Pengkhususan Keumuman (Takhshîsh al-‘umûm)
Oleh: Ustaz Yahya Abdurrahman
تَخْصِيْصُ الْعُمُوْمِ
Secara bahasa al-khâsh maknanya dhiddu al-‘âm (lawan dari umum). Ertinya adalah yang khusus, tertentu dan spesifik. Al-Khushûsh maknanya muqâbilu al-‘umûm aw al-ithlâq, yakni hal yang khusus atau terbatas (Kamus Al-Munawir).
Al-‘آm (umum) secara bahasa merupakan isim fa’il dari mashdar ‘amma – ya’ummu – ‘amm[an] wa ‘umûm[an]. Mashdar ‘amm[an] wa ‘umûm[an] maknanya syaml[an] wa syumûl[an] (mencakup/menyeluruh/komprehensif). Jadi, al-‘âm bermakna syâmil[an] (meliputi semua cakupannya). Dengan demikian al-‘umûm maknanya asy-syumûl (komprehensif), yakni cakupan lafaz atas semua bahagian atau unitnya.
Lafaz yang umum (al-lafzhu al-‘amu atau al-‘âm) menurut Imam ar-Razi (w. 606 H) di dalam Al-Mahshûl adalah al-lafzhu al-mustaghriqu li jamî’i mâ yashluhu lahu bihasabi wadh’[in] wâhid[in] (lafaz yang mengambil semua yang layak untuk dirinya menurut satu ketetapan).
Definisi yang sama disampaikan oleh Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyah Jilid 3, iaitu: al-‘umûm lafzh[un] yastaghriqu jamî’a mâ yashluhu lahu bi lafzh[in] wâhid[in] (umum adalah lafaz yang mengambil semua apa yang layak untuk dirinya dengan satu lafaz).
Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah di dalam Taysîr al-Wushûl ilâ al-Ushûl menjelaskan, lafaz umum adalah: al-lafzhu al-mufrad dzû al-ma’nâ al-wâhidi al-ladzî yandariju tahtahu fardâni fa aktsara dûna maziyat[in] li ahadi afrâdihi ‘alâ al-âkhar fî ad-dalâlah illâ wurida at-takhshîsh (lafaz tunggal yang memiliki satu makna yang di bawahnya terderivasi dua satuan [unit] atau lebih tanpa keistimewaan untuk salah satu satuannya atas yang lain dalam dalaalah, kecuali dinyatakan pengkhususan).
Takhshîsh maknanya adalah pembatasan. Takhshîsh al-‘umûm atau takhsîsh lafzhi al-‘âm yakni pembatasan cakupan makna lafaz yang umum, atau pembatasan komprehensif terhadap lafaz yang umum. Ertinya, cakupan lafaz yang umum itu dijadikan tidak lagi mencakupi semua cakupan, bahagian atau unitnya. Jadi ada sebahagian cakupan, bahagian atau unit dari lafaz yang umum itu dikeluarkan dari keumumannya.
Syaikh Wahwab az-Zuhaili di dalam Ushûl al-Fiqhi al-Islâmî mengertikan takhshîsh huwa qashru al-lafzhi ‘alâ ba’dhi afrâdihi aw sharfu al-‘âm ‘an ‘umûmihi wa irâdatu ba’dhi mâ yanthawî tahtahu min afrâdin (takhshîsh adalah membatasi lafaz atas sebahagian unitnya, atau memalingkan lafaz yang umum dari keumumannya dan menginginkan sebahagian unit yang tercakup di bawahnya).
Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi di dalam Al-Mahshûl, at-takhsîsh adalah ikhrâju ba’dhi mâ yatanâwaluhu al-khithâbu ‘anhu (mengeluarkan sebahagian yang dicakup oleh seruan [al-khithâb] dari seruan itu).
Abu al-Husain al-Bashri di dalam Al-Mu’tamad fî Ushûl al-Fiqhi, Jamaluddin al-Isnawi di dalam Nihâyah as-Sûl Syarhu Minhâj al-Wushûl dan al-‘Allamah asy-syaikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 3 menyatakan: at-takhshîsh adalah ikhrâju ba’dhi mâ yatanâwaluhu al-lafzhu (mengeluarkan sebahagian apa yang dicakup oleh lafaz).
