[Aktiviti] 14 Mac 2026 (Sabtu) – Muslimah HTM cawangan Bangi telah mengadakan program Solat Dhuha berjemaah yang dipimpin oleh Ustazah Aisyah, diikuti dengan sesi pengisian. Sesi pengisian dalam Circle Cinta kali ini mengangkat tajuk “Ramadhan dan Cita-cita Meraih Kemenangan” yang disampaikan oleh Dr. Aslam Diyana, tentang pentingnya visi yang benar dan kejelasan tentangnya pada setiap Muslim dalam melakukan perubahan dan meraih kemenangan Islam. Sebagai penutup, para Muslimah turut menzahirkan solidariti menerusi paparan plakad yang mengandungi mesej ajakan kepada seluruh ummah agar bersama-sama membentuk masyarakat ideal dengan menjadikan Al-Quran dan Islam sebagai teras kesatuan ummah.
#Ramadhan #MasyarakatMuslimIdea #TrueVision4Change #WahyuLenteraPeradaban #CahayaPetunjukMasyarakatBertakwa













