Peta Jalan Salahuddin untuk Pembebasan Palestin
Lahir pada tahun 1137 di Iraq, Salahuddin menjadi terkenal selama tempoh penuh gejolak ketika negeri Muslim terpecah belah dan berada di bawah bayang-bayang pendudukan Tentera Salib. Setelah mengambil alih pemerintahan di Mesir pada tahun 1169, dia memulakan misi untuk memperkuat Negara Khilafah dan menyatukan berbagai wilayah Arab. Menyedari pentingnya persatuan kaum Muslim, Salahuddin secara strategik menyatukan negara-negara kecil di sekitar Palestin, untuk meletakkan dasar bagi barisan hadapan persatuan melawan Tentera Salib. Titik perubahan dalam kempen ketenteraan Salahuddin terjadi pada tahun 1187 dengan serangan terkenal oleh Reynold de Chatillon, Raja Kristian Kerak, yang terletak di Jordan moden, ke atas kafilah Muslim. Peristiwa ini menghancurkan keamanan sementara dan memberi pelwang kepada Salahuddin untuk memenuhi impiannya yang telah lama digenggam untuk membebaskan Baitulmaqdis.
Usaha Salahuddin untuk menyatukan barisan hadapan Islam menghadapi cabaran besar dari kawalan Tentera Salib atas kota-kota pesisir Syria dan kubu kuat utama seperti Kerak dan Crac de Montreal, di Jordan moden. Kubu-kubu ini menghalang komunikasi antara Mesir, Syria Raya, dan sebahagian Iraq, yang merupakan paksi penting bagi negara Salahuddin. Sebelumnya, Imad ad-Deen Zangi [Zenki] meletakkan dasar persatuan dengan menyatukan Syria Raya. Warisan ini dilanjutkan oleh Noor ad-Deen [Nuruddin ad-Din], yang menyatukan Mesir dengan Syria.
Pertempuran Hattin didahului oleh serangkaian peristiwa, yang dimulai dengan wafatnya Raja Baudouin V pada tahun 582 AH. Konflik internal meletus diantara para Putera pewaris Tentera Salib yang bersaing merebutkan takhta Yerusalem. Salahuddin memanfaatkan ketidakstabilan ini dengan secara strategik melakukan campur tangan dalam urusan Tentera Salib. Pernikahan Guy dari Lusignan dengan Sybille, ibunda Raja Baudouin V, yang memberinya jawatan raja, telah mencetuskan ketegangan di antara Guy de Lusignan dan Raymond III, calon lain untuk kerajaan itu.
Gencatan senjata Salahuddin dengan Raymond III, Putera Tripoli, di Lebanon moden, dan gencatan senjata terpisah dengan Bohemond III, Putera Antiokhia, di Turki moden, membolehkannya untuk memanipulasi politik Tentera Salib. Memperbaharui kerjasama dengan Raymond III dan Bohemond III secara strategik telah melemahkan kerajaan Tentera Salib Tripoli dan Antiokhia. Hal ini menimbulkan kemarahan Reynald de Chatillon, Putera Kerak, yang, walaupun dilakukan gencatan senjata sebelumnya, telah melanggar perjanjiannya dengan memintas kafilah para pedagang. Pendekatan diplomatik strategik Salahuddin untuk menyelesaikan pelanggaran ini menimbulkan ketidakpercayaan dan perpecahan antara Raja Guy dan Reynald, sehingga menjadi dasar bagi Pertempuran Hattin.
Salahuddin mengambil kesempatan untuk menyatukan barisan kaum Muslim dan mempersiapkan tentera di Mesir, Mesopotamia, Mosul di Iraq Utara dan Syria. Berbaris dari Damaskus pada tahun 583 H, pasukannya secara strategik bergerak menuju Kerak, dengan menyembunyikan tujuan sebenarnya, Kerajaan Yerusalem. Tindakan ini bukan sahaja mengancam Reynald de Chatillon tetapi juga mempamerkan kehebatan tentera dan strategiknya Salahuddin. Salahuddin al-Ayyubi mengatur serangkaian langkah strategik yang mengarah ke Pertempuran Hattin.
