[Buletin Kaffah] Ramadhan di Tengah Duka
Tidak ada bulan yang keutamaannya melebihi keutamaan Ramadhan. Ramadhan sering disebut sebagai “raja bulan”. Ramadhan penuh keagungan dan keberkahan. Di dalamnya, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di dalamnya, Allah Swt. juga melipatgandakan pahala atas setiap amal kebaikan. Oleh itu, setiap mukmin layak merasa gembira menyambut kedatangan Ramadhan.
Namun demikian, umat harus ingat bahawa dalam Ramadhan kali ini penderitaan sebahagian muslim belum juga kunjung hilang. Di beberapa negeri, kaum muslim menyambut Ramadhan dalam ketertindasan. Di Palestin, misalnya, kaum Muslim bukan hanya terancam kelaparan. Mereka juga dihadapkan pada aksi pembantaian dan genosid. Jelas, apa yang mereka alami bertolak belakang dengan keadaan kaum muslim di negeri-negeri umat Islam lain yang ceria dan gembira menyambut Ramadhan.
Derita Umat
Di Palestin, kaum muslim berada dalam dua ancaman, genosid dan kelaparan. Seruan pembunuhan terhadap warga Gaza terus digencarkan oleh para pemimpin Zionis Yahudi. Seorang tokoh Yahudi, Rabbi Eliyahu Mali, meminta murid-muridnya yang bertugas di Pasukan Pendudukan Israel (IDF) untuk membunuh semua orang di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak. “Menurut hukum Yahudi, semua penduduk Gaza perlu dibunuh.” begitulah isi seruannya.
Pemusnahan besar-besaran warga Gaza ternyata merupakan kebijakan pemerintah entiti Yahudi. Tahun lalu, Menteri Warisan Israel, Amihay Eliyahu melancarkan serangan nuklear sebagai bahagian dari serangan militer Israel yang sedang berlangsung di Jalur Gaza. Meski PM Zionis Netanyahu menolak tindakan militernya sebagai genosid, fakta di lapangan menunjukkan demikian.
Ketua Pengarah Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyebut setiap sepuluh minit, seorang kanak-kanak terbunuh di Gaza. Doktor di Gaza mengatakan kepada ActionAid, sekurangnya dua orang ibu/wanita terbunuh setiap 60 minit, dan tujuh perempuan terbunuh setiap dua jam di daerah yang terkepung tersebut. Tercatat lebih dari 5,000 wanita telah tewas sejak militer Zionis melancarkan serangan balas ke atas Gaza. Diperkirakan jumlah mangsa yang meninggal adalah lebih 31 ribu nyawa dan 72,000 lainnya tercedera.
Isolasi yang dilakukan Zionis Yahudi juga telah menyebabkan bencana kelaparan di Gaza. Terdapat lebih kurang 800 ribu warga terancam mati akibat kelaparan dan tidak mempunyai akses air bersih. Saat penulisan ini dibuat, sudah 30 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat kelaparan. Sebahagian warga terpaksa makan rumput dan minum air kotor demi mempertahankan hidup.
Militer Zionis juga tidak berperi kemanusiaan menembak warga yang sedang menghampiri trak bantuan makanan. Oleh kerana itu, penduduk Gaza sama sekali tidak mempunyai persiapan khusus menyambut Ramadhan. Bahkan mereka telah berpuasa sejak lima bulan sebelum Ramadhan tiba.
Warga Gaza juga tidak lagi memiliki hospital. Kesemuanya telah dihancurkan militer Zionis. Banyak warga yang tercedera dirawat seadanya di tempat-tempat pengungsian. Alat perubatan dan ubat-ubatan juga sangat terhad. Jumlah doktor dan tenaga medik juga semakin berkurang kerana banyak yang menjadi mangsa korban serangan militer Yahudi.
