SAHABAT NABI SAW YANG DIJAMIN MASUK SYURGA PUN SANGAT TAKUT DIAZAB DI AKHIRAT
Oleh: Ustaz Arief b. Iskandar
Abu Bakar Ash-Shiddiq ra. adalah salah seorang sahabat yang telah dijamin masuk syurga sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah saw. (HR Ahmad dan at-Tirmidzi).
Namun begitu, beliau tetap memiliki rasa takut yang luar biasa terhadap azab Allah SWT di akhirat kelak. Kerana ketakutannya itu, suatu ketika beliau pernah melihat seekor burung yang sedang hinggap di suatu pohon. Beliau lalu berkata:
طوبى لك يا طير، تطير فتقع على الشجر، ثم تأكل من الثمر، ثم تطير ليس عليك حساب ولا عذاب. يا ليتني كنت مثلك…
“Beruntunglah kamu, wahai burung. Kamu terbang, lalu hinggap di pohon, kemudian makan buahnya. Kemudian, kamu terbang lagi. Sementara itu, kamu tidak akan dihisab dan diazab oleh Allah SWT. Aduhai, andai saja aku seperti dirimu…”
(Al-Baihaqi, Syu’ab al-Iimaan, 2/228; Ibnu Abi Syaibah, Al-Mushannaf, 7/91).
Bagaimana dengan kita yang tidak dijamin masuk syurga?!