Sebelum pertarungan ini berlaku, pasukan pengintipnya telah mencapai kemenangan yang signifikan di Sepphoris, di Galilee moden, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada Tentera Salib. Salahuddin, menatap pandangannya ke depan, memilih pertempuran yang menentukan walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara para komandannya. Rancangannya adalah untuk mengeksploitasi perpecahan dalam barisan Tentera Salib dan mengambil kesempatan daripada kematian Raja Baudouin V, untuk melemahkan tekad mereka. Perpecahan internal di antara Tentera Salib, kerosakan moral, dan kurangnya persatuan menyumbang pada kejatuhan mereka. Menghadapi barisan hadapan kaum Muslim yang bersatu, Tentera Salib, yang berjumlah sekitar lima puluh ribu, berjwang untuk mengatasinya.
Salahuddin mengeksploitasi kelemahan-kelemahan ini, menciptakan keuntungan strategik dan memasang perangkap yang jatuh ke dalam Tentera Salib. Memahami pentingnya medan perang, Salahuddin secara strategik menarik Tentera Salib ke Tiberias, di Galilea moden, sehingga memunculkan situasi yang mengerikan bagi mereka. Tentera Salib, yang kelelahan dan kehausan, jatuh ke dalam perangkap Salahuddin. Salahuddin kemudian secara strategik mengalahkan manuver tentera Kristian, menghindari konfrontasi secara langsung sehingga keadaan menyebelahi umat Islam.
Akhirnya, ketika Pertempuran Hattin, mereka bertempur dalam panas terik matahari, dengan mengeksploitasi kelemahan Tentera Salib, berbaju besi besar serta kekurangan air, namun memberikan kemenangan yang gemilang bagi kaum Muslim. Pada pertempuran Hattin berikutnya telah terjadi konfrontasi sengit, dengan perang psikologi Salahuddin, berupa pengepungan, dan penangkapan Salib Sejati (True Cross) telah memperkuatkan impaknya.
Kemenangan Shalahuddin di Hattin menunjukkan dukungan Ilahi yang dijanjikan kepada mereka yang menjunjung tinggi jalan Allah. Pertempuran ini menandakan titik perubahan dalam perang Khilafah-Tentera Salib, yang mengarah pada kemenangan menentukan Salahuddin dan usaha selanjutnya untuk menyatukan Syria Raya. Kota Yerusalem, setelah 88 tahun pendudukan Tentera Salib, menjadi titik fokus dari rencana strategik Salahuddin. Tujuan akhir Salahuddin adalah pembebasan Al-Quds (Yerusalem).
Sebelum mengepung kota suci itu, dia secara strategik telah memotong Yerusalem dari Laut Mediterranean, mengisolasinya. Salahuddin berkolaborasi dengan angkatan laut Mesir untuk mencegah angkatan laut Kristian dari mendekat, tindakan yang menunjukkan pendekatan komprehensifnya terhadap strategi ketenteeraan.
Kecemerlangan strategik Salahuddin terungkap setelah Pertempuran Hattin, ditandai dengan fokusnya pada kota-kota Tentera Salib di pesisir. Dengan menaklukkan Tiberias, Akka, Jaffa, Ascalon, Sidon, Beirut, Jubayl dan lain-lain, dia mengusir kehadiran Tentera Salib di wilayah tersebut. Benteng-benteng pesisir yang telah lama mengganggu wilayah Muslim ini jatuh satu demi satu, menghancurkan benteng Tentera Salib. Dengan mengamankan kota-kota pesisir terlebih dahulu, dia menghilangkan pangkalan angkatan laut Tentera Salib, melemahkan pasukan mereka, dan mencegah bantuan ketenteraan dari Eropah. Usaha diplomatik eksternal termasuk kerjasama dengan Konstantinopel dan transaksi strategik dengan armada Itali, telah menghadkan pengaruh mereka pada kerajaan Tentera Salib.
