28 April 2024 (Ahad) – Muslimah HTM cawangan Bangi telah mengadakan Majlis Jamuan Syawal bersama para muslimah yang terdiri daripada orang awam, sahabat handai dan saudara mara.
Majlis kali ini dimulai dengan pengisian Tazkirah Syawal oleh Puan Zaini yang bertajuk, “Menghayati Syawal”. Selepas sesi Tazkirah selesai, para tetamu diraikan dengan pelbagai juadah raya. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dan penuh keceriaan. Disamping jamuan makan dan ramah mesra, penganjur turut mengadakan sesi interaktif berupa soalan kuiz Syawal, pandangan dan berbalas pantun bagi memeriahkan lagi majlis ini. Hadiah berupa cenderahati sempena “100 Tahun Tanpa Khilafah & It’s Time To Be 1 Ummah” diberikan kepada peserta yang berjaya menjawab soalan.
Sebelum majlis berakhir, sempat dirakam sesi bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Semoga Jamuan Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah diantara muslimah HTM dan para tetamu yang hadir.
































