[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
SISTEM JAHILIYAH MELAHIRKAN PENGUASA JAHIL: MENJADIKAN SYARIAT TAK TERAWAT DAN UMAT TAK SELAMAT
AL-IMAM ABU ABDILLAH MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-BAQURI AL-MALIKI (W. 707 H):
قلت: وقد تناول علماؤنا رحمهم الله الكلام على موضوع الخلافة الكبرى والإمامة العظمى، وضرورتها للامة، وشروطها، والولايات والخطط التي تندرج تحتها وتخضع لها، وبَسَطُوا ذلك بسطا شرعيا ما عليه من مَزيدٍ،
Aku katakan: Sungguh ulama kami (ahlussunnah wal jama’ah) -semoga Allah merahmati mereka- telah membahas topik tentang khliafah kubra dan imamah ‘uzhma ini, mendesaknya keperluan umat kepadanya, syarat-syaratnya, wilayah-wilayah kekuasaannya, struktur yang ada di bawahnya yang tunduk kepadanya. Mereka juga telah menjelaskan secara terperinci aspek masyru’iyyahnya yang sudah memadai.
وفي مقدمتهم الامام العلامة ابو الحسن الماوردي، وابو يعلى الفَرَّاء، وابن تيمية، وابن خلدون رحمهم الله، وغيرهم، في كتب الاحكام السلطانية، والسياسة الشرعية في الاسلام،
Pendahulunya adalah Al-Imam Al-Allamah Abu Al-Hasan Al-Mawardi, Abu Ya’la Al-Farra’, Ibnu Taimiyyah, dan Ibnu Khaldun -semoga Allah merahmati mereka- dan lain-lain; dalam kitab-kitab Al-Ahkam As-Sulthaniyyah, As-Siyasah Asy-Syarieyyah fil Islam,
فكان من ذلك ما قاله الماوردي في هذا الموضوع: “الإمامة موضوعة لخلافة النبوة في حراسة الدين وسياسة الدنيا، وِعقدُها لمن يقوم بها في الامة واجب بالإجماع،
Dan diantaranya adalah ungkapan Al-Mawardi dalam topik ini: “Imamah adalah sebutan bagi pengganti kenabian dalam menjaga kelangsungan Islam dan mengurus urusan duniawi. Hukum mengangkat orang yang menjalankannya di tengah-tengah umat adalah wajib berdasarkan ijmak.
واختُلِفَ هل هي واجبة بالعقل وٍهو قول طائفةٍ من أهل العلم، لأنه لولا الولاية العظمى لكان الناس فوضى مهْمَلين، وهمجاً مضاعين، كما قال الشاعر الجاهلي الأفوه الأوْدِي:
Ada perbezaan pendapat terkait “apakah wajibnya berdasarkan akal?” iaitu pendapat sebahagian ulama. Dengan alasan jika tidak ada kekuasaan tertinggi nescaya kaum muslim akan kacau-bilau dan terlantar, liar saling berebut hak. Sebagaimana dinyatakan oleh Penyair Jahiliah Al-Afwah Al-Audi:
لا يَصْلُحُ الناس فوْضَى لا سَراةَ لهم … ولا سَراة إذا جهالهم سادوا
Tidak akan menjadi baik masyarakat yang kacau tanpa pemimpin … dan dianggap tidak memiliki pemimpin bilamana orang jahil yang memimpin.
Al-Baquri, Tartib al-Furuq wa Ikhtisharuha, (Maroko: Kementerian Waqaf dan Urusan Keislaman) hlm 513
Fawaid:
- Khilafah adalah kewajipan yang agung dan mendesak, yang telah dijelaskan oleh para ulama Ahlussunnah wal Jama’ah. Berdasarkan dalil syarie (diantaranya) iaitu ijmak. Dalil-dalil lainnya lihat: https://m.facebook.com/…/672…/permalink/730762874184367/
- Masyarakat (dalam hal ini umat Islam) tidak akan baik tanpa adanya penguasa tertinggi mereka, iaitu khalifah.
- Sistem jahiliyah Demokrasi tidak melahirkan kecuali penguasa jahil. Iaitu penguasa yang menerapkan selain hukum Allah dan tidak memutuskan perekara berdasarkan Syariat Nya. Maka haram menerapkannya (demokrasi) dan wajib menjadikan khilafah sebagai penggantinya.
(Ustaz Azizi Fathoni)