasan tanah, walaupun sejengkal, adalah suatu bentuk kezaliman, yang tidak layak disahkan (secara undang-undang) atau diakui. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ أَخَذَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا، فَإِنَّهُ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِيْنَ
“Siapa saja yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan mengalungkan tujuh bumi pada Hari Kiamat di lehernya.” (HR. Muttafaq ‘alayh).
Keempat, bersetuju dengan Solusi Dua Negara bererti mendukung sikap lemah dan khianat dari pemimpin-pemimpin negeri-negeri Islam, yang seharusnya wajib berjihad menolong kaum muslimin Palestin yang tertindas, namun mereka ternyata malah diam (tidak mahu berangkat untuk berperang). Firman Allah SWT:
وَاِنِ اسۡتَـنۡصَرُوۡكُمۡ فِى الدِّيۡنِ فَعَلَيۡكُمُ النَّصۡرُ
“…Dan jika mereka meminta pertolongan daripada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan….” [TMQ Al-Anfāl (8): 72].
Firman Allah SWT:
اِلَّا تَنْفِرُوْا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا اَلِيْمًاۙ وَّيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوْهُ شَيْـًٔاۗ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang pada jalan Allah bagi membela agama-Nya), nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang pedih dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [TMQ At-Taubah 10): 39].
Kelima, bersetuju dengan Solusi Dua Negara bererti memberi jalan kepada kaum kafir, iaitu kafir Yahudi (“Israel”) dan kafir Kristian (AS dan negara-negara Barat) untuk menguasai atau mendominasi kaum Muslimin, khususnya kaum Muslimin Palestin.
Padahal Islam tidak membolehkan adanya suatu jalan yang dengan itu terjadi dominasi kaum kafir atas kaum Muslimin. Firman Allah SWT:
وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًا ࣖ
“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman.” [TMQ An-Nisā` (4): 141].
Keenam, bersetuju dengan Solusi Dua Negara bererti bersetuju berdirinya/merdekanya negara Palestin sebagai sebuah negara-bangsa (nation-state) yang sekular.
Berdirinya negara Palestin sebagai sebuah negara-bangsa (nation-state) jelas akan semakin memecah belahkan umat Islam seluruh dunia yang seharusnya wajib hidup dalam satu negara sahaja, iaitu Khilafah. Firman Allah SWT:
وَاعۡتَصِمُوۡا بِحَبۡلِ اللّٰهِ جَمِيۡعًا وَّلَا تَفَرَّقُوۡا
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.” [TMQ Āli ’Imrān (3): 103].
Berdirinya negara Palestin sebagai sebuah negara sekular juga sangat bertentangan dengan Islam. Kerana negara sekular hanya akan menerapkan Syariah Islam secara sebahagian, mustahil diharapkan menerapkan Syariah Islam secara keseluruhan (kāffah).
Padahal Islam telah mewajibkan penerapan Syariah Islam secara keseluruhan (kāffah), sebagaimana firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا ادۡخُلُوۡا فِى السِّلۡمِ کَآفَّةً
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kāffah).” [TMQ Al-Baqarah (2): 208].
Penutup
Berdasarkan alasan-alasan di atas, jelaslah bahawa Solusi Dua Negara adalah gagasan dan solusi batil serta wajib hukumnya ditolak oleh kaum Muslimin di seluruh dunia, baik secara individu, kelompok/organisasi, mahupun negara.
Solusi Dua Negara merupakan gagasan negara-negara kafir penjajah yang tidak layak untuk diikuti oleh umat Islam. Islam sangat mencela perbuatan umat Islam mengikuti langkah-langkah kaum kafir Yahudi dan Nasrani, sesuai sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى ، قَالَ : فَمَنْ .أخرجه البخاري (7320) ، مسلم (2669)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda “Sungguh kamu (umat Islam) akan benar-benar mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah SAW menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR. Bukhari, no. 7320; Muslim, no 2669). Wallāhu a’lam.
Ustaz Muhammad Shiddiq Al-Jawi
#twonationstate #ArmiesToAqsa #FreePalestineWithJihadAndKhilafah