[ULAMA SEPAKAT WAJIB KHILAFAH]
KELOMPOK RADIKAL PENENTANG KHILAFAH IKUT PENDAPAT SIAPA?
AL-IMAM ABU HAYYAN MUHAMMAD BIN YUSUF AL-ANDALUSI (W. 745 H)
ﻓﻨﻘﻮﻝ: اﻟﺬﻱ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﺻﺤﺎﺏ اﻟﺤﺪﻳﺚ ﻭاﻟﺴﻨﺔ، ﺃﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﺮﺽ، ﺧﻼﻓﺎ ﻟﻔﺮﻗﺔ ﻣﻦ اﻟﺨﻮاﺭﺝ، ﻭﻫﻢ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﻧﺠﺪﺓ اﻟﺤﺮﻭﺭﻱ. ﺯﻋﻤﻮا ﺃﻥ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻟﻴﺴﺖ ﺑﻔﺮﺽ، ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﻨﺎﺱ ﺇﻗﺎﻣﺔ ﻛﺘﺎﺏ اﻟﻠﻪ ﻭﺳﻨﺔ ﺭﺳﻮﻟﻪ، ﻭﻻ ﻳﺤﺘﺎﺟﻮﻥ ﺇﻟﻰ ﺇﻣﺎﻡ، ﻭﻟﻔﺮﻗﺔ ﻣﻦ اﻹﺑﺎﺿﻴﺔ ﺯﻋﻤﺖ ﺃﻥ ﺫﻟﻚ ﺗﻄﻮﻉ.
“Kami katakan: Pendapat Ahlul Hadits/Ahlus Sunnah adalah bahawa mengangkat seorang imam/khalifah hukumnya adalah wajib (fardhu). Berbeza dengan sebuah kelompok dari kalangan Khawarij, iaitu pengikut Najdah al Haruri. Mereka mendakwa bahawa imamah/khilafah tidak wajib, yang wajib hanyalah menegakkan Al-Quran dan as-Sunnah, dan untuk itu mereka tidak memerlukan imam/khalifah. Juga berbeza dengan kelompok Al-Ibadhiyyah yang mendakwa bahawasannya imamah itu hukumnya Sunnah (tathawwu’).”
ﻭاﺳﺘﻨﺎﺩ ﻓﺮﺿﻴﺔ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻟﻠﺸﺮﻉ ﻻ ﻟﻠﻌﻘﻞ، ﺧﻼﻓﺎ ﻟﻠﺮاﻓﻀﺔ، ﺇﺫ ﺃﻭﺟﺒﺖ ﺫﻟﻚ ﻋﻘﻼ.
“Landasan kewajipan mengangkat imam adalah dalil syarak, bukan akal. Berbeza dengan kelompok Rofidhah yang mewajibkannya berdasarkan akal.”
Tafsîr Al-Bahr Al-Muhîth, (Beirut: Darul Kutub al Ilmiyah) vol 5 hlm 550
———–
Faidah:
- Menurut Ahlussunnah: Khilafah hukumnya Wajib
- Menurut Pengikut Najdah Al-Haruri (Khawarij): Khilafah hukumnya Mubah
- Menurut Al-Ibadhiyyah: Khilafah hukumnya Sunnah
- Lalu kelompok liberal dan moderat yang menentang (mengharamkan) khilafah itu mengikut pendapat siapa? Bahkan kelompok Ahlul Bid’ah pun tidak ada yang berpendapat se-radikal itu!
(Ustaz Azizi Fathoni)