Nasib memilukan juga dialami muslim Uighur yang hidup dalam tekanan rejim komunis China. Tahun lalu Organisasi Kongres Uighur Dunia melaporkan beberapa umat muslim di China dilarang berpuasa oleh pemerintah setempat. Mereka terancam ditangkap jika didapati berpuasa. Anak-anak sekolah, para pegawai negeri dan keluarga mereka dilarang berpuasa selama Ramadhan. Pemerintah komunis China juga memata-matai warga muslim Uighur. Tujuannya untuk memastikan agar mereka tidak berpuasa.
Wajib Peduli
Derita muslim Gaza dan Uighur baru sekelumit dari potret derita banyak muslim di dunia. Masih banyak muslim yang menderita di Syria, India, Myanmar, dll.. Sangat sukar bagi mereka merasakan nikmatnya ibadah selama Ramadhan kerana ancaman kelaparan dan kematian yang sentiasa menghantui.
Ketika kita di tanah air merasakan indahnya sahur dan berbuka bersama keluarga, di beberapa negeri lain banyak saudara seiman yang hidup di khemah-khemah pengungsian yang serba kekurangan. Mereka kehilangan semua anggota keluarga mereka. Mereka juga tidak mempunyai makanan untuk sahur mahupun berbuka. Inilah realiti Ramadhan di tengah derita umat. Ini terjadi hampir setiap tahun.
Sungguh berdosa kaum muslim yang tidak memikirkan dan memberikan bantuan kepada sesama muslim. Sebab, Allah Swt. telah mewajibkan kita untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Firman-Nya,
وَإِنِ ٱسْتَنصَرُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ فَعَلَيْكُمُ ٱلنَّصْرُ
“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, kalian wajib memberikan pertolongan.” (TMQ Al-Anfal [8]: 72).
Nabi Muhammad saw. juga telah mengingatkan,
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَخُونُهُ وَلَا يَكْذِبُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ
“Seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain. Dia tidak boleh mengkhianati, mendustai, dan menelantarkan saudaranya.” (HR At-Tirmidzi).
Apakah kaum muslim tidak menyedari bahawa pahala ibadah shaum boleh rosak akibat sikap egois, ’ashabiyah, tidak peduli, dan menahan diri dari menolong mereka yang memerlukan. Semua itu adalah perkara yang diharamkan agama yang dapat membinasakan pahala puasa. Rasulullah saw. sudah mengingatkan,
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوْع وَالْعَطْش
“Betapa banyak orang berpuasa yang tidak mendapatkan apapun dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR An-Nasa’i).
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahulLâh mengingatkan, “Ketahuilah, tidak sempurna taqarrub kepada Allah semata-mata hanya dengan meninggalkan syahwat yang mubah ini dalam keadaan selain puasa, kecuali setelah ber-taqarrub kepada Allah dengan meninggalkan apa yang telah Allah haramkan dalam segala hal berupa dusta, kezaliman serta permusuhan terhadap manusia dalam darah, harta dan kehormatan mereka.” (Ibnu Rajab, Lathâ’if al-Ma’ârif, hlm. 155, Al-Maktabah asy-Syamilah).
Sikap tidak acuh itulah yang ditunjukkan terutama oleh para pemimpin dunia Islam, khususnya para pemimpin Arab. Mereka hanya bersikap retorik; mengutuk dan menyeru kepada dunia untuk menghentikan kekejaman Yahudi. Padahal mereka sebenarnya tahu kalau ucapan dan seruan itu hanya dianggap kata-kata kosong semata. Mereka sendiri berdiam diri dan tidak malu berkolaborasi dengan Zionis Yahudi atau dengan sekutunya, Amerika Syarikat.
Lalu agar tidak kehilangan maruah sebagai pemimpin Islam, mereka memberikan bantuan ala kadarnya. Itu pun dilakukan dengan cara yang tidak manusiawi, seperti menjatuhkan bantuan makanan dari udara ke pantai dan laut. Banyak warga yang tidak sanggup mencapai lokasi jatuhnya bantuan. Mereka adalah warga emas, anak-anak serta yang jauh dari pemukiman. Padahal para pemimpin Arab itu mempunya kekuatan militer untuk menerobos bahkan menghancurkan dinding penghalang Gaza. Mereka juga mampu membebaskan tanah Palestin dari penjajahan Zionis Yahudi.
