10 Mac 2024 (Ahad), Bangi – Aktiviti yang dilakukan hujung minggu kali ini oleh mhtm cawangan Bangi ialah Taaruf dan Ukhuwah (TDU).
Perkongsian pada kali ini disampaikan oleh Puan Nisa Raihanah dengan tajuk Semarak Ramadan dengan Keiman dan Ketakwaan
Puan Nisa Raihanah kali ini memyampaikan tajuk beliau terkait keutamaan Ramadan.Dari keutamaan bersahur,Berbuka,berdoa sehinggalah keutamaan beri’tikaf.
Beliau juga berkongsi bagaimana kita kaum Muslim hendak menjalankan ramadan sesuai dengan tuntutan Syariat.Dalam perkongsian ini ,disampaikan juga antara sebab-sebab pembatalan puasa seseorang Muslim itu dan bagaimana cara untuk membayarnya/menggantikan.Sama ada perlu Qadha,kaffarah atau Fidyah.
Diakhir perkongisian, Puan Nisa Raihanah juga mengajak para hadirin untuk muhasabah diri dan semoga Kita direzekikan oleh Allah swt untuk bertemu bulan Ramadan Kali ini.
