KHILAFAH: KEWAJIPAN YANG BERDASARKAN SYARAK, PERKARA MUJMA’ ‘ALAYHI DAN BERSIFAT MENDESAK
IMAMUL HARAMAIN ABU AL-MA’ALI AL-JUWAINI ASY-SYAFI’I (W. 478 H)
Dalam kitabnya “Ghiyâts al-Umam fî Iltiyâts azh-Zhulam” mengatakan:
[ ﺣﻜﻢ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ]
15 – ﻓﻨﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻋﻨﺪ اﻹﻣﻜﺎﻥ ﻭاﺟﺐ.
16 – ﻭﺫﻫﺐ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ ﺑﻦ ﻛﻴﺴﺎﻥ ﺇﻟﻰ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺠﺐ
ﻭﻳﺠﻮﺯ ﺗﺮﻙ اﻟﻨﺎﺱ ﺃﺧﻴﺎﻓﺎ، ﻳﻠﺘﻄﻤﻮﻥ اﺋﺘﻼﻓﺎ ﻭاﺧﺘﻼﻓﺎ، ﻻ ﻳﺠﻤﻌﻬﻢ ﺿﺎﺑﻂ، ﻭﻻ ﻳﺮﺑﻂ ﺷﺘﺎﺕ ﺭﺃﻳﻬﻢ ﺭاﺑﻂ. ﻭﻫﺬا اﻟﺮﺟﻞ ﻫﺠﻮﻡ ﻋﻠﻰ ﺷﻖ اﻟﻌﺼﺎ، ﻭﻣﻘﺎﺑﻠﺔ اﻟﺤﻘﻮﻕ ﺑﺎﻟﻌﻘﻮﻕ، ﻻ ﻳﻬﺎﺏ ﺣﺠﺎﺏ اﻹﻧﺼﺎﻑ، ﻭﻻ ﻳﺴﺘﻮﻋﺮ ﺃﺻﻮاﺏ اﻻﻋﺘﺴﺎﻑ، ﻭﻻ ﻳﺴﻤﻰ ﺇﻻ ﻋﻨﺪ اﻻﻧﺴﻼﻝ ﻋﻦ ﺭﺑﻘﺔ اﻹﺟﻤﺎﻉ، ﻭاﻟﺤﻴﺪ ﻋﻦ ﺳﻨﻦ اﻻﺗﺒﺎﻉ.
17 – ﻭﻫﻮ ﻣﺴﺒﻮﻕ ﺑﺈﺟﻤﺎﻉ ﻣﻦ ﺃﺷﺮﻗﺖ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺸﻤﺲ ﺷﺎﺭﻗﺔ ﻭﻏﺎﺭﺑﺔ، ﻭاﺗﻔﺎﻕ ﻣﺬاﻫﺐ اﻟﻌﻠﻤﺎء ﻗﺎﻃﺒﺔ.
18 – ﺃﻣﺎ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ – ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ﺭﺃﻭا اﻟﺒﺪاﺭ ﺇﻟﻰ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﺣﻘﺎ ; ﻓﺘﺮﻛﻮا ﻟﺴﺒﺐ اﻟﺘﺸﺎﻏﻞ ﺑﻪ ﺗﺠﻬﻴﺰ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﻭﺩﻓﻨﻪ، ﻣﺨﺎﻓﺔ ﺃﻥ ﺗﺘﻐﺸﺎﻫﻢ ﻫﺎﺟﻤﺔ ﻣﺤﻨﺔ.
“Hukum Mengangkat Imam/Khalifah
Point 15 – Mengangkat seorang imam/khalifah selama memungkinkan hukumnya wajib.
Point 16 – Sementara Abdurrahman bin Kaisan (al-Asham) berpendapat itu tidak wajib dan boleh hukumnya membiarkan kaum muslim berbeza-beza, bertembung antara satu sama lain dalam persamaan dan perbezaan. Tanpa memerlukan pemimpin untuk menyatukan mereka. Juga bukan pengikat yang menyatukan kepelbagaian pandangan mereka. Lelaki ini berpotensi besar memecahbelahkan persatuan umat, memicu terampasnya hak-hak. Dia tidak takut akan terhalangnya keadilan, dan tidak melihat betapa sukarnya mencari kebenaran dalam kegelapan tanpa petunjuk. Namanya tidak disebut melainkan ketika terjadinya pelanggaran terhadap ijma’ dan penyimpangan terhadap sunnah Rasulullah.
