[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Peristiwa-peristiwa Zulkaedah
Firman Allah SWT:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ
Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(TMQ Al-Baqarah [2]: 214)
Semoga teladan daripada peristiwa Zulkaedah dapat kita pelajari, bagi menambah semangat , dan tidak putus asa dalam memperjuangkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Dengan pertolongan Allah SWT dan kekuatan Umat Islam (The Power of Ummah , InsyaAllah , Islam akan sinar keseluruh dunia, Umat Islam akan terbela dari penindasan dan pembunuhan. Allahuakbar!