[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Peperangan Bani Quraizah – 5Hijrah
Perang Bani Quraizah berlaku pada bulan Zulkaedah Tahun ke 5H yakni setelah tamat perang Khandaq. Bani Quraizah diperangi kerana mereka telah mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah SAW ketika perang Khandaq. Mereka telah merosakkan perjanjian dengan Rasulullah SAW dgn menyertai tentera sekutu untuk memerangi kaum muslimin dalam perang Khandaq.
Rasulullah SAW tiba di Madinah pada pagi hari dari perang Khandaq dengan maksud untuk istirehat. Namun, pada waktu zuhur, Malaikat Jibril AS datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Para malaikat belum meletakkan senjata dan sedang mengejar kaum Quraizah. Allah azza wa jalla menyuruhmu berangkat ke Bani Quraizah. Aku juga akan pergi menggoncangkan mereka”.
Rasulullah SAW mengepung Bani Quraizah selama 25 malam sehingga mereka menderita dan ketakutan. Akhirnya Bani Quraizah setuju untuk menerima keputusan dari Saad bin Muadz kerana beliau adalah pemimpin dari kalangan kaum Aus. Saad bin Muadz RA memutuskan bahawa orang lelaki bani Quraizah di bunuh, kekayaan mereka dibahagi-bahagi dan anak serta wanita mereka ditawan. Setelah itu Rasulullah SAW menggali parit yang besar dan memenggal kepala lelaki-lelaki Bani Quraizah. Rasullullah SAW bersabda, “Sungguh Saad bin Muadz telah memutuskan perkara mereka (bani Quraizah) dengan hukum Allah dari atas tujuh langit”.