[Buletin Kaffah] Dari Ibadah Haji Menuju Persatuan Sejati
Ibadah haji terkait erat dengan kegiatan Jemaah haji wukuf di Arafah atau Hari Arafah (9 Zulhijjah). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
الْحَجُّ عَرَفَةُ
“(Inti) ibadah haji adalah wukuf di Arafah.” (HR At-Tirmidzi).
Penentuan Hari Arafah terkait dengan penentuan awal Zulhijjah. Sebagaimana perintah Rasulullah SAW., penentuan awal Zulhijjah wajib berdasarkan pengumuman Amir Mekah, bukan diputuskan berdasarkan kekuasaan pemimpin negara masing-masing. Husayn bin Harits al-Jadali telah mengatakan bahawa Amir Mekah Al Harits bin Hatib telah menyampaikan khutbah kepada kami, seraya berkata,
عَهِدَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ أَنْ نَنْسُكَ لِرُؤْيَتِهِ، فَإِنْ لَمْ نَرَهُ، وَشَهِدَ شَاهِدَا عَدْلٍ نَسَكْنَا بِشَهَادَتِهِمَا
“Kami telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW. untuk mengerjakan manasik (ibadah haji) kerana melihat hilal (Bulan Zulhijah). Jika kami tidak melihat hilal, lalu ada dua orang saksi yang adil melihat hilal, maka kami akan mengerjakan manasik haji berdasarkan kesaksian mereka berdua.” (HR Abu Dawud dan Ad-Daraquthni).
Sudah sepatutnya kaum muslim bersatu dalam pelaksanaan Aidiladha sebagaimana mereka bersatu dalam pelaksanaan ibadah haji kerana demikianlah situasi yang pernah wujud pada masa Nabi SAW. dan Khulafaurasyidin.
Ibadah haji merupakan salah satu titik lebur kaum muslim. Setiap kaum muslim dari berbagai penjuru dunia dan segala suku bangsa, bahasa serta warna kulit bersatu dalam suasana yang penuh kekhusyukan di hadapan Allah SWT. Yang Maha Perkasa. Tidak kelihatan perbezaan termasuklah status sosial dan ekonomi dalam pelaksanaan ibadah haji. Semuanya berbusana ihram, melantunkan kalimah talbiyah. Semuanya mengharapkan redha Allah SWT. dan sama-sama menggemakan keagungan syiar-syiar Allah.
Syekh Mutawalli asy-Sya’rawi, ulama dari Mesir dan seorang mufasir, mengatakan,
وَفِي جَلاَلِ هَذِهِ الْوَحْدَةِ، تَنْصَهَرُ الْأَجْنَاسُ وَالْأَلْوَانُ وَاللُّغَاتُ، فَلَا نَسَبَ اِلَّا اِلىَ الْاِسْلَامِ وَلَا حَسَبَ اِلَّا اِلَى الْاِيْمَانِ
“Di tengah-tengah persatuan (ibadah haji) ini berbagai suku bangsa, warna kulit dan bahasa manusia melebur (menjadi satu). Oleh kerana itu, tidak ada yang layak untuk dijadikan atribut (identiti), selain Islam, dan tidak ada yang perlu diperhitungkan, kecuali iman.”
Demikianlah. Tidak ada satu pun agama dan ideologi yang berjaya melebur umat manusia dalam sebuah wadah pemersatu, selain Islam. Agama ini telah berjaya mengikat manusia selama belasan abad dalam sebuah ikatan yang mulia iaitu ukhuwah Islamiyah. Allah SWT. berfirman,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sungguh kaum mukmin itu bersaudara.” [TMQ Al-Hujurat (49): 10].
Sungguh indah perumpamaan kebersamaan kaum mukmin. Mereka digambarkan oleh Baginda Nabi SAW. laksana satu tubuh. Sabda Baginda,
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum mukmin itu dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Jika ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan demam (turut merasakan sakitnya).” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Oleh kerana itu, sungguh ironi jika seorang muslim tidak mahu merasakan penderitaan yang sedang menimpa nasib sesama muslim. Mungkinkah otaknya tidak merasakan apa-apa ketika sekujur tubuhnya berdarah-darah penuh luka menganga? Sedangkan diantara tanda keimanan seseorang adalah mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. Nabi SAW. bersabda,
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR Muttafaq ’alayh).
Patut direnungkan, “Adakah umat Islam hari ini sudah seperti satu tubuh dalam persatuan mereka? Ataukah kebersamaan dan persatuan mereka hanya sementara belaka?”
Kita menyaksikan lebih dari sejuta muslim dari segenap penjuru berkumpul bersama di Tanah Suci menunaikan ibadah yang sama, menuju keredhaan Tuhan yang juga sama. Namun, tatkala ibadah haji selesai, masih tersisakah persatuan umat ini? Adakah kaum muslim di seluruh dunia hari ini bersatu dan saling membantu saudaranya yang menderita? Sayangnya tidak.
Saat ini kita menyaksikan saudara-saudara kita di berbagai tempat ditimpa kemalangan luar biasa. Kaum muslim di Palestin, contohnya, terus berada dalam ancaman genosid Zionis Yahudi. Gaza dan Rafah sudah menjadi ladang pembantaian kaum muslim. Jenazah-jenazah bergelimpangan di jalan-jalan atau terkubur dalam runtuhan bangunan. Sebahagian lagi hancur berkeping-keping. Mereka menjadi mangsa kebiadaban Zionis Yahudi. Lebih dari 36 ribu warga Gaza tewas akibat serangan biadab ketenteraan Zionis. Semua fasiliti kesihatan hancur. Penduduk Gaza terancam kelaparan yang diciptakan oleh Zionis Yahudi.