Pendekatannya yang direncanakan, menyelamatkan nyawa dan harta benda sekaligus memprasaranakan gelombang kemenangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Serangkaian penaklukan ini membentuk kembali landskap politik dan melemahkan Tentera Salib, yang pada akhirnya membawa kepada kemuncak pembebasan Yerusalem. Kepemimpinan Salahuddin telah memulakan era baru, mencabar gerakan kolonialis dan meletakkan dasar bagi pengusiran Tentera Salib dari wilayah tersebut.
Ketika Salahuddin maju menuju Yerusalem, para pembela Tentera Salib di kota itu menghadapi pelbagai rintangan. Dengan lebih dari 60 000 pejuang Tentera Salib di Yerusalem, persiapan dirancakkan ketika pasukan Salahuddin berkumpul kembali. Benteng kota diperkuat, mangonel (trebuchet traksi-sejenis manjanik) dikerahkan di setiap bukit, dan parit digali untuk mempertahankan diri dari pengepungan kaum Muslim yang akan datang. Kecemerlangan strategik Salahuddin terungkap dalam rencana ketenteraan yang dirancang dengan baik. Dia berusaha menyatukan pasukan Islam, melemahkan Tentera Salib di wilayah mereka sendiri, dan mengisolasi Yerusalem dari bala bantuan. Salahuddin memanfaatkan kempen media untuk memobilisasi umat Islam untuk berjihad. Penaklukan dan kemenangan pesisir pantai ditonjolkan untuk meraih dukungan dari seluruh dunia Muslim. Salahuddin mengepung Yerusalem, yang berlangsung selama dua belas hari, mengebom kota itu sampai orang-orang Kristian menyerah pada tanggal 2 Oktober 1187. Artileri superior Salahuddin memainkan peranan penting dalam menembus tembok. Setelah pertempuran sengit, Salahuddin setuju untuk bernegosiasi dengan Balian de Ibelin, alias Balian dari Yerusalem, seorang pemimpin Tentera Salib terkemuka. Tentera Salib setuju untuk menyerahkan Yerusalem, yang mengarah ke serangkaian keadaan tertentu dan pembayaran wang tebusan.
Masuknya Salahuddin ke Yerusalem menandakan pembebasan kota tersebut. Salahuddin menunjukkan belas kasihan dengan menetapkan wang tebusan yang masuk akal kepada Tentera Salib. Setelah memasuki Yerusalem, Salahuddin memerintahkan pembangunan semula kota tersebut ke keadaan asalnya, mengubah semula perubahan yang dilakukan oleh Tentera Salib. Orang-orang Kristian diizinkan untuk tinggal, membayar jizyah, dan hidup di bawah perlindungan hukum Islam. Khususnya, dia menolak saranan untuk menghancurkan gereja. Kasih sayang Salahuddin meluas kepada tawanan Tentera Salib. Dia membebaskan para tawanan dan menunjukkan kebaikan, bahkan kepada keluarga kesatria Tentera Salib yang gugur. Sumber-sumber Kristian dan sejarawan mengakui toleransi dan rasa kemanusiaan Salahuddin yang luar biasa, sangat berbeza dengan kekejaman yang dilakukan oleh Tentera Salib di masa lalu.
Lapan hari setelah penaklukan, masjid suci dimurnikan, dan Solat Jumaat pertama diadakan. Al Qadhi Muhyi ad-Deen ibn az-Zaki menyampaikan khutbah yang kuat, memuji Allah (Swt) atas kemenangan melawan kekufuran, menekankan pengawasan Allah Swt atas semua urusan, dan mengakui berkah yang diberikan kepada orang-orang beriman. Khutbahnya menekankan kepentingan penaklukan, kesucian masjid, dan kepentingan sejarah Masjid al-Aqsa. Dia mendesak agar kaum Muslim mengikuti perintah Allah, dan melanjutkan jihad untuk pembebasan tanah Muslim.
