[Live Report] Sesi Pembentangan
“Siapakah yang akan mengakhiri pembunuhan wanita dan kanak-kanak di Gaza?” oleh Puan Nurain Abdurrahman.
“Sehingga 20/11/2023, dilaporkan bahawa lebih 17,144 rakyat telah terbunuh di mana 64% daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak, 33,830 cedera di semenanjung Gaza. Dari jumlah ini, 1.7 Juta rakyat hilang tempat tinggal, 80 masjid dimusnahkan dan 124 kemudahan kesihatan lumpuh akibat serangan brutal puak entiti Yahudi.” – Puan Nurain Abdurrahman
Kembalikan The Power Of Ummah bagi Pembebasan Palestin: “The Next Salahuddin Generation” oleh Dr Aslam Diyana Selamat.
“Apabila Masjidil Haram menjadi pusat hidayah iaitu sebagai kiblat kedua serta pusat ibadah umat Islam seluruh dunia bagi manasik haji dan umrah, maka Masjid Al Aqsa (termasuk wilayah Syam dan sekitar Baitul Maqdis) adalah pusat pertahanan batas sempadan iaitu kawasan ribath bagi kaum muslimin. Islam memiliki syariat khusus bagi membangun serta menjaga batas persempadanan tanah kaum Muslim dan ia termasuk urusan besar bagi kaum muslimin seluruh dunia.” – Dr Aslam Diyana
“Genosid 75 tahun: Apa yang menghalang pembebasan Palestin?” oleh Dr Ummu Sumayyah.
Ucapan yang disampaikan oleh Dr Ummu Sumayyah ini merupakan amanat dan mesej penting daripada Pengarah Bahagian Muslimah Hizbut Tahrir, Dr Nazreen Nawwaz kepada ummah di seluruh dunia.