[ ISTIMEWA ZULHIJJAH ] Pesanan Rasulullah SAW dalam Khutbah Haji Wada’: Berwaspada Dengan Gangguan Syaitan Dan Kewajipan Menjaga Agama
Antara pesanan Rasulullah SAW dalam Khutbah Haji Wada’ yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah RA:
“Wahai seluruh manusia, sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa untuk disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syaitan masih berusaha untuk mengganggu kalian dengan cara yang lain. Syaitan akan berasa puas jika kalian semua melakukan perbuatan yang tercela. Oleh itu hendaklah kalian menjaga agama kalian dengan baik.” (HR Muslim)
Rasulullah SAW berpesan supaya umat Islam perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang godaan syaitan kerana sememangnya syaitan akan berusaha supaya dapat menyesatkan umat Islam. Dan sesungguhnya kejahatan godaan syaitan itu boleh berupa jin dan manusia untuk memesongkan umat Islam seperti mana yang terkandung dalam Surah An-Nas. Oleh itu, Umat Islam perlu berpegang teguh pada tali Allah dan menjaga segala syariat Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.