[Serba Serbi Ramadhan] Meriam Ramadhan, Tradisi Muslim di Sarajevo
Ratusan muslim di Sarajevo, Bosnia, beriringan menaiki perbukitan kecil yang mereka sebut sebagai Zuta Tabija atau Kubu Kuning. Anak-anak membawa belon berwarna-warni dengan penuh kegembiraan menyambut datangnya bulan suci Ramadhan.
Menjelang senja, Pemerintah Kota Sarajevo bersama penduduk di situ akan bersama-sama membunyikan meriam yang tersimpan di kubu ini, yang merupakan tradisi bagi penduduk setempat.
Permulaan Ramadhan secara rasmi ditandakan dengan bunyi meriam di Kubu Kuning ini. Setelah itu, selama satu bulan penuh, meriam yang sama akan dibunyikan pada waktu senja unutk menandakan berakhirnya puasa pada hari itu atau ketibaan iftar.
Kubu Kuning adalah kubu meriam di pintu masuk kota yang dikelilingi tembok kubu. Ianya dibina antara tahun 1727 dan 1739, kubu tersebut berfungsi sebagai titik pertahanan ketika pasukan Austria-Hongaria menyerang wilayah itu pada 1878. Setelah mengalami berbagai kerosakan, kubu tersebut diubahsuai kerana nilai penting sejarahnya dan proses itu selesai pada 1998.
Harapan untuk Ramadhan disampaikan Edina Khashouf Covic, penduduk Sarajevo.
“Bagi saya, Ramadhan adalah titik yang menandai pengakhiran segala hal yang negatif, dan permulaan dari semua hal yang positif, insyaallah,” katanya.
Bosnia mempunyai populasi sekitar 3.2 juta orang dan separuh daripadanya adalah muslim.
Kekhalifahan
Sarajevo adalah ibu kota Bosnia. Berdasarkan sejarah, pada akhir abad ke-15, Bosnia menjadi bahagian dari wilayah Kekhalifahan Turki Uthmaniyah.
Menurut Schuman dalam Nations in Transition: Bosnia and Herzegovina (2004), sejak 1180 wilayah tersebut dipimpin Raja (Ban) Kulin yang menolak kekuasaan Romawi Barat (Katolik) dan Romawi Timur (Kristian Ortodoks). Ban Kulin lebih mendukung Bogomilisme hingga akhir kekuasaannya pada 1204.
Uniknya, baik Katolik mahupun Kristian Ortodoks memandang sekte Bogomilisme sebagai aliran sesat. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila Paus Gregory IX berulang kali mengimbau penyerbuan atas Bosnia pada Perang Salib tahun 1235—1241.
Kemudian, pada 1322, Bosnia ketika di bawah pimpinan Ban Kotromanic menjalin pakatan dengan negeri Katolik yang terdekat, Hongaria. Namun, pakatan ini tidak mampu melakukan banyak futuhat yang dilakukan oleh kekhalifahan Turki Uthmaniyah.
Pada 28 Jun 1389, pasukan Khilafah berjaya mengalahkan pasukan Lazar, Raja Serbia yang beragama Kristian Ortodoks di Kosovo. Bosnia juga semakin lemah dari sisi internal dengan munculnya Stephen Vukcik yang mendeklarasikan pemisahan Herzegovina pada 1448. Tiga tahun kemudian, Vrhbosna (kini Sarajevo) dapat dikuasai Uthmaniyah. Barulah pada 1465 dan 1481, kekhalifahan ini berjaya menaklukkan Bosnia dan Herzegovina secara berturut-turut.
Melindungi Non-Muslim
Schuman menjelaskan, para Sultan Uthmaniyah melindungi hak-hak orang non-muslim di wilayah taklukan untuk hidup secara wajar dan beribadah.
Seiring dengan dakwah yang dilakukan oleh kekhalifahan, banyak penduduk Bosnia yang akhirnya memeluk Islam.
Para khalifah lebih mementingkan aspek meritokrasi (sistem politik yang memberikan kesempatan kepada seseorang berdasarkan kemampuan atau prestasi) berbanding identiti agama.
Sebagai contoh, seorang Kristian Ortodoks bernama Sokolovic terpilih untuk dihantar ke ibu kota Kesultanan Uthmaniyah, Istanbul, demi melanjutkan pendidikan. Dia kemudian masuk Islam dan menjadi seorang muslim, serta meraih kedudukan sebagai wazir utama.
Dalam kekuasaan Turki Uthmaniyah, Kota Vrhbosna menjadi pusat kegiatan politik, pendidikan, dan budaya masyarakat. Puluhan masjid dan ratusan sekolah untuk rakyat dibina.
Menjelang pertengahan tahun 1500-an, Vrhbosna telah memiliki pelan bandar yang cukup moden, lengkap dengan sistem pengairan, fasiliti kesihatan umum, dan destinasi perlancongan. Pada masa inilah, kota tersebut berubah namanya menjadi Sarajevo, yang diambil dari bahasa Turki saraj (‘istana’) dan ovas (‘tanah terbuka’).
Sarajevo didirikan oleh Isa-Beg Ishaković, gabenor wilayah di Bosnia yang merupakan bahagian dari Kekhalifahan Uthmani. Isakovic menandakan kota dengan berbagai simbol, termasuk “Careva Dzamija” atau lebih dikenal Masjid Kaisar atau Masjid Imperial, sebuah sekolah dan pondok atas perintah Darwis, musafirhana (penginapan percuma bagi musafir), hamam (bilik mandi ala Turki), jambatan yang melintasi Sungai Miljacka, sistem air dengan saluran paip, dan Saray (istana), atau bahkan pengadilan yang memberi nama kota baru.
Memasuki era 1700-an, penguasaan Istanbul atas Bosnia-Herzegovina mulai menyusut seiring lemahnya perhatian Kekhalifahan Uthmaniyah terhadap kepentingan penduduk setempat.
Sarajevo, menjadi bukti sejarah bahawa saat Islam berkuasa mampu menciptakan peradaban agung, menebarkan kesejahteraan, dengan tetap membiarkan penduduknya memeluk keyakinannya masing-masing. Tidak ada genosid.
#kisahramadhan #sarajevo #bosnia