[INFOGRAFIK] Garis masa kekuasaan berdasarkan hadis 5 zaman
Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Dawud Ath-Thiyalisi telah menceritakan kepadaku Dawud bin Ibrahim Al-Wasithi, telah menceritakan kepadaku Habib bin Salim dari An-Nu’man bin Basyir ia berkata, “Kami pernah duduk-duduk di dalam masjid bersama Rasulullah (saw), kemudian Basyir menahan pembacaan hadisnya. Kemudian datanglah Abu Tsa’labah Al-Khusyani dan berkata, “Wahai Basyir bin Sa’d, apakah kamu hafal hadis Rasulullah (saw) berkenaan dengan Umara` (para pemimpin)?” Kemudian Hudzaifah berkata, “Aku hafal khutbah baginda.” Maka Abu Tsa’labah pun duduk, kemudian Hudzaifah berkata, “Rasulullah (saw) bersabda: ‘Akan ada nubuwwah (kenabian) di tengah-tengah kalian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki, lalu Dia mengangkatnya (berakhir) bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada kekhilafahan di atas jalan kenabian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada kerajaan yang menggigit selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian ada pemerintahan yang menindas (diktator) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian baginda diam”. Habib berkata; “Ketika ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi Khalifah di mana Yazid bin an-Nu’man bin Basyir mendampinginya, aku menulis hadis ini untuknya dan aku mengisahkan hadis ini kepadanya dan aku katakan; “Aku berharap dia, maksudnya ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi Amirul Mukminin setelah kekuasaan kerajaan yang menggigit dan pemerintahan diktator” Lalu suratku itu diberikan kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, maka dia senang dan mengaguminya” [HR Ahmad No 17680].
Penjelasan Hadis:
- Hadis ini menjelaskan bahawa tidak akan ada perbezaan dari sisi hukum atau aturan, antara masa Rasulullah (saw) dengan masa sesudahnya (Khilafah yang berlandaskan manhaj kenabian). Khilafah setelah Nabi akan mengikuti manhaj atau metode kenabian, dan berjalan sesuai dengan Sunnahnya. Dengan demikian, ada persamaan antara manhaj kenabian dengan manhaj para penggantinya (para Khalifah) dalam menerapkan syariat Islam. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa pada masa Rasulullah (saw), wahyu Allah (swt) berakhir bersamaan dengan wafatnya Rasulullah (saw). sedangkan pada masa-masa setelah baginda, syariat yang lengkap telah ditetapkan dan dilaksanakan mewarisi perlaksanaan baginda.
- Masa مُلْكًا عَاضًّا / mulkan adhan (para penguasa yang menggigit) menunjukkan kesalahan dalam hal peralihan kekuasaan, iaitu adanya pengambilan baiah yang dilakukan secara paksa, dan kemudian kekuasaan tersebut diwariskan secara turun-temurun kepada keluarganya. Peralihan kekuasaan tersebut tidak mengikuti contoh sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah (saw) dan keempat-empat orang Khulafa ar-Rasyidin.
- Masa مُلْكًا جَبْرِيَّةً / mulkan jabariyyatan (pemerintahan diktator) adalah masa kaum Muslimin diatur oleh para penguasa yang memerintah berdasarkan Islam, tetapi bersikap kejam (bengis) kepada rakyatnya, sebagaimana ditunjukkan Rasulullah (saw) dalam sebuah hadis yang menerangkan bahawa kaum Muslimin mesti mentaati para pemimpinnya, selama mereka tidak memerintahkan suatu kemaksiatan. Ini adalah penilaian (pandangan) pertama. Ada penilaian lain yang memahami bahawa tempoh ini (pemerintahan diktator) adalah masa di mana kaum Muslimin tidak lagi dipimpin oleh para Khalifah, tetapi dipimpin oleh para penguasa yang sudah mencampakkan sistem hukum Islam, dan bertindak sebagaimana para diktator yang berperilaku bengis terhadap rakyatnya seperti saat ini. (Jika dinilai dari matan hadis yang di bahas ini, maka penilaian kedua adalah lebih tepat).
- Bahagian akhir hadis ini mengandungi sebuah berita gembira bagi kaum Muslimin, iaitu sebuah nubuwwah yang menyatakan bahawa akan tegak kembali Negara Khilafah yang mengikuti metode kenabian seperti yang pertama kali. Insya Allah akan terealisasi sedikit masa lagi.
Artikel penuh: https://mykhilafah.com/syarah-hadis-kembalinya-khilafah/