DIMANA KITA MENEMPATKAN AL-QURAN? DI DEPAN ATAUKAH DI BELAKANG?
Oleh: Ustaz Kusnady Ar-Razi
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (TMQ Al-Baqarah: 121)
Syeikh Wahbah Az-Zuhaili dalam tafsirnya menjelaskan maksud dari firman Allah,
يتلونه حق تلاوته
(Mereka membaca dengan bacaan yang sebenarnya)
(iaitu):
يتبعونه حق اتباعه، باتباعه الأمر والنهي، فيحللون حلاله ويحرمون حرامه ويعملون بما تضمنه
“Mereka mengikuti dengan sebenar-benarnya dengan mengikuti perintah dan (meninggalkan) larangan. Menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan Allah, dan mereka mengamalkan isi al-Quran.”
(Tafsir Al-Munir, Dar al-Fikr 1/322)
Sebagaimana sabda Rasulullah:
والقرآن حجة لك أو عليك
“Al-Quran boleh menjadi pembelamu atau musuh bagimu.”
ومن يتلو القرآن وهو معوض عن آياته والعمل به، يكون كالمستهزئ بربه
“Dan siapa saja yang membaca al-Quran sementara dia berpaling dari ayat-ayatnya dan tidak mengamalkannya, maka nescaya dia seperti orang yang melecehkan Tuhannya.”
(Tafsir Al-Munir, Dar al-Fikr 1/333)
***
Faedah:
1. Al-Quran tidak cukup hanya dibaca tanpa mengamalkan isinya.
2. Yang dimaksud dengan tilawah adalah ittiba’ atau mengikuti perintah dan meninggalkan larangan, serta menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan Allah.
3. Orang yang meninggalkan al-Quran, maka al-Quran akan menjadi musuhnya bukan pembelanya.
4. Orang yang mengabaikan al-Quran dengan meninggalkan hukumnya, sama seperti melecehkan Allah. Sekalipun dia membaca al-Quran siang dan malam.