Aktivis: Kaum Muslim Tidak Mungkin Berharap kepada Badan antarabangsa
International Court of Justice (ICJ) mengadakan sidang perdana untuk mendengarkan laporan pemerintah Afrika Selatan terkait jenayah yang dilakukan entiti Z1onis Y4hudi, pada Khamis—Jumaat (11—12 Januari 2024).
Pemerintah Afrika Selatan menyatakan bahawa Z1onis Y4hudi telah melanggar Konvensyen Genosid 1948 dalam serangannya di wilayah Palestin .
Y4hudi telah menghancurkan ratusan ribu rumah, mengusir 1.9 juta penduduk Palestin, dan menyebabkan lebih dari 23,000 nyawa melayang.
Y4hudi juga dinyatakan gagal menyediakan makanan, air, ubat-ubatan, bahan bakar, tempat tinggal dan bantuan kemanusiaan lainnya ke Semenanjung Gaza.
Afrika Selatan mengajukan bukti-bukti dan menunjukkan bahawa tuntutan itu disampaikan secara serius terdiri dari 48 lembar data yang menjadi pertimbangan kenapa tuntutan perundangan itu disampaikan.
Namun demikian, Y4hudi membantah semua tuduhan tersebut. Mereka berdalih yang mereka lakukan adalah dalam rangka mempertahankan diri atas serangan kelompok militer H*mas yang dimulai 7 Oktober 2023.
Tidak Mungkin
Aktivis muslimah Indonesia, Ustazah Iffah Ainur Rochmah menghargai usaha pembelaan Afrika Selatan terhadap Palestin. Namun demikian, beliau mengatakan, berharap kepada badan antarabangsa adalah tidak mungkin.
“Kita tidak mungkin berharap kepada badan-badan antarabangsa kerana badan-badan antarabangsa , bahkan Mahkamah Antarabangsa pun tidak lebih seperti kotak aduan saja,” tuturnya kepada MNews, Isnin (29-1-2024).
Mahkamah Antarabangsa, lanjutnya, akan menampung banyak aduan sebagaimana aduan Afrika Selatan, tetapi hasilnya sudah boleh dijangka.
“Kita sudah boleh menjangkakan hasilnya, tidak akan memberikan solusi ketika bercakap tentang kepentingan kaum muslim kerana mereka akan terus menunjukkan hipokrisinya. Mereka akan terus menunjukkan sikap berat sebelah yang menempatkan kaum muslim sebagai pihak yang perlu dikorbankan dan menempatkan kepentingan negara-negara Barat, termasuk kepentingan Z1onis Y4hudi sebagai yang perlu diutamakan,” ujarnya.
Ustazah Iffah mengatakan, rakyat Gaza seolah-olah perlu berdiri di hadapan pengadilan antarabangsa yang dibuat Barat, padahal Baratlah yang membiarkan kaum muslim dibantai Z1onis Y4hudi.
“Negara-negara Barat inilah yang terus menyokong berlangsungnya pembantaian dan menjauhkan Isr4el dari kebangkrupan akibat perang yang sudah berlangsung selama lebih dari 100 hari,” jelasnya.
Media Barat juga, lanjutnya, pasti akan “menggoreng” apa yang terjadi di pengadilan sesuai kepentingan Barat.
“Mereka akan menyampaikan pembahasan yang menyesatkan dan penuh kebohongan. Media Barat akan terus bertanya kepada dunia, termasuk kepada Afrika Selatan, ‘Apakah mengutuk peristiwa 7 Oktober?’ Inilah yang terjadi hari ini dengan pengadilan tersebut,” tandasnya.
Menindas
Ustazah Iffah menerangkan, satu sisi negara-negara Barat seolah memberikan pengakuan terhadap Palestin, pengakuan atas tanah Palestin, pengakuan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan darah dan hartanya, tetapi di sisi lain, Barat juga menindas Palestin.
“Negara-negara Barat seolah-olah mengatakan kalau kaum muslim melawan apa yang dilakukan oleh entiti Z1onis Y4hudi, maka kaum muslim perlu bersiap-siap dengan aturan global atas nama undang-undang antisemitisme (kebencian terhadap Y4hudi-penj.),” bebernya.
Dengan kebohongan-kebohongannya itu, terangnya, negara-negara Barat sudah menunjukkan jati dirinya. Beliau memberikan contoh, Barat mengakui kedaulatan Afghanistan, tetapi barat juga yang membantai dan membumihanguskan Afghanistan demi kepentingan politik dan ekonominya.
“Seolah-olah mereka hendak mengatakan, silakan saja anda mempertahankan diri asal anda tidak mengusik apa yang diinginkan oleh dunia Barat atau yang dikehendaki oleh Isr4el,” tegasnya.
Beliau menambahkan, orang yang menunjukkan dukungan kepada Palestin, apalagi berbicara tentang “kirimkan tentera untuk menghentikan kezaliman Isr4el”, maka akan mendapatkan hukuman dari dunia antarabangsa.
Tanggungjawab
Dengan keadaan Palestin saat ini, menurut Ustazah Iffah, ada tanggungjawab besar di bahu kaum muslim yang masih berfikir logik dan mempunyai keimanan untuk membela Palestin.
“Kita harus terus menyuarakan kepada pemimpin dan angkatan tentera di negeri-negeri kita bahawa satu-satunya jalan untuk membebaskan saudara kita di Palestin adalah dengan mengirimkan kekuatan ketenteraan yang boleh menghentikan penjajah atau pun pendudukan yang dilakukan oleh entiti Z1onis Y4hudi,” tegasnya.
Beliau mengutip Al-Quran surah Al-Anfal ayat 72, “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam [urusan pembelaan] agama , maka kamu wajib memberikan pertolongan.”
“Wajib hukumnya bagi pemimpin negeri –negeri muslim dan tentera yang ada di dunia Islam untuk menyambut atau menjawab seruan mereka dengan mengirimkan pasukan dan mengirimkan semua yang mereka perlukan untuk mempertahankan agama dan membela kehormatan tanah suci Palestin ,” simpul beliau.
Sumber: mnews