Bebaskan Umat
Ada beberapa penyebab penderitaan umat masih terus terjadi.
Pertama, umat masih terbelenggu dengan fahaman nasionalisme yang menyebabkan hilangnya sikap peduli dan kehendak untuk menolong saudara seiman. Padahal fahaman ’ashabiyah dalam bingkai nasionalisme ini telah diharamkan oleh Islam. Nabi Muhammad saw. bersabda,
مَنْ تَعَزَّى بِعَزَاءِ الْجَاهِلِيَّةِ، فَأَعِضُّوهُ وَلَا تَكْنُوهُ
“Siapa saja yang berbangga-bangga dengan slogan-slogan jahiliyah (’ashabiyah), maka suruhlah dia menggigit kemaluan ayahnya, dan tak usah pakai bahasa kiasan terhadapnya” (HR Al-Bukhari).
Kedua, umat muslim, khususnya para pemimpin mereka, masih memberikan kesetiaan dan kepercayaan pada negara-negara Barat dan badan-badan antarabngsa yang mereka dirikan, seperti PBB ataupun International Court of Justice (ICJ). Umat seolah-olah telah lupa bahawa negara-negara Barat adalah perancang kelahiran negara Zionis Yahudi untuk menciptakan musibah di jantung dunia Islam.
Umat juga begitu naif kerana percaya pada badan antarabangsa buatan Barat yang sebenarnya diciptakan untuk memelihara kepentingan-kepentingan mereka. Badan-badan antarabngasa itu juga tidak berdaya saat menghadapi kepentingan negara-negara besar selain menggertak semata.
Ketiga, para pemimpin dunia Islam telah lama menjadi penguasa boneka yang tunduk pada arahan politik Barat. Memang sebahagian mereka dipilih oleh rakyat, tetapi atas restu negara-negara Barat. Oleh kerana itu, tidak mungkin mereka akan menentang kepentingan Barat, termasuk dalam persoalan Palestin, Myanmar, Syria, dsb..
Keempat, umat masih belum sepenuhnya sedar bahawa berbagai penderitaan yang mereka alami hanya dapat dibebaskan dengan kekuatan mandiri di bawah kepemimpinan Khilafah Islamiyah. Keperluan umat akan institusi Khilafah Islamiyah adalah mutlak. Secara syariat, mendirikan Khilafah Islamiyah adalah fardhu dan telah menjadi kesepakatan para ulama. Khilafah adalah institusi yang ditunjuk oleh syariat untuk mengurus umat melalui penerapan hukum-hukum Islam. Khilafah juga bertugas melindungi kaum muslim dari berbagai ancaman. Nabi Muhammad saw. bersabda,
إِنَّمَا اْلإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Sungguh Imam (Khalifah) adalah perisai; orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung kepada dirinya.” (HR Muslim).
Imam An-Nawawi menjelaskan bahawa Imam/Khalifah adalah junnah (perisai). Khalifah akan menghalangi musuh dari menyerang kaum muslim, menghalangi sebahagian masyarakat menyerang sebahagian yang lain, melindungi kemurnian Islam, sekaligus menjadi tempat orang-orang berlindung kepada dirinya.
Inilah empat hal yang perlu segera diatasi jika umat ingin membebaskan diri dari penderitaan. Tidak mungkin datang pertolongan dan kemenangan tanpa menjalankan kausaliti (sababiyyah) yang wajib ditempuh oleh umat. WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
—*—
Hikmah
Rasulullah saw. bersabda,
“Sungguh Allah pada hari kiamat berfirman,
أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
‘Manakah orang-orang yang saling mencintai satu sama lain kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.’.” (HR Muslim).
#refleksiramadhan #100TahunTanpakhilafah #FreePalestine