Kemuliaan Rejab dan Nasib Umat
Sungguh beruntung kaum muslim. Banyak keberkahan pada setiap waktu yang datang kepada kita. Seperti saat ini. Pada Rejab banyak kebaikan yang Allah SWT limpahkan kepada hamba-hamba-Nya yang mengerjakan amal soleh. Ini kerana Rejab adalah salah satu bulan yang Allah SWT muliakan.
Kebaikan tersebut tentu perlu diusahakan. Ia tidak datang begitu saja. Semua bergantung pada kuat lemahnya keimanan dan amalan yang kita curahkan.
Bulan Mulia dan Bulan Haram
Para ulama menjelaskan bahawa Rejab adalah salah satu dari empat bulan haram yang Allah SWT muliakan. Ini berdasarkan firman-Nya:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“Sungguh bilangan bulan menurut Allah ada dua belas bulan, dalam catatan Allah, saat Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya terdapat empat bulan haram [suci]. Itulah agama yang lurus. Kerana itu janganlah kalian menzalimi diri kalian sendiri pada bulan-bulan itu.” (TMQ At-Taubah [9]: 36).
Rincian bulan haram itu disebutkan oleh Rasulullah SAW,
إنَّ الزَّماَنَ قَدْ اِسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اِثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُوْ الْقَعْدَةِ، وَذُوْ الْحِجَّةِ، وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ شَهْرُ مُضَرَّ الَّذِيْ بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Sungguh waktu itu telah diputar sebagaimana keadaannya saat Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Lalu Rejab bulan Mudharr yang terdapat di antara Jumada dan Syaaban.” (HR Muslim).
Kemuliaan Rejab banyak diterangkan oleh para ulama. Ibnu Faris menjelaskan bahawa secara bahasa, “rejaba” bererti mengagungkan, menakutkan, menghormati. “Rejaba” juga bermakna mengukuhkan atau menguatkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. (Ibnu Faris, Mu’jam Maqaayis al-Lughah, hlm. 445).
Kemuliaan dan keistimewaan Rejab di antaranya terdapat dalam hadis mursal yang diriwayatkan Imam Asy-Syaukani dari Imam Hasan al-Bashri. Disebutkan bahawa Nabi Muhammad SAW menyebut Rejab sebagai bulan milik Allah (syahrulLâh) yang menandakan kemuliaan dan keutamaannya. Beliau bersabda,
رَجَبُ شَهْرُ اللهِ، وَ شَعْبَانُ شَهْرِيْ، وَ رَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِيْ
“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.” (Asy-Syaukani, Nayl al-Awthâr, 4/293, Maktabah Syamilah).
Adapun tentang sebutan bulan haram banyak penjelasannya. Di antaranya, menurut Al-Qadhi Abu Ya’la rahimahulLâh, ”Dinamakan bulan haram kerana dua makna. Pertama, pada bulan tersebut diharamkan berbagai pembunuhan. Orang-orang jahiliah pun meyakini demikian. Kedua, pada bulan tersebut terdapat larangan untuk melakukan perbuatan haram lebih ditekankan daripada bulan yang lainnya kerana mulianya bulan tersebut. Pada saat itu pun sangatlah baik untuk melakukan amalan ketaatan.” (Lihat: Ibnu al-Jauzi, Zâd al-Masîr, Tafsir surah At-Taubah ayat 36).
Amalan yang Dianjurkan
Ada dua hal penting untuk dikerjakan oleh setiap muslim, khususnya pada Rejab ini. Pertama, setiap hamba yang beriman dan merindukan redha Allah selayaknya bersegera memperbanyak amal soleh baik yang wajib mahupun yang sunnah, tanpa menunda-nunda lagi. Allah SWT berfirman,
وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ
“Bersegeralah kalian meraih ampunan dari Tuhan kalian dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi kaum yang bertakwa.” (TMQ Ali Imran [3]: 133).
Amal soleh tentu mempunyai kriteria khusus. Bukan setiap amal yang dipandang baik dikatakan sebagai amal soleh. Suatu perbuatan dikatakan amal soleh jika sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT atau mengikuti syariat-Nya. Keliru jika seorang muslim menyangka amal soleh sekadar amal kebaikan menurut pandangan dirinya, atau menurut pandangan umum, atau menurut hukum buatan manusia yang berlaku. Nabi Muhammad SAW bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Siapa saja yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada dalam agama kami, maka ia tertolak.” (HR Muslim).
Contohnya, seorang muslim menyangka telah berbuat baik kepada keluarganya kerana telah menafkahi mereka, padahal ia menafkahi mereka dari jalan usaha yang haram seperti muamalah ribawi, menerima suap, rasuah, dsb.. Contoh lain, seorang penguasa merasa telah mengambil keputusan yang baik dengan menyerahkan kepemilikan dan pengelolaan sumber alam kepada korporat, padahal sebenarnya sumber alam itu adalah milik umat yang mesti dikelola oleh negara untuk kemaslahatan mereka. Contoh lainnya lagi, seorang muslim menyangka telah menyelamatkan masyarakat dari bahaya kelompok Islam tertentu yang dituding ”radikal” hanya kerana mereka tengah memperjuangkan tegaknya syariat Islam, padahal menegakkan syariat Islam adalah kewajipan setiap muslim. Mengabaikan syariat Islam, apalagi menghalang-halangi penegakannya, adalah tindak mungkar.
