UIY: Peristiwa Luar Biasa pada bulan Rejab
Rejab merupakan satu daripada empat bulan yang sangat istimewa yang disebut oleh Nabi iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Dalam sebuah keterangan, dikatakan bahawa pada bulan ini, tidak dibolehkan menzalimi diri sendiri apatah lagi menzalimi orang lain kerana kejahatan pada bulan-bulan haram ini akan dilipatgandakan. Begitu juga sebaliknya.
Peristiwa Luar Biasa
Terkait bulan Rejab ini, cendekiawan muslim, Ustaz Ismail Yusanto (UIY) menegaskan bahawa terdapat satu peristiwa luar biasa yang terjadi pada bulan itu.
“Khusus bulan Rejab, kita semua tahu di situ ada satu peristiwa yang luar biasa iaitu Israk Mikraj,” tutur beliau di Focus To The Point: “Rejab dan Pelajaran Keimanan dari Abu Bakar ra.” di saluran UIY Official, Khamis (18-1-2024).
Jelas beliau, Israk Mikraj merupakan peristiwa perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam satu malam sahaja. Kemudian Baginda naik ke Sidratulmuntaha yang menegaskan kenabian Nabi Muhammad SAW. sekaligus kepemimpinan Nabi di atas para nabi dan rasul.
“Berkenaan dengan Israk Mikraj ini, terdapat satu perkara penting tentang bagaimana Saidina Abu Bakar mempercayai peristiwa ini kerana peristiwa ini sulit untuk difahami. Jangankan pada masa itu, pada masa kini juga masih susah untuk difahami,” ungkap beliau.
Beliau menceritakan bahawa jarak antara Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu lebih kurang 1200km, dan ini merupakan kisah 1400 tahun yang lalu di mana belum wujud kenderaan kecuali unta dan kuda yang tentunya memerlukan waktu berminggu-minggu.
“Belum lagi dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha. Di mana Sidratulmuntaha itu, kita tidak tahu. Tetapi, teknologi yang ada sekarang ini menunjukkan bahawa hujung semesta yang boleh diamati itu jaraknya sekitar 27.5 billion tahun cahaya. Sedangkan cahaya itu, kepantasannya adalah 3000.000 km per saat. Andai Sidratulmuntaha itu berada di hujung semesta yang dapat kita amati itu, lalu jika berada di sana, kecepatan Nabi itu berapa? Jaraknya dua kali ganda kerana Baginda pergi kemudian balik semula. Semuanya dilakukan oleh Nabi dalam waktu kurang dari 1 malam,” Urai beliau lagi.
Kerana itu, menurut UIY, betapa tidak mudahnya memahami peristiwa ini, tetapi Abu Bakar mempercayainya dengan sangat mudah.
Beliau memetik kata-kata Abu Bakar terkait hal ini, “Selagi yang mengatakan hal itu adalah Nabi, ia pasti benar. Aku sudah membenarkan Nabi dalam khabar langit (wahyu), lalu bagaimana mungkin aku mengingkari khabar ini? Bahkan aku pasti membenarkan jika Nabi mengatakan lebih dari itu.”
“Ini adalah bahagian yang acapkali dilupakan oleh umat. Sehingga Nabi mengatakan bahawa, andai iman Abu Bakar itu ditimbang dengan iman seluruh penduduk bumi, maka keimanan Abu Bakar itu lebih unggul,” ucap beliau mengutip sabda Nabi SAW..
Al-Quran
UIY mengatakan, jika Abu Bakar percaya sepenuhnya kepada Nabi, saat ini ketika Nabi sudah wafat, maka kepercayaan umat sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Al-Quran dan Sunnah.
“Sangat penting untuk terus memperkukuhkan keyakinan kepada Al-Quran sehingga seperti yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran surah Al-Anfal ayat ke-2, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” tegas beliau.
Oleh kerana itu, lanjutnya, jika ada seseorang yang meyakini Al-Quran, tetapi tidak menerima syariat, bermaksud perlu dipersoalkan keimanannya.
“Kalau kita percaya pada Al-Quran, semestinya kita percaya juga kepada apa yang dikatakan dalam Al-Quran berkaitan dengan syariat. Semestinya sikap yang dimiliki oleh seorang muslim ketika berhadapan dengan syariat Islam itu adalah sami’na wa atho’na (kami mendengar dan kami taat),” harapnya.
Terakhir, beliau menegaskan bahawa tanda yang paling nyata dari keimanan penuh kepada Al-Quran adalah fikiran dan perbuatannya selari dengan apa yang dikatakan oleh Al-Quran.
Sumber: https://muslimahnews.net/2024/01/24/26580/