[Nafsiyah] Kesengsaraan Umat Selama Satu Abad Tanpa Khilafah
Penulis: Ustaz Irfan Abu Naveed
Selama satu abad, manusia hidup tanpa Khilafah merupakan satu bencana.
Bukan sahaja untuk umat Islam, tetapi juga untuk tamadun manusia. Betapa rosaknya dunia di bawah sistem kapitalisme. Berapa lama umat Islam bahkan manusia akan berada dalam kesengsaraan ini?
Khilafah bukan sekadar cerita di sebalik lembaran buku sejarah tetapi Khilafah adalah sebahagian daripada manhaj sunnah Nabawiyyah ‘azhimah. Sejarah menjadi saksi berdirinya zaman Khilafah ala Minhaj an-Nubuwwah manakala Sunnah Nabawiyyah adalah panduan dalam melaksanakan Khilafah.
Seabad tanpa tegaknya sistem Khilafah yang melaksanakan syariat Islam kaffah, umat Islam umpama ayam kehilangan ibu, malah lebih teruk lagi. Imam Ibn Muflih al-Hanbali (w. 763 H) menulis,
“Seperti unta di padang pasir yang mati kehausan, walaupun ada air tersimpan di bahagian belakangnya.” [Abdullah Muhammad bin Muflih al-Maqdisi, Al-Âdâb al-Syar’iyyah, Beirut: Mu’assasat al-Risâlah, cet. III, 1419 Hijrah, juz III, hlm. 104].
Sumber: Akaun Facebook Ustaz Irfan Abu Naveed