Umum dan Khusus Pada Jawapan Atas Pertanyaan
Oleh: Ustaz Yoyok Rudianto
اَلْعَامُ وَالْخَاصُ فِيْ جَوَابِ السُّؤَالِ
Khithaab (seruan) dalam al-Quran dan as-Sunnah kadang ada latar belakang peristiwanya, yakni sabab an-nuzûl terkait dengan al-Quran atau sabab al-wurûd terkait as-Sunnah; kadang tidak ada latar belakang peristiwanya. Jika tidak ada sabab-nya maka sudah jelas dan tidak ada perbezaan pendapat bahawa khithaab itu diterapkan menurut keumuman dan kekhususan lafaznya. Sebaliknya, jika ada sabab tertentu, yang raajih adalah jika diungkapkan menggunakan lafaz umum maka diterapkan menurut keumuman lafaznya itu dan tidak dibatasi oleh kekhususan sebabnya. Ertinya, diterapkan kaedah: al-‘ibratu bi ‘umûmi al-lafzhi lâ bi khushûshi as-sabab (ibrah itu menurut keumuman lafaz bukan menurut kekhususan sebab).
Berdasarkan ini, sucinya kulit bangkai kambing dengan disamak sehingga boleh dimanfaatkan berlaku umum untuk kambing manapun bukan hanya bangkai kambing milik maula Maimunah. Ayat tentang potong tangan berlaku atas pencurian apapun bukan hanya atas pencurian ridâ‘ milik Shafwan bin Umayah. Ayat tetag zhihaar berlaku umum bukan hanya atas Aws bin ash-Shamit dan isterinya Khawlah binti Tsa’labah atau terkait Salamah bin Shakhr. Ayat tetang li’aan berlaku umum bukan hanya atas ‘Uwaimir al-‘Ajlani dengan isterinya atau Hilal bin Umayah dengan isterinya. Ayat tetang qadzaf berlaku umum bukan hanya atas kasus qadzaf atas Aisyah ra.; dan yang lainnya.
Adakalanya latar belakang turunnya ayat atau hadis itu berupa pertanyaan. Ertinya, khithaab, baik berupa al-Quran atau as-Sunnah, ada kalanya keluar sebagai jawapan atas pertanyaan yang diajukan. Lantas bagaimana khithaab tersebut dari sisi umum dan khususnya?
Dalam hal ini, seperti dijelaskan oleh Imam al-Amidi di dalam Al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm, Qadhi Abu Ya’la di dalam Al-‘Iddah fî Ushûl al-Fiqh, az-Zarkasyi di dalam Bahru al-Muhîth fî Ushûl al-Fiqhi, Imam asy-Syawkani di dalam Irsyâd al-Fuhûl, Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah di dalam Taysîr al-Wushûl ilâ al-Ushûl dan lainnya, jawapan itu ada dua kategori:
Pertama, jawapan yang tidak independen (ghayru mustaqill) dari pertanyaan. Kedua, jawapan yang bersifat independen (mustaqill) dari pertanyaan. Yang dimaksud jawapan tidak independen (ghayru mustaqill), yakni jawapan itu tidak menunjukkan sesuatu kecuali jika dikaitkan dengan pertanyaan. Sebaliknya, jawapan yang bersifat independen (mustaqill) adalah bahawa jawapan itu menunjukkan sesuatu makna sendiri tanpa dikaitkan dengan pertanyaan. Ertinya, tanpa dikaitkan dengan pertanyaan, jawapan itu menjadi kalimat sempurna yang menunjukkan makna sendiri. Jadi seolah-olah jawapan itu merupakan kalâm ibtidâ`, kalam yang diucapkan tanpa ada pertanyaan.
