[KEMBALIKAN THE POWER OF UMMAH] KHALIFAH SEBAGAI JUNNAH
Hadis ini dijadikan sebagai salah satu qarînah (indikasi) dalil wajibnya mengangkat khalifah, sekaligus menjelaskan kepentingan kedudukan khalifah. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam kitab Ajhizat Dawlat al-Khilâfah bahawa di antara kandungan hadis di dalamnya terdapat penyifatan terhadap khalifah bahawa ia adalah junnah (perisai), yakni wiqâyah (pelindung).
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyifati bahawa seorang al-Imâm (khalifah) adalah junnah (perisai), dan bermakna mengandung pujian atas keberadaan al-Imâm (Khalifah) dan bermakna adanya tuntutan kerana informasi dari Allah dan dari Rasul-Nya. Jika mengandung celaan, ia merupakan tuntutan untuk meninggalkan, yakni larangan, dan jika mengandung pujian, ia merupakan tuntutan untuk melaksanakan, dan jika perbuatan yang dituntut tersebut mengandung konsekuensi terhadap tegaknya hukum syariat atau pengabaiannya mengandung konsekuensi terhadap terabaikannya hukum syariat, tuntutan tersebut bersifat tegas.
#kempenrejab #rejabbulanmulia
#100TahunKejatuhanKhilafah