17 Febuari 2024, Kepong Metropolitan- Sempena Kempen 100 Tahun Tanpa Khilafah dengan tema Kembalikan The Power of Ummah, MHTM Cawangan Kuala Lumpur telah melaksanakan aktiviti street dakwah berjumpa masyarakat setempat.
Perkongsian street dakwah kali ini menyentuh tentang peranan masyarakat terutama Muslim dalam mengembalikan kesatuan ummah demi melakukan revolusi Islam untuk mendapatkan kekuatan dan kemuliaan umat Islam seluruh dunia.
Syukur Alhamdulillah para pengunjung menerima dengan baik dan sangat memberi sokongan positif pentingnya kesatuan ummah.