Point 17 – Padahal ijma’ (konsensus) siapa saja yang disinari matahari dari timur dan barat (baca: seluruh umat), dan kesepakatan mazhab-mazhab para ulama seluruhnya, sudah ada lebih dulu daripadanya.
Point 18 – Adapun para sahabat Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- memandang bersegera mengangkat khalifah adalah benar. Maka mereka meninggalkan penyelenggaraan jenazah Rasulullah dan pemakamannya disebabkan menyibukkan diri dengan hal itu, kerana mereka khuatir akan tertimpa berbagai musibah (disebabkan ketiadaan khalifah).”¹
20 – ﻓﺈﺫا ﺗﻘﺮﺭ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ، ﻓﺎﻟﺬﻱ ﺻﺎﺭ ﺇﻟﻴﻪ ﺟﻤﺎﻫﻴﺮ اﻷﺋﻤﺔ ﺃﻥ ﻭﺟﻮﺏ اﻟﻨﺼﺐ ﻣﺴﺘﻔﺎﺩ ﻣﻦ اﻟﺸﺮﻉ اﻟﻤﻨﻘﻮﻝ، ﻏﻴﺮ ﻣﺘﻠﻘﻰ ﻣﻦ ﻗﻀﺎﻳﺎ اﻟﻌﻘﻮﻝ.
21 – ﻭﺫﻫﺒﺖ ﺷﺮﺫﻣﺔ ﻣﻦ اﻟﺮﻭاﻓﺾ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ اﻟﻌﻘﻞ ﻳﻔﻴﺪ اﻟﻨﺎﻇﺮ اﻟﻌﻠﻢ ﺑﻮﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ.
ﻭاﺳﺘﻘﺼﺎء اﻟﻘﻮﻝ ﻓﻲ اﺳﺘﺤﺎﻟﺔ ﺗﻠﻘﻲ اﻷﺣﻜﺎﻡ ﻣﻦ ﺃﺳﺎﻟﻴﺐ اﻟﻌﻘﻮﻝ ﺑﺤﺮ ﻓﻴﺎﺽ ﻻ ﻳﻐﺮﻑ، ﻭﺗﻴﺎﺭ ﻣﻮاﺝ ﻻ ﻳﻨﺰﻑ.
“Point 20 – Jika telah jelas ketetapan bahawa hukum mengangkat imam/khalifah itu wajib, maka (ketahuilah) majoriti ulama cenderung bahawa kewajipan tersebut berasal dari syarak, bukan kesimpulan logik yang berdasarkan premis-premis.
Point 21 – Segelintir orang dari kalangan Syiah Rafidhah berpendapat bahawa akal dapat membawa seseorang kepada kesimpulan yang pasti bahawa wajib mengangkat khalifah.
Sedangkan jumlah perkataan ulama yang menyebutkan bahawa mustahil hukum itu boleh diketahui dengan akal sangatlah banyak, ibarat lautan dengan air melimpah ruah tak terkira, dan ombak yang bergelombang tiada henti.”²
_________
¹Al-Juwaini, Abu al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah. 2011. Ghiyâts al-Umam fî Iltiyâts azh-Zhulam. (Jeddah: Dar al-Minhaj). hlm. 217-218
²Ibid. hlm. 219
_________
Fawaid:
• Mengangkat khalifah selagi hukum membenarkannya adalah wajib. Ini bermakna kewajipan tersebut tidak serta merta gugur hanya kerana ia tidak direalisasikan, sedangkan belum ada usaha maksima dari umat untuk merealisasikannya.
• Pendapat yang tidak mewajibkannya dipelopori oleh Abdurrahman bin Kaisan al-Asham al-Muktazili, dan itu pendapat yang menyelisihi ijma’ sahabat dan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم.
• Kewajipan mengangkat khalifah bersifat mendesak kerana terbengkalainya akan menyebabkan kerosakan berskala besar. Oleh sebab itu, para sahabat mengutamakan kewajipan tersebut berbanding kewajipan lain yang ada pada saat itu, yakni memakamkan jenazah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
• Mengangkat khalifah hukumnya wajib berdasarkan syarak yang berakibat terhadap pahala dan dosa di akhirat, bukan berdasarkan logik yang sebatas berkonsekuensi terhadap wajar dan tidak wajarnya di dunia.
• Akal tidak dapat menetapkan hukum perbuatan dan benda, atau akal bukan merupakan sumber hukum. Sumber hukum satu-satunya bagi umat Islam hanyalah syarak. Iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dan apa yang ditunjukkan keduanya berupa Ijma’ Shahabat dan Qiyas syarie.
(Ustaz Azizi Fathoni)