[Kaedah-Kaedah Taklid] Hakikat Kontradiksi dan Mendahulukan Kompromi (Bahagian 2/2)
Penulis: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat
Kekuatan khabar dari sisi matan (redaksi) dapat diperinci sebagai berikut:
- Jika salah satu khabar berisikan perintah, sedangkan yang lain berisikan larangan, larangan lebih dikuatkan daripada perintah sebab kebanyakan larangan ditujukan untuk menghindari mafsadat (kerosakan), sedangkan kebanyakan perintah ditujukan untuk mewujudkan suatu maslahat. Menolak mafsadat mesti didahulukan daripada mengambil maslahat, “Dar’u al-mafaasid muqaddam ‘ala jalb al-mashaalih.”
- Kadang kala suatu khabar mengandungi perintah, sedangkan yang lain memubahkan (membolehkan). Dalam keadaan semacam ini, khabar yang memubahkan lebih diunggulkan dibandingkan yang mengandungi perintah sebab khabar yang memubahkan akan mengalihkan tuntutan atau perintah ke arah kemubahan. Sedangkan beramal dengan khabar yang berisikan perintah pasti akan mengabaikan secara menyeluruh dalil yang memubahkan, padahal mengamalkan dua dalil itu lebih utama daripada mengabaikan atau meninggalkan salah satu dalil.
- Kadang-kadang salah satu khabar tersebut mengandung perintah, sedangkan yang lain mengandung informasi belaka (khabar). Dalam keadaan semacam ini, khabar perlu dikuatkan daripada perintah sebab dalalah yang ditunjukkan oleh khabar lebih kuat dibandingkan perintah. Oleh kerana itu, khabar tidak boleh di-nasakh, sedangkan perintah boleh di-nasakh (dihapus),
- Khabar yang pertama berisikan larangan, sedangkan yang kedua berisi Khabar yang memubahkan perlu dikuatkan dibandingkan khabar yang melarang, sebagaimana sebab dikuatkannya kemubahan atas perintah.
- Khabar yang pertama berisi larangan, sedangkan yang kedua hanya mengandung khabar (informasi). Khabar perlu dikuatkan dibandingkan perintah.
- Kekuatan matan yang disandarkan kepada lafaz khabar. Khabar yang lafaznya menunjukkan pengertian hakiki (hakikat) perlu dikuatkan daripada khabar yang menunjukkan pengertian majaz. Lafaz yang mengandung hakikat syar’iyah perlu dikuatkan dibandingkan lafaz yang mengandung hakikat lughawiyah (pengertian bahasa) dan hakikat ‘urfiyyah (pengertian kebiasaan). Ini kerana Nabi SAW diutus untuk menyampaikan dan menjelaskan syariat. Khabar yang mengandung illat hukum lebih dikuatkan daripada khabar yang tidak mengandung illat hukum sebab khabar yang mengandung ‘illat lebih kuat ditinjau dari sisi tasyri’iy (pensyariatan),
- Kekuatan khabar ditinjau dari madlul (makna) dapat diringkas sebagai berikut:
- Jika salah satu khabar menunjukkan kemudahan, sedangkan yang lain menunjukkan kesukaran, khabar yang maknanya menunjukkan kemudahan lebih dikuatkan dibandingkan khabar yang maknanya memberatkan atau menyukarkan. Ketentuan semacam ini didasarkan pada firman Allah SWT, “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (TMQ Al-Baqarah: 185] dan firman Allah SWT, “Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (TMQ Al-Hajj [78]: 128).
- Jika salah satu khabar menunjukkan pengharaman, sedangkan yang lain menunjukkan kemubahan, khabar yang maknanya menunjukkan pengharaman lebih dikuatkan dibandingkan khabar yang maknanya menunjukkan kemubahan. Hal semacam ini ditentukan berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Jika yang haram berkumpul dengan yang halal, yang haram dimenangkan atas yang halal.” Juga didasarkan pada sabda Rasulullah SAW, ‘Tinggalkanlah yang meragukanmu menuju kepada yang tidak meragukanmu.’”
- Jika salah satu khabar menunjukkan pengharaman, sedangkan yang lain menunjukkan kewajipan, khabar yang menunjukkan pengharaman lebih dikuatkan daripada yang menunjukkan kewajipan. Ini kerana kebanyakan pengharaman ditujukan untuk menghindari mafsadat, sedangkan kewajipan ditujukan untuk meraih manfaat. Menghindari mafsadat lebih diutamakan daripada meraih maslahat,
- Jika salah satu khabar menunjukkan kewajipan, sedangkan yang lain menunjukkan kemubahan, khabar yang menunjukkan kewajipan lebih dikuatkan daripada yang menunjukkan kemubahan. Ini kerana meninggalkan kewajipan boleh menjatuhkan pelakunya ke dalam dosa, sedangkan meninggalkan kemubahan tidak menjatuhkan pelakunya ke dalam dosa. Menjauhi dosa lebih diutamakan daripada perbuatan yang tidak memberikan implikasi apa pun.
Ini adalah kekuatan dalil jika dinisbahkan kepada dalil sunnah. Adapun kekuatan dalil jika dinisbahkan kepada qiyas dapat diringkas sebagai berikut:
- Qiyas yang disandarkan kepada illat yang diambil dari nas-nas qath’ie lebih dikuatkan daripada illat yang diambil dari nas-nas yang tidak qath’ie.
- Qiyas yang disandarkan kepada illat shurahah (jelas) lebih dikuatkan daripada qiyas yang didasarkan pada illat dalalah, istinbat, dan Qiyas. Qiyas yang didasarkan pada illat dalalah lebih dikuatkan daripada illat istinbat. Qiyas yang didasarkan pada illat istinbat lebih dikuatkan daripada yang didasarkan pada illat Qiyas.
Atas dasar itu, kekuatan qiyas tergantung dari dua faktor; (1) dalil yang membangun illat; dan (2) illat itu sendiri.
Inilah beberapa kaedah dasar yang mesti difahami sebelum melakukan tarjih terhadap dalil. Hanya saja, tarjih hanya mungkin dilakukan oleh muttabi‘, atau oleh seorang mujtahid. Oleh kerana itu, jika seorang muttabi‘ dan mujtahid dihadapkan pada dua dalil yang saling bertentangan, keduanya wajib melakukan tarjih hingga diketahui dalil yang paling kuat. Jika dalil yang paling kuat berhasil diidentifikasi, mengamalkan dalil yang terkuat adalah wajib.
Sumber: Syamsuddin Ramadhan an-Nawiy dan M. Haris Adiningrat, Kaedah-Kaedah Taklid, Tuntunan Islam dalam Memilih dan Mengikuti Pendapat