12 Mei 2024(Ahad)-Muslimah HTM cawangan Bangi melalukan Street Dakwah dan Taaruf Ukhuwah
kepada para pengunjung yang sedang beriadah dan bersantai di Tasik.
Aktiviti Street Dakwah dimulakan dengan memberi penjelasan terkait Pengorbanan Ibu .
Selepas selesai Street Dakwah,Mulimah HTM mengadakan circle Taaruf dan ukhuwah.
Taaruf dan ukhuwah ini disampaikan oleh Puan Iman yang membawa Tajuk Mencari Makna Hidup.
Puan Iman berkongsi bagaimana kehidupan ini perlu diraih demi keredhaan Allah swt.Segala amal perbutan kita sebagai Muslim didunia ini terikat dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Alhamdulillah dengan perkongsian yang diberikan, para pengunjung memberikan respon yang baik .







