[Kisah Inspiratif] Aisyah binti Uthman, Lambang Kedermawanan Muslimah
Penulis: Chusnatul Jannah
Di antara sepuluh sahabat yang dijamin syurga, nama Uthman bin Affan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Uthman tercatat sebagai salah satu dari empat orang pertama yang memeluk Islam dan mengikuti seluruh ajaran Nabi Muhammad. Uthman berasal dari Bani Umaiyyah dan dikenali sebagai salah satu keluarga Quraisy yang dihormati dan berkedudukan tinggi. Selain itu, Uthman dikenali sebagai saudagar Mekah yang kaya dan berjaya pada ketika itu
Setelah Umar bin Khattab RA wafat, Uthman terpilih sebagai khalifah ketiga bagi kaum muslim. Salah satu pencapaian Uthman saat menjadi khalifah adalah melakukan pembukuan terhadap al-Quran. Selain terkenal kerana sikap kemurahan hatinya, Uthman juga terkenal kerana kemampuan berbahasa dan kefasihan berbicaranya. Kedua-dua sifat tersebut rupanya diturunkan kepada puterinya, Aisyah binti Uthman bin Affan.
Figura Aisyah
Di kalangan tabiin, Aisyah binti Uthman bin Affan dikenali sebagai seorang pemidato, ahli bahasa, dan penceramah yang fasih. Tidak sekadar itu, dia juga dikenal sebagai figura dermawan yang tanpa ragu menafkahkan hartanya untuk kelangsungan dakwah Islam. Aisyah lahir pada akhir masa kenabian, iaitu sekitar 623 Masihi dan pada awal masa pemerintahan Khulafa’urrasyidin. Aisyah lahir dari rahim seorang ibu bernama Ramlah binti Syaibah.
Uthman bin Affan berkahwin dengan Ramlah binti Syaibah setelah Perang Badar. Ramlah kehilangan ayah dan dua adik beradik lelakinya dalam perang besar pertama antara kaum muslim dan kaum kafir Quraisy. Meskipun demikian, Ramlah tidak menyimpan dendam terhadap umat Islam. Ramlah tergerak hatinya untuk memeluk Islam kerana melihat kaum muslim memperlakukan kaum Quraisy kafir dengan baik.
Keinginan Ramlah untuk meninggalkan agama nenek moyangnya dan memeluk Islam inilah yang akhirnya mendorong Uthman bin Affan berkahwin dengan Ramlah. Aisyah binti Uthman dididik di bawah bimbingan Uthman dan Ramlah. Aisyah membesar menjadi seorang muslimah yang cerdas dan taat. Aisyah dianggap sebagai figura perempuan terkemuka di kalangan tabiin ketika itu
Ketika itu, Aisyah dikenali sebagai penceramah berjaya di kalangan muslimah. Penceramah terkenal saat itu seperti Sahban Wail, Qus, dan Aktsam pun mengakui kefasihan Aisyah dalam menyusun dan menyampaikan pelbagai topik dalam ceramahnya. Kemampuan ini juga menunjukkan keluasan ilmu dan kecerdasan Aisyah binti Uthman.
Dermawan
Aisyah juga dikenali sebagai figura yang dermawan dan penyayang terhadap anak-anak. Aisyah disebut memiliki beberapa anak angkat, iaitu anak yang dari mantan hamba ibunya. Aisyah pun membesarkan anak angkatnya seperti putera-puterinya sendiri. Setelah berkahwin dengan Marwan bin Al-Hakam, Aisyah dikurniakan seorang puteri bernama Ummu binti Marwan.
Setelah ayahnya wafat, Aisyah binti Uthman mewarisi banyak harta dari ayahnya. Meskipun demikian, Aisyah tidak menimbun harta tersebut. Dia segera menginfakkan hartanya. Dia ingin beramal sesuai tuntunan Islam.
Namun, malapetaka terjadi ketika Uthman bin Affan terbunuh dalam usaha pemberontakan melawan kekhalifahan yang sah. Aisyah mengetahui bahwa ayahnya telah terbunuh dan jawatan khalifah digantikan oleh Ali bin Abi Thalib. Aisyah menerima semuanya. Dengan tegas dia berkata, “Sesungguhnya kita milik Allah dan hanya kepadaNya kita kembali. Dirinya (Uthman bin Affan) telah meninggal dengan darah yang mengalir di Haram (tempat yang dimuliakan) Rasulullah.”
Selain kemurahan hati dan kecerdasannya, Aisyah juga disebut memiliki paras rupa yang cantik. Kecantikan wajah Aisyah binti Uthman juga diakui oleh Azzah al-Mila, seorang wanita yang hidup pada masanya. Dia berkata, “Ya Tuhan, aku tidak pernah melihat Aisyah binti Uthman dirasuki oleh wanita mana pun. Dia seperti tidak memiliki aib sedikit pun.”
Hikmah
Dari sosok Aisyah binti Uthman bin Affan, kita belajar tentang cara seorang muslimah menjaga kesederhanaannya, iaitu dengan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT. Meskipun dia bergelimang dengan harta, kekayaan tersebut justeru menjadi ladang amal untuk turut berperanan dalam memperjuangkan Islam. Dia memberikan hartanya di jalan dakwah Islam. Kita sepatutnya meneladani Aisyah. Oleh kerana itu, mari kita optimalkan apa pun yang kita miliki untuk dakwah Islam,iaitu memberi sumbangan berupa harta, tenaga, waktu, dan fikiran kita demi tertegaknya kehidupan Islam secara kaffah.