Jadi takhshîsh itu membuat lafaz umum tidak lagi mencakup seluruh keumumannya, melainkan hanya mencakup sebahagiannya kerana sebahagian satuan atau unitnya dikeluarkan dari keumumannya. Dengan begitu, keumuman lafaz umum itu dialihkan menjadi khusus jika dibandingkan dengan cakupan aslinya. Di situlah Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah di dalam Taysîr al-Wushûl ilâ al-Ushûl dan al-‘Allamah Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 3 menjelaskan bahawa at-takhshîsh itu adalah: sharfu al-lafzhi min jihhati al-‘umûm ilâ jihhati al-khushûsh (memalingkan lafaz dari sisi umum ke sisi khusus).
Yang mengeluarkan dari cakupan al-‘umûm itu disebut al-mukhashshish. Sebahagian satuan atau unit yang dikeluarkan itu disebut al-mukhashshash. Lafaz umum yang dari cakupannya dikeluarkan sebahagian satuan atau unitnya, disebut al-mukhashshash ‘anhu. Dalam at-takhshîsh harus ada ketiga unsur ini.
At-Takhshîsh hanya boleh terjadi pada seruan (al-khithâb) yang di dalamnya terbayang makna syumûl atau komprehensif, yakni pada al-‘umûm. Kerana itu disebut takhshîsh al-‘umûm. Takhshîsh tidak terjadi pada seruan manapun yang di dalamnya tidak terbayang makna syumûl (komprehensif).
Contohnya, tidak terjadi takhshîsh pada sabda Rasul saw. ketika Abu Burdah bin Niyar berkata, “Ya Rasulullah, aku punya al-ma’zi (kambing) jadza’ah (yang belum genap satu tahun).” Beliau bersabda:
ضَحِّ بِهاَ، وَلَا تَصْلُحُ لِغَيْرِكَ
”Berkorbanlah dengan haiwan tersebut dan ini tidak boleh untuk selain dirimu (HR Muslim no. 1961, Abu Sa’id Ibnu al-A’rabi no. 2076).
Di sini tidak terbayang terjadi takhshîsh. Sebabnya, takhshîsh adalah pemalingan lafaz dari sisi keumuman ke sisi kekhususan. Jadi lafaz yang tidak memiliki keumuman tidak terbayangkan padanya terjadi pemalingan itu.
Begitulah takhsîsh. Ia tidak dapat terjadi dalam semua yang termasuk khusus (al-khushûsh). Takhshîsh hanya terjadi pada semua yang mengandung makna syumûl (komprehensif) baik khithâb, khabar (informasi) atau lainnya. Hanya saja, pembahasannya dalam kontek ushul fikih, yakni dalam konteks yang berkaitan dengan istinbaath hukum syariah. Kerana hukum syariah itu merupakan khithâb asy-Syâri’ maka pembahasan takhshîsh dalam konteks ini lebih pada pengkhususan seruan yang bersifat umum (takhshîsh al-khithâb al-‘umûm) atau pengkhususan keumuman seruan (takhshîsh ‘umûm al-khithâb).
Jumhur ulama sepakat atas kebolehan pengkhususan keumuman (takhshîshu al-‘umûm) melalui dalil, dengan memalingkan maknanya dari keumumannya ke makna sebahagian unit yang dicakupnya. Dalil atas kebolehannya adalah terjadinya berbagai takhshîsh al-‘umûm secara real di dalam al-Quran dan as-Sunnah, yakni takhsîsh dalam perintah dan larangan secara umum.
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ ١٠٦
”Siapa saja yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa)” (TMQ an-Nahl [16]: 106).
Contoh lain, firman Allah “fa[u]qtulû al-musyrikîna (Bunuhlah orang-orang musyrik)” (QS at-Tawbah [9]: 5). Darinya dikeluarkan ahlu adz-dzimmah.