Salahuddin melangkau Yerusalem, mencapai wilayah selatan dan utara Syria Raya. Namun, Kubu Kerak dan Crac de Montreal melawan, mengakibatkan pengepungan selama setahun. Penyerahan kubbu-kubu ini menandakan langkah signifikan dalam usaha Salahuddin untuk memperkuat kawalan Khilafah atas wilayah tersebut. Salahuddin kemudian mengalihkan fokusnya ke utara, menasasarkan wilayah-wilayah di kerajaan Tripoli dan Antiokhia. Penaklukan di Tripoli dan Antiokhia melemahkan kubu Tentera Salib, yang mengarah kepada gencatan senjata dan pengakuan atas keuntungan wilayah Salahuddin.
Salahuddin menunjukkan kecerdasan politik yang luar biasa. Dia memahami keterkaitan menyatukan barisan hadapan Islam dan mengobarkan jihad melawan Tentera Salib. Gencatan senjata sementara dengan sebahagian pasukan Tentera Salib memungkinkannya untuk fokus pada menyatukan kekuatannya dan menghindari keterlibatan yang tersebar, menunjukkan visinya yang berpandangan jauh ke depan. Pasukan Salahuddin menunjukkan kesabaran yang tak tergoyahkan dalam jihad mereka, tidak terpengaruh oleh penentangan atau rintangan.
Para ulama memainkan peranan penting dalam mempersiapkan umat untuk berjihad, meningkatkan moral dan memberikan dukungan intelektual. Salahuddin mempertahankan hubungan dekat dengan para ulama, berkonsultasi dengan mereka tentang perang dan urusan pentadbiran. Al-Qadhi al-Fadil, seorang ulama terkemuka, memainkan peranan penting, dengan memberikan nasihat yang bijak.
Setelah persiapan yang cermat, Salahuddin berpaling kepada Allah (Swt) dengan permohonannya yang tulus, mengakui ketergantungan hamba kepada pertolongan Ilahi. Kerendahan hati dan kepercayaannya kepada Allah terbukti dalam doa dan sujudnya, dengan berharap kejayaan dari Yang Maha Tinggi. Kehormatan dan kemuliaannya dikaitkan dengan dedikasi dan komitmennya terhadap Syariah. Seperti yang ditekankan oleh ‘Umar ibn al-Khattab bahawa Islam adalah sumber kehormatan umat, dia menyoroti hubungan yang tidak terpisahkan antara status umat dan komitmennya terhadap Syariah.
“Kita diciptakan hanya untuk beribadah dan berjihad,” adalah kata-kata Salahuddin ketika memasuki Damaskus menyoroti komitmennya yang tak tergoyahkan kepada Iman. Kemenangan Salahuddin bukan hanya dalam ketenteraan; itu berasal dari keimanannya, mengikuti prinsip-prinsip Islam dan mengikuti jalan Nabi. Kejayaannya menonjolkan potensi bahasa Al-Quran dalam memobilisasi orang-orang beriman yang tulus, menekankan pentingnya iman dan jihad dalam menyatukan dunia Muslim. Kejayaannya di Hattin dan pembebasan Yerusalem berikutnya adalah hasil dari strategi komprehensif yang mencakup persatuan, kecerdasan politik, pemerintahan, diplomasi dan komitmen yang tulus untuk berjihad yang berakar pada prinsip-prinsip Islam. Warisannya berfungsi sebagai mercusuar untuk kepemimpinan strategik dan kepatuhan yang kuat terhadap prinsip-prinsip Islam.
