[ISTIMEWA ZULKAEDAH] Peperangan Al-Firadh – 12H
Perang al-Firadh ialah sebuah peristiwa yang terjadi pada bulan Zulkaedah 12H antara pasukan Muslim yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid menentang angkatan tentera gabungan Empayar Byzantine, Empayar Sasan dan Arab Kristian.
Meskipun jumlah tentera Islam hanya berjumlah 15 000 orang berbanding tentera lawan yang dianggarkan sepuluh kali ganda dari tentera Islam, namun pasukan Muslim berjaya memenangkan peperangan tersebut. Penaklukan oleh pasukan Muslim di bawah kepemimpinan Khalid bin al-Walid ini bertujuan untuk mengamankan dan memperluas wilayah yang dikuasai oleh umat Islam serta menyebarkan agama Islam di wilayah tersebut.
Kesatuan dan kebersamaan tentera Islam di medan perang merupakan faktor kejayaan mereka dalam menghadapi pelbagai suku Arab yang menentang mereka. Perpaduan dan koordinasi antara pasukan Muslim memungkinkan mereka untuk mengatasi tentangan dan memenangkan pertempuran.
Maka bersatulah umat Islam dan berpeganglah dengan perintah Allah SWT sebagaimana dalam Firman Allah SWT:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (TMQ Ali-Imran [3]:103)