Firman Allah (yang ertinya): “Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah kedua tangannya.” (TMQ al-Maidah [5]: 38). Melalui as-Sunnah, darinya dikeluarkan pencurian yang tidak memenuhi nishabnya, pencurian harta yang tidak dijaga/dilindungi, pencurian untuk makan dalam masa kebuluran, dll.
Sabda Rasul saw.: “Fî mâ saqqat as-samâ`u fafîhi ‘usyru (Dalam apa yang diairi oleh hujan ada (zakat) sepersepuluh.” (HR Ahmad). Darinya dikeluarkan “laysa fîmâ dûna khamsatu awsaq shadaqatun (Tidak ada zakat dalam apa yang kurang dari lima wasaq).” (HR Ahmad).
Adillatu at-Takhshîsh
Takhshîsh al-‘umûm itu hanya terjadi melalui dalil syariah yang menunjukkannya. Dalil syariah, yakni dalil atas hukum Syariah, adalah al-Quran, as-Sunnah, Ijmak Sahabat dan Qiyas. Oleh kerana itu takhsîsh al-‘umûm itu hanya dengan atau melalui dalil dari al-Quran, as-Sunnah, Ijmak Sahabat dan Qiyas yang menunjukkan pengkhususan itu.
Takhshîsh al-‘umûm dalam konteks hukum syariah tidak boleh terjadi dengan selain keempat dalil tersebut, seperti akal, penginderaan, adat atau ‘urf, ucapan sahabat, maslahat dan lainnya. Takhshîsh al-‘umum itu hanyalah dengan dalil al-Kitab, as-Sunnah, Ijmak Sahabat atau Qiyas yang menunjukkan pengkhususan itu. Jumhur berpendapat bahawa pengkhususan itu terjadi dengan dalil Syariah, baik yang independen dari nas yang di-takhshîsh (mustaqillun ‘anhu), yakni al-mukhashshish ada dalam kalimat baru; atau tidak independen darinya (ghayru mustaqillin ‘anhu), yakni al-mukhashshish masih bahagian dari kalimatnya; dan baik al-mukhashshish itu bersambung dengannya (muttashilun bihi), yakni masih dalam nas yang sama atau dalam nas (ayat) berbeza, tetapi masih dalam satu kesatuan topik; atau al-mukhashshish itu terpisah darinya (munfashilun ‘anhu), yakni dalam nas lainnya yang terpisah.
Takhshîsh melalui dalil yang terpisah (bi dalîlin munfashilin), dan tentu saja juga bersifat independen (mustaqillun) ada beberapa: takhshîsh al-Kitab dengan al-Kitab, dengan as-Sunnah, dengan Ijmak Sahabat dan dengan Qiyas syar’iy; dan takhshîsh as-Sunnah dengan al-Kitab, dengan as-Sunnah, dengan Ijmak Sahabat dan dengan Qiyas syar’iy.
Adapun terhadap Ijmak Sahabat tidak terjadi takhshîsh. Sebabnya, Ijmak Sahabat bukan merupakan lafaz dan tidak memiliki makna asy-syumûl atau umum.
Sementara itu, Qiyas bergantung pada ‘illat syar’iyyah. ‘Illat syar’iyyah itu kembali pada dalil berupa al-Kitab, as-Sunnah atau Ijmak Sahabat. Kerana itu pengkhususannya sebenarnya merujuk pada pengkhusuan al-Kitab, as-Sunnah atau Ijmak Sahabat.
Ada kalanya al-mukhashshish itu bersifat mustaqillun muttashilun, yakni berupa kalimat baru tetapi masih bersambung dengan nas atau topiknya, meski kadang dalam ayat yang berbeza. Contohnya takhshîsh dalam surah al-Baqarah [2]: 183-185.
Jumhur juga menyatakan bahawa al-mukhashshish yang muttashilun ghayru mustaqillin ada empat macam: iaitu takhshîsh melalui pengecualian (bi al-itstitsnâ‘), sifat (bi ash-shiffah), syarat (bi asy-syarthi) dan tujuan (bi al-ghâyah).
Dari sisi penunjukkan (dalâlah) maka takhshîsh itu dapat melalui manthuuq atau mafhuum.
WalLâh a’lam wa ahkam.
Sumber: Alwaie