Inilah orang-orang yang menyangka telah beramal baik, padahal sesungguhnya mereka merugi. Allah SWT berfirman,
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Katakanlah, ‘Mahukah kalian aku beri tahu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Mereka adalah orang-orang yang sia-sia perbuatannya di dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.’.” (TMQ Al-Kahfi [18]: 103—104).
Di antara amal soleh yang besar keutamaannya adalah menjadi pemimpin yang adil. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menerapkan syariat Islam secara kafah dan hidup dalam naungan hukum-hukum Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda,
يَوْمٌ مِنْ إِمَامٍ عَادِلٍ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ سِتِّينَ سَنَةً، وَحَدٌّ يُقَامُ فِي الْأَرْضِ بِحَقِّهِ أَزْكَى مِنْ مَطَرِ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا
“Sehari bersama seorang pemimpin yang adil lebih utama daripada beribadah 60 tahun. Satu hukum yang ditegakkan dengan haq di bumi lebih suci daripada hujan 40 hari.” (HR Ath-Thabarani).
Kedua, seorang hamba yang takut dengan dosa dan seksa Allah SWT seharusnya bersegera meninggalkan berbagai kezaliman. Ini kerana pada Rejab, balasan atas perbuatan zalim juga dilipatgandakan. Imam Qatadah rahimahulLâh dalam tafsirnya menjelaskan, “Kerana kezaliman yang dilakukan pada bulan-bulan haram lebih besar kesalahan dan dosanya daripada kezaliman yang dilakukan pada bulan-bulan selainnya.”
Al-Jurjani menjelaskan zalim adalah ”melewati koridor kebenaran hingga masuk pada kebatilan dan itu adalah maksiat”. (Az-Zurjani, At-Ta’rifât, hlm. 186, dinukil dari Mawsû’ah Akhlâq Durar as-Saniyyah).
Oleh kerana itu, pada Rejab ini kaum muslim hendaklah lebih bersemangat untuk meninggalkan kezaliman dan kemaksiatan. Di antara sifat zalim yang harus segara dihilangkan adalah menolak penerapan hukum-hukum Allah.
Allah SWT berfirman,
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
“Siapa saja yang tidak memutuskan hukum berdasarkan wahyu yang telah Allah turunkan, mereka itulah kaum yang zalim.” (TMQ Al-Ma’idah [5]: 45).
Amal Utama
Kita bergembira menyaksikan kaum muslim pada setiap Rejab berlumba-lumba mengerjakan berbagai amal kebaikan. Hanya saja, banyak amal kebaikan itu baru berupa amal-amal peribadi, belum berupa amal yang memberi kesan besar pada kepentingan umat.
Pada hari ini kita menyaksikan saudara-saudara seiman di berbagai belahan dunia mengalami penindasan oleh kaum kafir mahupun oleh penguasa mereka sendiri.
Umat muslim di Gaza masih terancam oleh tindakan keji genosid zionis Yahudi. Setiap hari 160 anak Gaza tewas di tangan militer Z*onis. Setiap hari pula 10 anak Gaza menjadi cacat akibat serangan zalim Yahudi. Penduduk Gaza juga sudah berminggu-minggu hidup tanpa letrik, kekurangan air dan makanan. Hari ini 800 ribu penduduk Gaza terancam mati akibat kelaparan dan kekurangan air.
Nasib muslim Rohingya tak kalah memilukan. Mereka pun terancam tindakan genosid penguasa Myanmar dan kelompok Buddha radikal. Penduduk Arakhan terusir dari negeri mereka sendiri dan terlunta-lunta. Bahkan di tanah air muncul kelompok yang menyerukan penolakan terhadap pelarian Rohingya dengan berbagai alasan.
Sementara itu, para penguasa muslim terus-terusan bermain retorika tanpa tindakan nyata. Mereka tidak pernah mengirimkan bantuan yang benar-benar diperlukan penduduk Gaza mahupun Myanmar. Bahkan sebahagian dari para penguasa itu terang-terangan bersekongkol dengan Z*onis Yahudi, pemerintah Myanmar, juga negara-negara imperialis seperti Amerika Syarikat, Britain, dsb..
Nasib yang tidak kalah memilukan juga dialami oleh kaum muslim Uighur di China, di India, atau di Syria. Mereka teraniaya oleh para penguasa di negeri mereka tinggal.
Oleh kerana itu, umat memerlukan amal besar dan nyata untuk menolak berbagai kezaliman ini. Kezaliman ini tidak boleh hilang, kecuali dengan adanya pemimpin yang tampil sebagai junnah (perisai) bagi umat. Itulah khalifah yang akan menerapkan syariat Islam. Khalifah pula yang akan memberikan pembelaan terhadap kaum muslim yang tertindas, sekaligus memberikan bantuan dan mengirimkan pasukan yang akan membebaskan negeri-negeri muslim dari berbagai kezaliman.
WalLâhu a’lam. []
Sumber: Buletin Kaffah No. 328 (07 Rajab 1445 H/19 Januari 2024 M)