[Metode Dakwah Al-Quran] Sanggahan terhadap Orang Nasrani (Bahagian 1/2)
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
Selama agama Nasrani ada di tengah masyarakat, walaupun dalam bentuk yang terbatas atau boleh menguatkan agama Yahudi, maka perlu dibantah. Lebih-lebih lagi sebahagian bangsa Arab telah memeluknya, atau terpengaruh dengannya, seperti Waraqah bin Naufal dan Al-Qis bin Sa’idah al-Ayâdi. Mereka telah dibantah secara global dan dijelaskan bahawa mereka itu kafir, jika mereka tidak mengimani kenabian Muhammad. Demikian juga, ayat-ayat Al-Quran telah menjelaskan bahawa Muhammad saw. secara jelas telah disebut dalam Injil, sekali dengan nama Ahmad, dan kali lain dengan nama Muhammad. Beliau disebut dengan nama Ahmad melalui lisan Nabi ‘Isa as. Dengan firman-Nya,
وَمُبَشِّرًاۢ بِرَسُوْلٍ يَّأْتِيْ مِنْۢ بَعْدِى اسْمُهٗٓ اَحْمَدُۗ
“Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” (TMQ Ash-Shaff [61]: 6)
Sementara itu, nama Muhammad terdapat dalam firman-Nya,
مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ ۗوَالَّذِيْنَ مَعَهٗٓ اَشِدَّاۤءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَيْنَهُمْ تَرٰىهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَّبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيْمَاهُمْ فِيْ وُجُوْهِهِمْ مِّنْ اَثَرِ السُّجُوْدِ ۗذٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ ۖوَمَثَلُهُمْ فِى الْاِنْجِيْلِۚ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْـَٔهٗ فَاٰزَرَهٗ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوٰى عَلٰى سُوْقِهٖ
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadi makin kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya.” (TMQ Al-Fath [48]: 29).
Al-Quran juga menyerang mereka, kerana mereka telah menjadikan ulama dan rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. Selama orang yang disebut Paus itu tetap berposisi layaknya Tuhan bagi mereka, maka ketika Rasulullah saw. ditanya bagaimana mungkin mereka menjadikan ulama dan rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, beliau menjawab, “Mereka (ulama dan rahib) itu membuat syariat untuk mereka, dan mereka berjalan mengikuti syariat ini.” Atau yang senada.
Demikian juga sanggahan terhadap apa yang mereka buat-buat dalam urusan agama mereka; apa yang mereka modifikasi dalam Injil mereka. Al-Quran juga mengkhususkan sejumlah ayat untuk membantah masing-masing kelompok. Al-Quran telah menyerang orang yang mengatakan bahawa Al-Masih adalah anak Allah, menyerang orang yang mengatakan bahawa Al-Masih adalah Allah ketika Lâhawt dan Nâsût menjelma menjadi satu, menyerang orang yang mengatakan bahawa Allah adalah tiga dalam satu, juga menyerang orang yang mengharuskan praktik kependetaan (monastisme) bagi para tokoh gereja,
وَرَهْبَانِيَّةَ ِۨابْتَدَعُوْهَا مَا كَتَبْنٰهَا عَلَيْهِمْ اِلَّا ابْتِغَاۤءَ رِضْوَانِ اللّٰهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا
“Dan mereka mengada-adakan rahibaniyyah padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.” (TMQ Al-Hadid [57]: 27)
Al-Quran telah membicarakan secara terperinci kehidupan Maryam yang jujur itu, iaitu apa yang dikatakan ibundanya, pengasuhan bapa saudaranya kepada beliau, ketika mengandungkan Isa dan melahirkannya, serta dialognya dan juga anaknya dengan kaumnya. Secara mendasar, Al-Quran telah menyatakan semuanya tadi dalam dua surah dan dalam beberapa tempat yang berbeza, baik menyangkut poin ataupun pemikiran tertentu. Kisah tersebut telah dinyatakan dalam surah Ali-Imran,
اِذْ قَالَتِ امْرَاَتُ عِمْرٰنَ رَبِّ اِنِّيْ نَذَرْتُ لَكَ مَا فِيْ بَطْنِيْ مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ ۚ اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ اِنِّيْ وَضَعْتُهَآ اُنْثٰىۗ وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْۗ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْاُنْثٰى ۚ وَاِنِّيْ سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ
“(Ingatlah), ketika isteri Imran berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitulmaqdis). Oleh kerana itu, terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’ Maka tatkala isteri `Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu, dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam.’” (TMQ Ali-Imrân [3]: 35—36).
Hingga firman-Nya,
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ اِذْ يُلْقُوْنَ اَقْلَامَهُمْ اَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَۖ
“Padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam.” (TMQ Ali-Imrân [3]: 44).
وَّكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا ۗ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَۙ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا ۚ قَالَ يٰمَرْيَمُ اَنّٰى لَكِ هٰذَا ۗ قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللّٰهِ
“…serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah…’” (TMQ Ali-Imrân[3]: 37).
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً
“Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata, ‘Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik.’“ (TMQ Ali-Imrân [3]: 38).
Demikian juga Al-Quran menyatakan kisah Nabi ‘Isâ sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Maryam, sejak datangnya wahyu kepadanya, kehamilan Maryam mengandung anaknya, kelahiran anaknya, serta pelariannya ke kebun kurma hingga Nabi ‘Isâ as. berkata,
اِنِّيْ عَبْدُ اللّٰهِ ۗاٰتٰنِيَ الْكِتٰبَ وَجَعَلَنِيْ نَبِيًّا
وَّجَعَلَنِيْ مُبٰرَكًا اَيْنَ مَا كُنْتُۖ وَاَوْصٰنِيْ بِالصَّلٰوةِ وَالزَّكٰوةِ مَا دُمْتُ حَيًّا ۖ
“Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.” (TMQ Maryam [19]: 30—31).
Hingga ayat tersebut menyatakan hakikat tadi,
ذٰلِكَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ ۚقَوْلَ الْحَقِّ الَّذِيْ فِيْهِ يَمْتَرُوْنَ
“Itulah Isa putra Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya.” (TMQ Maryam [19]: 34).
مَا كَانَ لِلّٰهِ اَنْ يَّتَّخِذَ مِنْ وَّلَدٍ سُبْحٰنَهٗ ۗاِذَا قَضٰٓى اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
“Tidak patut bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ Maka jadilah sesuatu itu.”
Kelahiran Maryam telah mempengaruhi perasaan dan naluri Zakaria, lalu beliau berdoa kepada Allah agar diberi keturunan yang soleh, sembari melupakan keadaan isterinya, bahawa dia ternyata mandul? Sementara itu, beliau sendiri sudah sangat tua dan kepalanya telah dipenuhi dengan uban, kemudian datanglah khabar gembira, ketika beliau sedang berdiri solat di mihrab, bahawa Allah memberi khabar gembira kepadanya dengan kalimah (yang datang) dari-Nya.
Kemudian beliau dihinggapi kekaguman, lalu mulai bertanya kepada Malaikat, bagaimana mungkin semuanya boleh terjadi, sedangan beliau dalam usia yang uzur dan isterinya pula mandul. Malaikat itu berkata, “Demikianlah Allah menciptakan apa saja yang Dia kehendaki.“
وَّقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا
“Sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali.” (TMQ Maryam [19]: 9).
*Bersambung ke bahagian 2
Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran