[KAPSUL SYAWAL] PERANG UHUD
Perang Uhud terjadi pada bulan Syawal pada tahun ke 3 hijriyah. Awalnya pasukan muslim telah mendapat kemenangan namun akibat ketidakpatuhan pasukan pemanah kepada arahan Rasulullah saw, telah menyebabkan benteng pertahanan tentera muslim terbuka dan mereka mengalami kekalahan. Perang Uhud adalah perang yang terakhir umat islam kalah kepada orang musyrikin.
Rasullullah saw bersabda kepada Ali bin Abi Thalib setelah pulang dari Uhud, “Orang-orang musyrik tidak akan mengalahkan kita lagi sesudahnya (perang Uhud) hingga Allah memenangkan kita”.
Ulasan:
Tentera musyrikin berkekuatan tiga ribu dan 200 ekor kuda yang berdampingan. Manakala tentera muslim berkekuatan 700 dan 50 orang pemanah. Namun begitu, kekalahan pasukan Islam bukan kerana bilangan tentera musuh yang lebih besar tapi adalah kerana ketidakpatuhan tentera pemanah terhadap pesan Rasulullah saw agar kekal di posisi meskipun pasukan Islam mendapat kemenangan.
Allah menyebutkan musibah yang menimpa kaum muslimin, ” Dan mengapa ketika kalian ditimpa musibah (di perang Uhud), padahal kalian telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuh kalian (di perang Badar). Kalian berkata, “dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah, ” itu dari diri kalian sendiri”. Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu”. (Ali Imran: 165)
Perang Uhud menjadi pengajaran buat kaum muslimin akibat daripada ketidaktaatan dan ketidakpatuhan kepada apa yang diperintahkan Rasul.
Sumber: Sirah Ibnu Hisyam