[KAPSUL SYAWAL] SOLAT SUNAT EID
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا.
Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari ‘Adi bin Tsabit, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas, bahawa: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian beliau mendatangi para wanita dan bersama beliau ada Bilal. Lalu beliau memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting-anting dan kalungnya.” (HR. Bukhari no. 911).
Solat Hari Raya Aidilfitri hukumnya sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat ditekankan). Bagi kaum muslimin yang tidak berhalangan sangat dianjurkan untuk melaksanakannya. Tua, muda, besar, kecil semuanya dianjurkan, bahkan wanita yang sedang haid juga dianjurkan untuk menghadiri pelaksanaan solat Eid (hari raya). Walaupun tidak ikut serta menunaikan solat, namun wanita haid diharapkan dapat mendengar khutbah Aidilfitri dan dapat mengamalkan apa yang disampaikan khatib.