[3 Mac 2024 (Ahad), Sandakan] – Sempena memperingati hari yang menyedih bagi umat Islam, Muslimah Hizbut Tahrir Cawangan Sandakan telah mengadakan Mini Forum yang bertajuk “100 Tahun Tanpa Khilafah: Berjuang @ Pasrah?”. Acara ini menampilkan 2 orang ahli panel iaitu Ummu Sayida Nafisah dan Ummu Huda Az-Zahra.
Pembukaan majlis di buka oleh anak solehah Adik Sayida Nafisah dan di ikuti bacaan suci ayat Al-Quran surah Al-Maidah ayat 48-51 oleh Qariah Ukhty Hasriani dan Ukhty Mawar.
Ummu Sayida Nafisah telah membentangkan bahan beliau tentang sejarah bermula dari berdirinya Daulah Khilafah pada zaman Rasulullah SAW sehingga kejatuhan Khilafah pada 3 Mac 1924. Manakala, Ummu Huda Az-Zahra menjelaskan tentang Bisyarah Rasulullah. Beliau menerangkan tentang makna bisyarah Rasulullah terkait penaklukan Kota Konstatinopel yang direalisasikan oleh Muhammad Al-Fateh serta tentang hadis 5 Zaman yang akan datang dan zaman kini yang sedang kita lalui. Turut ditayangkan video Ila Mata tentang kesan kejatuhan Khilafah. Majlis diakhiri dengan dendangan nasyid Bil Khilafah sebagai inspirasi harapan perjuangan mengembalikan tajul furudh yang hilang.










