Senjata yang Diuji dalam Pertempuran Lebih Bernilai daripada Nyawa Umat Islam
Sebulan selepas misi pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan oleh entiti Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, kita telah menyaksikan pertempuran ekonomi yang sedang berhasil namun seiring dengan peningkatan jumlah nyawa orang mukmin yang terkorban.
Oxfam America melaporkan bahawa dunia membelanjakan anggaran $112 bilion untuk import senjata antara 2018-2022.
Satu fakta yang kurang diketahui ialah apabila perjanjian antarabangsa dilaksanakan, teknologi untuk peperangan lebih bernilai jika ia telah digunakan dalam situasi pertempuran sebenar, istilah teknikalnya adalah “diuji dalam pertempuran”. Ukraine telah menjadi kawasan terbaharu di mana si pontianak kapitalisme mendapat komisen tambahan daripada kematian dan kemusnahan. Walau bagaimanapun, Gaza telah terbukti sebagai satu lagi kawasan krisis global yang menguntungkan di mana keuntungan yang sangat besar dapat diperolehi.
Haddad merupakan seorang penyiasat hak asasi manusia berusia 52 tahun. Dia memiliki pejabat di Ramallah, Palestin, dan ia dipenuhi dengan barang-barang yang bernilai kecil dari segi kewangan tetapi mempunyai nilai yang sangat besar dari segi sejarah. Selama bertahun-tahun, beliau telah mengumpulkan barangan kesan dari peperangan dan kemusnahan yang merupakan konteks kehidupan seharian berjuta-juta orang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Peluru terpakai, tong gas pemedih mata, peluru span dan senjata api adalah beberapa daripada banyak objek-objek yang ditemui.
Haddad telah menghabiskan tiga dekad yang lalu mendokumentasikan keganasan penjajah Yahudi dan senjata yang telah ditembakkan ke atas penduduk di kampung Nilin, Bilin dan Nabi Saleh yang telah meninggalkan bahagian mereka yang tertanam di tanah untuk dikumpulkan. Beliau mengulas mengenai kehilangan nyawa yang telah berlaku daripada eksperimen senjata yang dijalankan ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak.
“Kadang-kadang mereka menggunakan kita supaya mereka tahu cara menggunakan setiap jenis senjata. Bagi saya, aktiviti (protes) sebegini oleh rakyat Palestin sedang membantu Israel kerana ia menjadikan kawasan ini sebagai makmal untuk menguji senjata mereka, untuk membangunkan mereka dan menjadikannya industri komersial untuk menjualnya ke negara lain……dalam 30 tahun, saya tidak pernah mendengar sekali pun bahawa terdapat sebarang jenis akauntabiliti untuk mana-mana askar.”
Ideanya adalah bahawa industri senjata entiti Yahudi boleh mendapat manfaat daripada pendudukan melalui tawanan populasi di mana mereka boleh menguji senjata baharu, dan idea ini kini diterima secara meluas di seluruh dunia. Ia juga merupakan pencabulan hak asasi manusia oleh apa yang kononnya digelar sebagai Undang-undang Antarabangsa, yang telah terbukti tidak berguna dan hanya alat penjajah untuk mengawal.
Israel kerap mencuba senjata di Tebing Barat dan Gaza dan kemudian mempromosikannya sebagai “telah diuji dalam pertempuran” kepada pasaran antarabangsa bagi mendapatkan lebih banyak dana untuk menyemarakkan perang terhadap Islam.
Keadaan menjadi lebih buruk semakin tahun apabila jentera perang “Diuji dan diuji semula”.
Neve Gordon, seorang profesor politik di Ben-Gurion University of the Negev berkata; “Makmal wilayah yang diduduki adalah tempat di mana senjata boleh diperhalusi, diuji dan diuji semula. Mereka boleh berkata, ‘Hei, ini digunakan oleh IDF [tentera Israel], ini pasti bagus.’ Dan itu membantu pemasaran barangan tersebut.”
Abu Rahmah, seorang lagi lelaki Palestin, yang menyaksikan proses menguji senjata mengulas mengenai “air sigung”(skunk water) yang digunakan buat kali pertama di kampungnya. Skunk water ialah cecair berbau busuk yang disembur ke arah penunjuk perasaan untuk membuatkan mereka bersurai. Air tersebut kini digunakan sebagai senjata kerana ia disembur dari kereta kebal ke rumah orang Islam. Memandangkan bekalan air terputus di Gaza, ini adalah peningkatan jelas serangan biologi melalui penyakit.