Pertama: Jika jawapan tidak independen (ghayru mustaqill) dari pertanyaan. Dalam hal ini tidak ada perbezaan pendapat bahawa jawapan itu mengikuti (tâbi’[un]) kepada pertanyaan dari sisi sifat umum dan khususnya. Hal itu kerana jawapan itu hanya menunjukkan sesuatu makna jika dikaitkan dengan pertanyaannya. Dengan demikian jawapan itu mengikuti sifat pertanyaannya itu. Ertinya, jika pertanyaannya bersifat khusus maka jawapannya juga bersifat khusus untuk pertanyaan itu saja. Jika pertanyaannya bersifat umum maka jawapannya juga bersifat umum.
Contoh pertanyaan khusus dan jawapannya khusus yang jawapannya tidak independen adalah riwayat dari Abu Burdah bin Niyar, bahawa dia menyembelih biri-biri korban sebelum keluar solat Aidiladha, lalu Rasul SAW memberitahu dia bahawa itu bukan korban melainkan kambing untuk daging, lalu Rasul menyuruh dia untuk menyembelih yang lainnya. Dia mengatakan, “Saya punya anak kambing jadza’ah (anak kambing umur enam bulan) apakah berpahala dariku?” Rasul SAW menjawab:
نَعَمْ، وَلَنْ تُجْزِئَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ
”Benar dan tidak berpahala dari seorang pun sesudahmu” (HR Abu Dawud no. 2800 dan an-Nasai no. 4395 dan di dalam Sunan al-Kubrâ no. 1816 dan 4471, Ibnu Hibban no. 5910).
Di sini pertanyaan Abu Burdah bersifat khusus. Jawapan Rasul SAW juga bersifat khusus. Bahkan ada penegasan: “tidak berpahala dari selain dia”. Jadi, kebolehan berkorban dengan anak kambing umur enam bulan hanya khusus untuk Abu Burdah saat itu dan tidak berlaku bagi selain dia.
Adapun jawapan yang tidak independen bersifat umum untuk pertanyaan yang bersifat umum. Contohnya Saad bin Abi Waqash menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang pembelian ruthab (kurma basah) dengan tamr (kurma kering), Rasul bertanya:
أَيَنْقُصُ الرُّطَبُ إِذَا يَبِسَ؟ قَالُوا: نَعَمْ، فَنَهَى عَنْ ذَلِكَ
“Apakah ruthab akan menyusut jika kering?” Mereka berkata, “Benar.” Lalu beliau melarang hal itu (HR Malik, Ibnu Majah no. 2264, Abu Dawud no. 3359, at-Tirmidzi no. 1225, Ibnu Hibban no. 5003).
Di sini pertanyaannya bersifat umum. Jawapan Rasul SAW juga bersifat umum. Dengan demikian hukum ketidakbolehan menjual (menukarkan) ruthab dengan tamr itu bersifat umum berlaku untuk ruthab dan tamr apapun; juga berlaku untuk siapapun, bukan berlaku khusus untuk ruthab dan tamr yang ditanyakan dan bukan hanya untuk si penanya kala itu.
Kedua: Jika jawapan bersifat independen (mustaqill) dari pertanyaan, dalam hal ini ada tiga kemungkinan: Pertama, jawapannya setara dengan pertanyaan dalam hal umum dan khususnya. Dengan demikian jawapan itu berlaku menurut sifatnya yang setara dengan pertanyaan itu baik bersifat umum atau khusus. Contohnya, Abu Hurairah menuturkan:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فَقَال: يا رَسُولَ اللهِ إنا نَرْكَبُ الْبَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنَ الْمَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنا بِهِ عَطِشْنَا،أَفَنَتَوَضَّأُ مِنْ مَاءِ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، اَلْحِلُّ مَيْتَتُه
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, kami mengharungi laut dan kami membawa sedikit air, jika kami berwudhuk dengan air itu, kami akan kehausan. Apakah kami berwudhku dengan air laut?” Rasulullah SAW menjawab, “Air laut itu suci airnya dan halal bangkainya.” (HR Abu Dawud no. 83, Ibnu Majah no. 386, at-Tirmidzi no. 69, an-Nasai no. 59 dan 332, ad-Darimi no. 756, Ibnu Khuzaimah no. 111 dan 112, Ibnu Hibban no. 1243 dan 5258).
