Qalbun Salim sebagai Benteng Pertahanan Mental (Bahagian 3)
Oleh: Fenty Fitriawati, Fareastern Muslimah
Keadaan keperibadian kita sekarang yang berasal dari internalisasi nilai-nilai pemikiran dan perasaan menerusi akumulasi perjalanan hidup, sangat mudah tergelincir menjadi tidak Islami ketika berhadapan dengan ujian-ujian yang telah ditetapkan Allah untuk kita selama hidup di dunia. Walaupun syaitan berperanan mempengaruhi manusia, namun yang boleh dilakukan oleh syaitan hanyalah sekadar membisikkan hawa nafsu. Pada akhirnya manusialah yang mengambil pilihan diantara dua jalan, apakah akan memilih jalan fasik atau memilih jalan takwa. Sehingga pada saat kita gagal memenuhi standard aturan Islam dalam menghadapi ujian-ujian hidup tertentu, manusialah yang bertanggungjawab sepenuhnya atas dosa dan kezaliman yang dia lakukan terhadap dirinya sendiri.
Allah SWT berfirman dalam Al Quran Surat Asy Syu’ara ayat 89: إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Ertinya: “Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”. (TMQ Asy Syu’ara [26] : 89)
Bahawa orang-orang yang akan selamat di hari akhir nanti hanyalah orang-orang yang memiliki qalbun salim. Qalbun salim adalah hati yang bersih dan sihat yang mana di dalamnya hanya ada Allah saja. Kecintaan dan ketakutan yang sempurna kepada Allah SWT hanya ada di dalam hati yang bersih. Untuk memperoleh qalbun salim, kita memerlukan akal yang mustanir dan nafsu yang muthmainnah sehingga kepribadian kita senantiasa terjaga demi redha Allah semata. Keadaan ini perlu terus menerus dipertahankan kerana setiap detik dalam momen kehidupan memiliki potensi untuk menjadi pahala atau sebaliknya menjadi dosa. Karakter hawa nafsu yang reaktif mampu merespon setiap stimulus dengan kecepatan tinggi yang jauh lebih cepat dari waktu yang diperlukan akal untuk berfikir jernih. Sehingga hawa nafsu yang tidak terdidik akan cenderung mudah menjadi liar dan pada akhirnya mempengaruhi keadaan hati dan keimanan seseorang. Inilah inti dari pengurusan hablumminnafsi, hubungan manusia dengan dirinya sendiri.
Agar berjaya menjaga hubungan dengan diri sendiri yang sesuai dengan standard keperibadian Islam, setiap manusia sangat memerlukan idraksilabillah, keterhubungan yang senantiasa terjaga dengan Allah WT. Maka setiap manusia yang memahami dirinya sendiri akan menyedari keperluan rohnya untuk selalu bersama Allah SWT. Ketika Allah SWT menjadi satu-satunya fokus di dalam fikiran, perasaan dan hati manusia maka ia akan terbebas dari cengkaman hawa nafsunya. Latihan yang terus menerus dilakukan untuk mendidik hawa nafsu dalam melalui ujian-ujian di dunia akan menghantarkan manusia kepada nafsu yang muthmainnah dengan izin Allah SWT. Namun walaupun sudah mampu mencapai keadaan qalbun salim di titik tertentu, keadaan ini bukanlah keadaan yang muktamad (final) dan statik kerana keadaan hati manusia boleh berbolak balik. Jadi selagi manusia hidup di dunia, dia hendaklah terus menerus melakukan “fine tuning” untuk menjaga keadaan hati dan mencapai keperibadian Islam dengan menggunakan lensa keimanan di setiap momen kehidupan.
Dalam konteks kesihatan mental yang marak diperbincangkan dewasa ini, perlu kita fahami bahawa keadaan mental adalah output dari keadaan pemikiran dan perasaan seseorang. Sehingga berbagai gangguan mental boleh menjangkiti manusia jika keadaan pemikiran dan perasaannya tidak kondusif yang pada akhirnya memberi kesan buruk pada perilaku seseorang hingga dia sukar menghadapi berbagai masalah kehidupan.
*Bersambung ke bahagian 4