Hari ini, umat menghadapi situasi yang sama. Putra dan putri umat dibantai tanpa belas kasihan di Gaza. Para pemukim kolonialis Yahudi telah menduduki tanah suci dan itu terjadi akibat dihancurkannya Khilafah dan pemecahan negeri-negeri Muslim menjadi negara-bangsa yang tidak asli dan merupakan buatan semata, dengan dipasangnya para penguasa agen-agen Muslim ke atas negara-negara ini untuk melayani kepentingan kolonialis. Tanah yang dibebaskan oleh Salahudin dari Tentera Salib, tanah yang dilindungi Khalifah Abdul Hamid II ini akhirnya telah jatuh ke pangkuan orang-orang Yahudi dengan perjanjian kekuatan kolonialis. Umat menunggu Salahudin yang lain. Umat menunggu pahlawan lain yang berasal dari besarnya kepintaran, kesatriaan, seperti komitmen Salahuddin terhadap iman Islam dan cinta untuk berjihad.
Pertemuan para penguasa Muslim baru-baru ini di Riyadh sangat berbeza dengan tindakan Salahuddin Ayyubi. Sementara para pemimpin ini mengutuk kekejaman di Gaza melalui pidato dan kenyataan-kenyataan, namun kata-kata mereka tidak memiliki kekuatan transformatif yang menyelaraskan tindakan dengan nilai-nilai Islam. Dominasi dalam perang memerlukan tindakan, bukan hanya retorika. Teladanilah Salahuddin yang mengajarkan kita bahawa retorika belaka tanpa tindakan tegas akan gagal mengatasi situasi mendesak ini. Para pemimpin Muslim yang menganjurkan solusi dua negara sebenarnya telah mengkhianati intipati Islam. Palestin, tanah yang diberkati Al-Masjid Al-Aqsa, tidak boleh dibahagi-bahagi antara rakyatnya dan musuh-musuhnya. Sebaliknya, solusinya adalah seperti yang Allah Al-Aziz, Al-Jabbar, firmankan, dan firman-Nya adalah solusi yang benar,
[وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ]
“ Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu;” [TMQ Al-Baqarah : 191].
Seruan untuk bertindak bukan hanya tugas kolektif tetapi juga refleksi dari komitmen kita terhadap akidah Islam. Perintah al-Quran untuk melawan penindasan dan mendukung mereka yang mencari bantuan demi agama perlu bergema di dalam hati umat Islam. Ketika Salahuddin menggerakkan tentera untuk melindungi kesucian Al-Aqsa, tentera di zaman ini mestilah menanggapi seruan dari Gaza. Para prajurit ini berbagi akidah yang sama dengan Salahuddin, yang merupakan akidah Islam yang kuat. Allah (swt) berfirman,
[وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ]
Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya,” [TMQ Surah Al-Anfal :72].
Wahai Tentera Muslim!
Wahai putra-putra Salahuddin! Hanya Islam saja yang dapat menghidupkan kita kembali. Hanya Islam sajalah yang menggerakkan kita. Islam membuat kita takut kepada Allah (Swt). Islam membuat kita sedar akan pertanggungjawaban pada hari terakhir Penghakiman. Islam mendorong kita untuk mengatur tindakan kita sesuai dengan perintah Allah (Swt), apakah kita merasa ringan atau berat.
Wahai para komandan Muslim!
Dalam menghadapi pencerobohan tanpa henti terhadap saudara-saudari kalian di Gaza, adalah kewajipan kalian untuk merenungkan secara mendalam tugas kalian untuk membela kaum yang tertindas dan membebaskan Tanah Diberkati. Refleksi ini mesti didasarkan pada prinsip-prinsip Akidah Islam dan kesedaran untuk dimintai pertanggungjawaban pada Hari Penghakiman. Apakah anda tidak mendambakan salah satu dari dua perbuatan baik, kemenangan atau mati syahid? Apakah anda tidak mendambakan darjat dalam kehidupan ini dan di akhirat? Allah (swt) berfirman,
[يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةًۭ فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍۢ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ * وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ]
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” [TMQ As-Saf :12-13].
Wahai para komandan tentera Muslim yang tulus!