Yang lebih menyedihkan lagi adalah sikap para penguasa dunia Islam. Mereka hanya diam menyaksikan pembantaian demi pembantaian di Gaza. Sebahagian dari mereka malah bersekutu dengan Zionis Yahudi dengan membuka hubungan diplomatik dan perdagangan. Dunia menyaksikan penguasa Mesir, contohnya, bukan saja menolak kehadiran pelarian Gaza, tetapi juga menolak untuk membuka gerbang perbatasan agar kaum muslim dapat memberikan bantuan kepada saudara seiman. Lebih menyedihkan lagi sebahagian para pemimpin dunia Islam justeru melarang demonstrasi sokongan terhadap Palestin dan menangkap mereka, sedangkan Nabi SAW. telah mengingatkan ancaman terhadap para pemimpin seperti itu,
مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ النَّاسِ شَيْئًا , فَاحْتَجَبَ عَنْ أُولِي الضَّعَفَةِ وَالْحَاجَةِ , احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Siapa saja yang Allah takdirkan untuk menjadi pemimpin yang mengurus urusan orang ramai, kemudian dia menutup diri dari orang yang lemah dan yang memerlukan, Allah pasti akan menutup diri dari pemimpin tersebut pada hari kiamat.” (HR Ahmad).
Para pemimpin dunia Islam rata-rata hanya berpura-pura. Di depan rakyat, mereka menyokong Palestin melalui politik retorika berupa kutukan dan kecaman. Namun, sedikit pun mereka enggan menggerakkan pasukan tentera mereka untuk melindungi kaum muslim Palestin dan menyerang kaum Yahudi. Mereka malah menyandarkan pertolongan pada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sedangkan mereka tahu bahawa badan antarabangsa itu sungguh nyata berada dalam ketiak negara-negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat, penyokong utama Zionis Yahudi.
Penyebab terkoyaknya umat hari ini adalah kerana fahaman nasionalisme dan konsep negara-bangsa (nation-state). Inilah yang telah memutuskan persatuan kaum muslim dan menghapuskan ukhwah Islamiyah. Setiap penguasa negara muslim tidak peduli dengan urusan negara muslim lainnya. Layaklah jika Rasulullah SAW. menggolongkan kebanggaan terhadap suku/bangsa dan golongan sebagai slogan-slogan jahiliyah yang sangat hina. Baginda bersabda,
إِذَا الرَّجُلُ تَعَزَّى بِعَزَاءِ الْجَاهِلِيَّةِ، فَأَعِضُّوهُ بِهَنِ أَبِيهِ، وَلَا تَكْنُوا
“Jika ada orang yang membangga-banggakan kebanggaan jahiliyah, maka suruhlah dia menggigit kemaluan ayahnya dan tidak usah memakai bahasa kiasan terhadapnya.” (HR Ahmad).
Fahaman nasionalisme dan konsep negara-bangsa telah menjadi penjara imaginasi yang menghalang kaum muslim dari menolong saudaranya. Fahaman ini telah mengikat tangan dan kaki umat untuk menghilangkan penderitaan yang sedang menimpa saudara seiman. Bahkan fahaman nasionalisme telah membutakan mata dan hati umat bahawa saudara seiman itu adalah bersaudara,sedangkan Nabi SAW. telah mengingatkan,
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ
“Seorang muslim itu saudara bagi muslim lainnya. Dia tidak boleh menzalimi dan tidak menelantarkan saudaranya.” (HR Muslim).
Negara-bangsa dan fahaman nasionalisme adalah konsep yang dirancang oleh negara-negara Barat imperialis untuk memudahkan mereka menghancurkan Khilafah Islamiyah lalu menjajah negera-negera tersebut. Dibuatlah oleh mereka, negara-negara boneka dengan para penguasa yang berada dalam kawalan mereka. Mereka, contohnya, mengendalikan para penguasa itu agar jangan sampai ada yang cuba menghapuskan negara Zionis Yahudi yang sudah mereka rancang untuk menjadi kanser ganas di jantung kaum muslim.
Oleh kerana itu, persoalan umat di Palestin—juga di Myanmar, India, Cina dan berbagai penjuru dunia lain—hanya dapat diselesaikan jika umat bersatu di bawah kepemimpinan seorang khalifah. Khalifah akan melindungi dan menjaga semua kepentingan umat. Ini kerana, khalifah merupakan perisai umat, sebagaimana sabda Nabi SAW.,
إِنَّمَا اْلإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Sungguh imam (khalifah) adalah perisai. Orang-orang berperang di belakangnya dan menjadikan dirinya pelindung.” (HR Muslim).
Dengan Khilafah, potensi kekuatan ketenteraan kaum muslim yang sangat besar di berbagai negeri Islam dapat disatukan sekaligus digerakkan untuk melakukan jihad (perang) terhadap Yahudi dan para pelindungnya, khususnya Amerika Syarikat. Dengan itu, kaum muslim dengan mudah dapat menghapuskan kewujudan kaum Zionis penjajah dari atas negara Palestin.
Dengan Khilafah, kelak umat ini sanggup memimpin dunia setelah menyingkirkan dominasi negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat, atas dunia dan kaum muslim. Dengan Khilafah juga, umat Islam akan sanggup menciptakan tatanan kehidupan dunia yang harmoni di bawah syariat Islam. WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
—*—
Hikmah
Nabi Saw bersabda,
الْغَازِى فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللَّهِ دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ
“Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang berhaji, dan orang yang berumrah adalah tetamu Allah. Allah memanggil mereka, maka mereka pun memenuhinya. Dan mereka meminta kepada-Nya, maka Dia berikan kepada mereka (Dia kabulkan).” (HR Ibnu Majah).
*Diterjemah dan diolah
Sumber : https://muslimahnews.net/2024/06/15/30195/