Jeff Halper, pengarang War Against the People, sebuah buku mengenai industri senjata dan teknologi pengawasan entiti Yahudi, berkata: “Israel telah mengekalkan pendudukan kerana ia adalah makmal untuk senjata.”
Eitay Mack, seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia yang berpangkalan di Baitulmaqdis, juga menimbulkan hakikat bahawa entiti Yahudi menggunakan rakyat Palestin sebagai subjek ujian untuk syarikat senjata asing juga. Beliau dipetik sebagai berkata; “Di Baitulmaqdis Timur, Amerika memberikan peluru span kepada Israel.”
Mula-mula, mereka bermula dengan peluru span biru, tetapi kemudian mereka memutuskan – ini adalah kenyataan mereka – bahawa kerana orang Palestin memakai banyak pakaian, ia tidak begitu berkesan, jadi kemudian mereka menukarnya kepada peluru span hitam [lebih berkuasa] ,yang menyebabkan kerosakan besar dan terdapat berpuluh-puluh rakyat Palestin kehilangan mata dan organ badan mereka yang lain.”
Peluru span hitam itu dihasilkan oleh Combined Tactical Systems, firma yang berpangkalan di Pennsylvania yang juga membekalkan entiti Yahudi dengan gas pemedih mata.
Risalah syarikat tersebut untuk peluru ini mengandungi nota bertanda “Amaran.” Ia tertulis: “Tembakan ke kepala, leher, toraks, jantung atau tulang belakang boleh mengakibatkan maut atau kecederaan serius.”
Tentera entiti Yahudi mula menggunakan peluru hitam pada 2014 dan pengujian itu terbukti berjaya dalam pertempuran sebenar.
Industri senjata entiti Yahudi dikuasai oleh empat syarikat: Industri Aeroangkasa Israel, Elbit, Rafael dan Industri Tentera Israel.
Lebih daripada 75 peratus daripada semua senjata yang dieksport oleh entiti Yahudi itu dibuat oleh tiga firma pertama yang disebutkan tadi. Pada 2015, jumlah nilai eksport senjata entiti Yahudi itu mencecah $5.7 bilion.
Serangan ke atas Gaza pada tahun sebelumnya membolehkan entiti Yahudi itu mempamerkan beberapa senjata terbarunya. Sebagai contoh, dilaporkan bahawa Hermes-900, salah satu dron Elbit, membuat “debut operasi” dalam serangan itu.
Entiti Yahudi memperuntukkan lebih daripada 5 peratus keluaran dalam negara kasar kepada ketenteraan. Ini bermakna entiti Yahudi membelanjakan nilai yang lebih tinggi dari pendapatan negaranya untuk ketenteraan berbanding AS, satu-satunya kuasa besar dunia.
Shlomo Brom ialah seorang pesara brigadier jeneral dalam tentera entiti Yahudi; dia kini bekerja di Institut Kajian Keselamatan Negara di Tel Aviv. Apabila dia ditanya oleh wartawan sama ada syarikat senjata entiti Yahudi menggunakan fakta bahawa produk mereka telah diuji ke atas rakyat Palestin untuk mendapatkan perniagaan antarabangsa, dia menjawab, “Sudah tentu, mengapa tidak? Pemasaran [profesional] cuba menggunakan apa-apa yang boleh dimanfaatkan, dan jika mereka boleh menggunakan manfaat bahawa sistem ini diuji secara operasi dan ia berhasil, mereka sudah tentu akan menggunakannya untuk pemasaran.”
Uzi Rubin, pengasas Arrow, program peluru berpandu anti-balistik yang dibuat oleh entiti Yahudi, kini menjadi penyelidik di Pusat Kajian Strategik Begin-Sadat di Universiti Bar-Ilan berhampiran Tel Aviv.
Dia mempertahankan cara entiti Yahudi itu memasarkan senjatanya sebagai “terbukti berhasil dalam pertempuran.” Beliau dipetik sebagai berkata;
“Ia adalah sah kerana Perang Vietnam menjual banyak senjata,” katanya. “Perang biasanya menjual senjata. Tetapi ini bukanlah untuk mengatakan bahawa Israel sedang mencari peluang berperang untuk menjual senjata.”
