[Nafsiyah] Dakwah Itu Cinta
Penulis: Doni Riwayanto
Dakwah adalah cinta. Sepertimana kasih sayang dan cinta ibu bapa terhadap anak, perwatakan mereka kadang-kadang lembut, tetapi kadang-kadang garang dan tegas.
Namun, setegas mana pun ibu bapa membentak, ia dilakukan atas dasar kasih sayang dan cinta. Tidak ingin melihat anaknya terjatuh, maka dibentaklah si anak yang sedang bermain di tepi jurang.
Begitu juga berdakwah. Atas dasar cinta dan tidak ingin manusia sesat ke jalan neraka, pendakwah menyeru dengan laungan yang mungkin kedengaran kurang selesa di telinga orang yang diseru.
Memang cinta sebegitu sering dibalas dengan kebencian dan cacian. Seperti kanak-kanak separuh umur yang membenci ibu bapanya kerana melarangnya melakukan itu dan ini.
Kelak, setelah ibu bapa dipanggil oleh Allah SWT, anak itu baru menyedari. Betapa bentakan dan larangan dari ibu bapa tiada makna lain, melainkan cinta.
Oleh itu, menjadi ibu bapa dan pendakwah adalah hampir sama. Sering dibenci oleh anak-anak dan umat yang diserukan.
Walaubagaimanapun, seperti ibu bapa yang tidak pernah membalas kebencian anaknya dengan kebencian, pendakwah juga seharusnya begitu.
Boleh jadi, umat yang diseru mencaci dan menghina pendakwah. Tapi ingatlah, dakwah adalah cinta kepada manusia. Jangan membenci mereka, walaupun mereka yang diseru menyakitimu.
Dakwah ini adalah satu bentuk kasih sayang dan cinta sesama manusia, tetapi ia dipersembahkan untuk Allah SWT. Justeru, cacian dan pujian manusia bukanlah menjadi tujuan utamanya.
Sumber: @doniriw_channel