Thariqah itu Adalah Jihad
Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Semua mata tertuju ke Rafah
Semua doa dipanjatkan untuk Rafah
Semua tangisan tertumpah kerana Rafah
Tapi mengapa muslim Gaza terus menderita dan penjajah tak kunjung kalah?
Jawapannya adalah kerana umat Islam meninggalkan thariqah (metode) untuk mengusir penjajah yang membantai umat Islam. Apa thariqah itu? Jawapannya adalah JIHAD!
Tatapan mata dan tangisan menjadi tidak berguna, kerana umat ini meninggalkan jihad. Doa-doa juga menjadi hampa, kerana tanpa seruan kepada penguasa agar menggerakkan pasukannya melawan Israel. Kekuatan militer yang dimiliki dunia Islam dan khususnya negara-negara Arab menjadi tidak bermakna, kerana tanpa semangat jihad.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الْخَيْلُ مَعْقُودٌ بِنَوَاصِيهَا الْخَيْرُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ الْأَجْرُ وَالْغَنِيمَةُ
“Kuda itu tertambat pada ubun-ubunnya kebaikan hingga hari kiamat: pahala dan ghanimah.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
لا تزال طائفة من أمتي يُقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة
“Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berperang di atas kebenaran, mereka menang sampai hari kiamat.” (HR. Muslim)