[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
AL-IMAM MUWAFFAQUDDIN IBNU QUDAMAH AL-MAQDISI AL-HAMBALI (W. 620 H)
KHILAFAH, QADHA’, DAN JIHAD MERUPAKAN KEWAJIPAN YANG MENUNJANG URUSAN UMAT BERJALAN DENGAN BAIK
Dalam kitab Al-Mughnî Syarh Mukhtashar Al-Khiraqî beliau menuturkan:
ﻭاﻟﻘﻀﺎء ﻣﻦ ﻓﺮﻭﺽ اﻟﻜﻔﺎﻳﺎﺕ؛ ﻷﻥ ﺃﻣﺮ اﻟﻨﺎﺱ ﻻ ﻳﺴﺘﻘﻴﻢ ﺑﺪﻭﻧﻪ، ﻓﻜﺎﻥ ﻭاﺟﺒﺎ ﻋﻠﻴﻬﻢ، ﻛﺎﻟﺠﻬﺎﺩ ﻭاﻹﻣﺎﻣﺔ.
“Peradilan syarie (al-qadha’) termasuk perkara yang hukumnya fardhu kifayah. Sebab, urusan umat tidak boleh berjalan dengan baik tanpanya, maka ia menjadi kewajipan atas mereka sebagaimana jihad dan imamah/khilafah.”
Ibnu Qudamah, Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad al-Maqdisi. 1997. Al-Mughnî Syarh Mukhtashar Al-Khiraqî. (Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub) vol. 14 hlm. 5
Fawaid:
- Hukum khilafah adalah fardhu kifayah sebagaimana jihad dan peradilan syarie. Iaitu kewajipan yang ditanggung bersama, yang bilamana belum terlaksana atau belum sempurna pelaksanaannya oleh sebahagian kaum muslim maka masih menjadi tanggungan bersama sampai benar-benar terlaksana.
- Bila peradilan syarie itu fardhu, nescaya kefardhuan khilafah lebih besar lagi. Sebab, penerapan peradilan syarie merupakan sebahagian saja dari tanggungjawab besar khalifah dalam mewujudkan kemaslahatan umum. Dan pada prinsipnya pengangkatan qadhi olehnya merupakan syarat sah bagi qadhi dalam memutuskan perkara. Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayah al-Mujtahid:
وتوليته للقاضي شرط في صحة قضائه
“Pengangkatan qadhi olehnya (oleh khalifah) merupakan syarat sah baginya dalam memutuskan perkara.”
- Khilafah, Qadha`, dan Jihad merupakan syariat yang menunjang urusan umat berjalan dengan baik.
(Ustaz Azizi Fathoni)