[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
Berikut ini keterangan wajibnya khilafah menurut seorang ulama besar dari Mazhab Hanafi:
AL-IMAM ‘ALAUDDIN ABU BAKAR BIN MAS’UD AL-KASANI AL-HANAFI (W. 587 H)
Keterangan beliau boleh ditemui dalam kitab Badâi’ Ash-Shanâi’ fî Tartîb Asy-Syarâ’i’. Beliau mengatakan:
ﻭاﻟﻘﻀﺎء ﻫﻮ: اﻟﺤﻜﻢ ﺑﻴﻦ اﻟﻨﺎﺱ ﺑﺎﻟﺤﻖ، ﻭاﻟﺤﻜﻢ ﺑﻤﺎ ﺃﻧﺰﻝ اﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ، ﻓﻜﺎﻥ ﻧﺼﺐ اﻟﻘﺎﺿﻲ؛ ﻹﻗﺎﻣﺔ اﻟﻔﺮﺽ، ﻓﻜﺎﻥ ﻓﺮﺿﺎ ﺿﺮﻭﺭﺓ؛ ﻭﻷﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ اﻷﻋﻈﻢ ﻓﺮﺽ، ﺑﻼ ﺧﻼﻑ ﺑﻴﻦ ﺃﻫﻞ اﻟﺤﻖ، ﻭﻻ ﻋﺒﺮﺓ – ﺑﺧﻼﻑ ﺑﻌﺾ اﻟﻘﺪﺭﻳﺔ -؛ ﻹﺟﻤﺎﻉ اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ – ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ – ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ، ﻭﻟﻤﺴﺎﺱ اﻟﺤﺎﺟﺔ ﺇﻟﻴﻪ؛ ﻟﺘﻘﻴﺪ اﻷﺣﻜﺎﻡ، ﻭﺇﻧﺼﺎﻑ اﻟﻤﻈﻠﻮﻡ ﻣﻦ اﻟﻈﺎﻟﻢ، ﻭﻗﻄﻊ اﻟﻤﻨﺎﺯﻋﺎﺕ اﻟﺘﻲ ﻫﻲ ﻣﺎﺩﺓ اﻟﻔﺴﺎﺩ، ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ اﻟﻤﺼﺎﻟﺢ اﻟﺘﻲ ﻻ ﺗﻘﻮﻡ ﺇﻻ ﺑﺈﻣﺎﻡ، ﻟﻤﺎ ﻋﻠﻢ ﻓﻲ ﺃﺻﻮﻝ اﻟﻜﻼﻡ، ﻭﻣﻌﻠﻮﻡ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﻤﻜﻨﻪ اﻟﻘﻴﺎﻡ ﺑﻤﺎ ﻧﺼﺐ ﻟﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ، ﻓﻴﺤﺘﺎﺝ ﺇﻟﻰ ﻧﺎﺋﺐ ﻳﻘﻮﻡ ﻣﻘﺎﻣﻪ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ﻭﻫﻮ اﻟﻘﺎﺿﻲ؛
“Al-Qadhâ’ (peradilan syarie) adalah pemutusan perkara di tengah umat dengan benar dan berdasarkan hukum Allah -‘azza wa jalla-. Maka mengangkat qadhi (hakim syarie) adalah demi menjalankan kewajipan sehingga hukumnya wajib lagi mendesak. Dan juga kerana mengangkat al-imam al-a’zham/khalifah itu wajib tanpa ada perbezaan di antara ahlul haq (baca: ahlussunnah wal jama’ah). Tidak diperhitungkan sebahagian qadariyah yang menyelisihinya lantaran sudah adanya konsensus (ijmak) para sahabat -radhiyallahu ‘anhum- atasnya.
Dan juga kerana mendesaknya keperluan terhadapnya agar terikat dengan hukum-hukum syarak, menolong kaum tertindas dari yang menindas, melerai perselisihan yang merupakan penyebab kerosakan, dan kemaslahatan lain yang tidak boleh tercapai kecuali dengan adanya seorang imam/khalifah, sebagaimana hal itu diketahui dalam ilmu kalam.
Dan sudah menjadi maklum bahawa tidak mungkin bagi imam/khalifah menjalankan tugas-tugas yang menjadi tujuan diangkatnya dia secara sendirian. Sehingga dia memerlukan adanya wakil yang menjadi kelanjutan baginya dalam melaksanakan tugas tersebut, itulah qadhi.”
Al-Kasani, Alauddin Abu Bakar bin Mas’ud. 2003. Badâi’ Ash-Shanâi’ fî Tartîb Asy-Syarâ’i’. Cet. II. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah) vol. 9 hlm. 83, 85
Fawaid:
- Mengangkat hakim syarie yang memutuskan perkara dengan benar (sesuai fakta) dan berdasarkan hukum Allah adalah wajib, disebabkan wajibnya mengangkat khalifah yang menjadi penanggungjawab asal tugas tersebut sedangkan mustahil baginya menjalankan itu sendirian. Berdasarkan kaidah:
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
“Setiap perkara yang kewajipan tidak dapat terlaksana tanpanya maka perkara tersebut hukumnya wajib”
- Wajibnya mengangkat khalifah adalah perkara yang sudah disepakati (ijmak) oleh para sahabat, demikian pendapat ahlul haq (Ahlussunnah wal jama’ah). Sehingga haram menyelisihinya. Sebagaimana maklum di kalangan ushuliyyin:
خرم الإجماع حرام
“Melanggar ijma’ itu hukumnya haram”
- Pendapat yang berasal dari Ahlul Bid’ah (sebahagian Qadariyah) yang tidak mewajibkan khilafah adalah tidak layak untuk dipertimbangkan, kerana melanggar ijmak sahabat di atas.
(Ustaz Azizi Fathoni)