Pertanyaan bersifat umum dan jawapannya bersifat umum, yakni mencakup air laut manapun.
Kedua, jawapan lebih khusus dari pertanyaan. Jika demikian maka hukum dalam jawapan itu khusus untuknya saja dan tidak berlaku umum untuk pertanyaannya. Contohnya, Abdullah bin Sa’ad al-Anshari bertanya kepada Rasulullah SAW:
Apa yang halal untukku dari isteriku dan dia sedang haid?” Rasul SAW menjawab, “Untukmu apa yang di atas al-izaar.” (HR Abu Dawud no. 212 dan al-Baihaqi di Sunan al-Kubra no. 1499).
Pertanyaannya umum mencakup apa saja dari isteri yang haid. Jawapannya lebih khusus pada apa yang di atas al-izaar (kain/sarung) maka hukum kebolehan itu terbatas hanya pada cakupan jawapan itu. Jadi kebolehan istimtâ’ dari isteri yang sedang haid hanya yang di atas al-izaar. Adapun yang di bawah al-izaar maka perlu dalil lainnya.
Ketiga, jawapan lebih umum dari pertanyaan. Maka jawapan itu berlaku menurut keumumannya, termasuk mencakup pertanyaan yang merupakan bahagiannya.
Contohnya, Abu Said al-Khudzri menuturkan: Dikatakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah kita berwudhuk dengan air sumur Budha’ah, padahal ke dalamnya dibuang darah haid, daging anjing dan kotoran?” Rasulullah SAW menjawab:
الْمَاءُ طَهُورٌ لاَ يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
”Air itu suci tidak dinajiskan oleh sesuatu” (HR Ahmad no. 11257, Abu Dawud no. 67, at-Tirmidzi no. 66, an-Nasai no. 326).
Di sini pertanyaannya khusus tentang air sumur Budha’ah. Namun, jawapan Rasul SAW bersifat umum. Jadi jawapan (hukum) itu berlaku umum untuk semua air, termasuk air sumur Budha’ah. Hanya saja, ketentuan itu di-takhsish oleh Ijmak Sahabat seperti dikemukakan oleh Imam Ibnu Hibban dalam Shahîh Ibni Hibbân no. 1246: kecuali air itu berubah rasanya, baunya atau warnanya, maka menjadi najis. Juga ada riwayat dari Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الْمَاءَ طَاهِرٌ إِلاَّ أَنْ تُغَيَّرَ رِيحُهُ أَوْ طَعْمُهُ أَوْ لَوْنُهُ بِنَجَاسَةٍ تَحْدُثُ فِيهَا
”Air itu suci kecuali baunya, rasanya atau warnanya diubah oleh najis yang jatuh di dalamnya” (HR al-Baihaqi di Sunan al-Kubrâ no. 1228).
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Ma’rifah as-Sunan wa al-آtsâr no. 1846 dengan lafaz sedikit berbeza.
Adapun jika jawapan itu setara atau lebih umum, disertai dengan tambahan pada selain yang ditanyakan, maka hal itu berlaku umum padanya. Ini seperti jawapan Rasul SAW atas pertanyaan berwudhuk dengan air laut dengan tambahan “al-hillu maytatuhu (halal bangkainya)”. Tambahan ini berlaku umum untuk laut manapun dan posisinya seperti kalâm ibtidâ’ tanpa pertanyaan.
Demikianlah, khithaab yang merupakan jawapan atas pertanyaan. Jika jawapan dengan lafaz khusus maka berlaku secara khusus. Jika jawapan menggunakan lafaz umum maka ketentuan hukumnya bersifat umum; berlaku atas semua unit atau satuan yang menjadi cakupannya, dan tidak berlaku hanya khusus atas pertanyaannya saja.
WalLâh a’lam wa ahkam.
Sumber: Alwaie