Barbara Opall-Rome telah menghabiskan beberapa dekad membuat liputan “Israel for DefenseNews”, sebuah majalah perdagangan untuk pengeluar senjata. Dia menyokong bahawa entiti Yahudi sepatutnya memperuntukkan lebih banyak sumber yang sangat baik ke dalam apa yang dia panggil “teknologi yang tidak membawa maut.”
Walau bagaimanapun, ini menggemakan konsep tidak berguna dan khianat tentang naratif “jeda dalam pembunuhan” semasa pelobi gencatan senjata. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa adalah penting bagi umat Islam untuk menolak semua langkah perbincangan Barat tentang perkara terkait hukum syariah seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT dan RasulNya SAW.
Opall-Rome membincangkan mengenai memudaratkan umat Islam dengan cara kebinatangan dan perkauman seperti berikut; “Saya nak bercakap tentang menggunakan spektrum elektromagnet atau gelombang mikro berkuasa tinggi untuk membuatkan orang pening,” katanya. “Kalau awak pening, awak akan hilang keseimbangan. Saya lebih suka orang sakit perut dan kena cirit-birit di tengah-tengah demonstrasi atau muntah daripada dibunuh.” Komennya mendedahkan banyak tentang mentaliti sadis pembuat senjata entiti Yahudi dan penganjur mereka. Bagi musuh-musuh Islam, segala pembicaraan mereka tentang hak asasi manusia dan moral menjadikan rakyat Palestin sebagai manusia yang lebih rendah daripada manusia lain dan tidak mendapatkan penghormatan langsung. Kami hanyalah tikus eksperimen dalam struktur syarikat mereka.
Penguasa jahat kita juga turut bersama dalam permainan ini jika membiayai margin keuntungan Barat bagi senjata yang “diuji dalam pertempuran”. Timur Tengah adalah pembeli besar senjata sedemikian yang membantu rakan kongsi Amerika / Eropah mereka menstabilkan rantau ini dengan membunuh orang Islam yang menentang pemerintahan tidak sah mereka. Plot moral yang diputarbelit ialah; “Jika kita tidak menjual senjata, orang lain akan menjualnya”.
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah pemimpin kita dieksploitasi untuk corong kekayaan mereka kerana pemindahan senjata tidak cenderung berlaku dalam ruang hampa. Ia selalunya terjadi bersama latihan ketenteraan, penyelenggaraan senjata dan latihan saling kendali. Hubungan keselamatan ini membawa kepada membantu kepentingan penjajah, mewujudkan kitaran di mana lebih banyak pemindahan senjata membawa kepada peningkatan saling bergantung, yang seterusnya membawa kepada lebih banyak penjualan senjata.
Berita pertahanan melaporkan bahawa tahun ini tentera entiti Yahudi itu juga mula menerima kereta kebal Barak, lelaran kelima Merkava, dilengkapi dengan sistem Trofi yang dipertingkatkan dan pencari sasaran radar untuk meriamnya. Bersama-sama dengan kamera dan penderia tambahan yang memberikan kesedaran situasi untuk krew kereta kebal Barak, platform tersebut boleh melawan lebih baik daripada pendahulunya dengan palka tangki ditutup sementara krew dilindungi di dalam. Jenis kereta kebal terbaharu masih belum memasuki Angkatan Pertahanan entiti Yahudi secara besar-besaran, tetapi pemimpin tentera boleh menggunakan pencerobohan Gaza untuk menguji jaminannya untuk meningkatkan kemandirian.
Jelas sekali bahawa “menguji dalam pertempuran” ini adalah situasi masa depan umat ini bila mana tiada Khilafah sebagai negara untuk campur tangan dan melindungi darah umat ini dengan cara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Kami memohon agar merealisasikan ayat al-Quran yang menyebut mengenai melindungi kehidupan dan kehormatan umat Islam, Ameen!
[وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلِيْمْ عَلَمْ عَلَىٰ َبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنَا إِنَّا كُنَّا عَنَا لَعَنَ ُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِ
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” [TMQ al-A’raaf(7): 172-173]
Ditulis untuk Pejabat Pusat Media Hizbut Tahrir oleh
Imrana Mohammad
Ahli Pejabat Pusat Media Hizbut Tahrir
#TenteraUntukAqsa