Hari ini, seruan untuk bertindak bergema ketika kita menyaksikan penderitaan saudara-saudari kita di Gaza. Ketika umat menghadapi tragedi ini, akidah Islam dan peta jalan mulia Salahuddin al-Ayyubi perlu memandu anda memberikan tanggapan yang bermakna dan memberi impak. Sangat penting untuk menarik kesejajaran antara era Salahuddin dan situasi saat ini di Gaza, kerana kepemimpinannya menunjukkan kekuatan yang berasal dari akidah Islam. Hal inilah melambangkan kepintaran politik, strategik dan ketenteraan Salahuddin. Sekaranglah waktu untuk bertindak. Rangkul-lah ajaran Islam dan ikuti jejak Salahuddin al-Ayyubi. Gerakkan umat untuk mendukung saudara-saudari kita di Gaza, berdiri melawan kebiadapan orang-orang yang telah dimurkai Allah. Allah (swt) berfirman,
[يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ * إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَاباً أَلِيماً وَيَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئاً وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ]
“ Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [TMQ at-Taubah :38-39].
Ketabahan umat Islam di Gaza melawan rintangan yang luar biasa adalah bukti kekuatan yang berasal dari iman mereka yang tak tergoyahkan. Kekuatan penindasan yang bersatu tidak dapat mematahkan tekad mereka yang berdiri teguh di jalan Allah. Sebaliknya, para penindas, mendapati diri mereka tidak mampu menghadapi jiwa orang-orang beriman. Pasukan gabungan dan Yahudi yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan persenjataan, telah gagal menaklukkan umat Islam di Gaza. Sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah seperti yang Allah (Swt) firmankan
[لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ]
“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.” [TMQ Al Imran :111].
Orang-orang, yang terbatas pada benteng-benteng yang dibentengi, hati mereka terpecah belah, tidak mampu menghadapi ketahanan orang-orang beriman. Perpecahan semasa di kalangan barisan para penjajah sekarang mencerminkan kembali keadaan Tentera Salib sebelum Pertempuran Hattin. Allah (Swt) berfirman,
[لَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِى قُرًۭى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَآءِ جُدُرٍۭ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌۭ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًۭا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَووْمٌۭ لَّا يَعْقِلُونَ]
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).” [TMQ Al-Hashr :14].
Sebagai Muslim, kita diingatkan bahawa tindakan kita adalah tunduk pada pengawasan pada Hari Penghakiman. Para penguasa dan komandan yang berpangku tangan menyaksikan kekejaman dan berpihak pada para penindas, akan diminta pertanggungjawaban atas pengkhianatan mereka terhadap umat. Seruan untuk memobilisasi umat, apakah ringan atau berat, berakar pada akidah Islam dan tradisi kenabian. Kegagalan untuk menanggapi seruan itu boleh menyebabkan digantinya mereka dengan tentera yang benar-benar mencintai Allah dan Allah pun mencintai mereka. Allah (Swt) berfirman,
[هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَامَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَـٰلَكُم]
“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” [TMQ Muhammad :38].
Wahai putra-putra umat dalam pasukan kaum Muslim!
Sebagai penutup, ingatlah bahawa Kemenangan bagi Islam dan kaum Muslim tidak bergantung pada kemampuan manusia saja. Sebaliknya, kemenangan itu diberikan oleh Allah, menunggu individu yang tulus dan layak yang bersedia berkorban untuk Dien mereka. Seruan untuk mengerakkan umat adalah seruan untuk menukar dunia yang fana dengan akhirat yang kekal. Pendirian Khilafah, pada manhaj kenabian, akan menjamin umat Muslim bersatu dan merupakan jalan untuk merebut kembali kehormatan dan martabat umat. Ini adalah seruan yang berakar kuat dalam akidah Islam dan kesedaran untuk bertanggung jawab kepada Allah pada Hari Penghakiman. Allah (Swt) berfirman,
[يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ * وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ * ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ]
“ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.” [TMQ Surah Muhammad : 7-9].
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Abdur Rahman Qutuz – Wilayah Pakistan