[Live Report] Ketibaan Peserta
Lensa kamera merakam ketibaan para peserta rombongan bas dari pelbagai negeri dalam Malaysia.
Suasana di ruang pendaftaran sudah mula sibuk menerima para peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Para peserta dari utara, timur dan selatan yang hadir dengan rombongan bas tiba dengan selamat. Walaupun melalui perjalanan yang Panjang untuk tiba ke lokasi seminar di ibu kota, Kuala Lumpur, kelihatan raut wajah mereka yang begitu teruja dan semangat untuk sama-sama cakna dengan genosid yang melanda saudara seakidah di Gaza.