[Aktiviti] 5 Mei 2024 (Ahad) – MHTM cawangan Ipoh telah mengadakan jamuan syawal bersama muslimah di kejiranan berhampiran.
Tetamu disajikan dengan beraneka juadah hariraya. Selain dari santapan jasmani, tetamu juga dihidangkan santapan rohani berupa tazkirah syawal yang bertajuk ‘Syawal Kemenangan Hakiki’. Perkongsian tersebut disampaikan oleh ukhti Husna yang merupakan salah seorang aktivis MHTM. Ukhti Husna berkongsi tentang bagaimana Rasulullah saw bersama para sahabat menyambut ketibaan syawal. Ukhti Husna juga menerangkan bahawa Islam pernah gemilang dan terbilang hingga Islam berkembang ke 2/3 pelosok dunia.
Penutup majlis Ukhti Husna menyeru agar hadirat semua bersatu dan menyokong perjuangan dalam menegakkan kembali sistem Islam di dunia ini. Tiada solusi yang tuntas dalam menangani permasalahan umat hari ini selain dari khilafah ala minhaj nubuwwah. Rata-rata tetamu yg hadir menyatakan rasa puashati atas santapan jasmani dan rohani yang dihidangkan. Semoga ukhwah ini dalam redho Allah.
#Syawal1445H
#JamuanSyawal
#Thepowerofummah






