[Wawancara] Peradaban Islam Pasti Kembali
Oleh: Prof. Dr.-Ing. Fahmi Amhar
Di tengah hegemoni dan dominasi ideologi kapitalisme saat ini, tentu kita patut bertanya, sejauh mana peradaban Barat kapitalisme memberi kesan pada dunia, khususnya dunia Islam? Berapa lama peradaban Barat kapitalisme boleh bertahan? Bagaimana dengan peradaban Islam?
Mungkinkah kaum muslim mampu menghadirkan kembali peradaban Islam yang agung? Bagaimana caranya? Bolehkah peradaban Islam yang unggul menggantikan peradaban Barat yang saat ini terbukti banyak menimbulkan kerosakan bagi dunia?
Itulah di antara pertanyaan yang diajukan kepada Prof. Dr.-Ing. Fahmi Amhar, Anggota Ikatan Alumni Program Habibie (IABIE). Berikut ini jawapannya.
Soalan: Bagaimana keadaan peradaban dunia sekarang ini di bawah kepemimpinan ideologi kapitalisme?
Mewabahnya doktrin-doktrin yang merupakan anak-anak haram sekularisme. Sekularisme adalah doktrin yang menegaskan bahawa agama tidak boleh dibawa ke kehidupan umum atau ke ruang publik/awam. Ruang awam perlulah diisi dengan sesuatu yang rasional, sedangkan agama itu tidak rasional. Dari rahim sekularisme inilah muncul doktrin-doktrin terbitannya, seperti liberalisme, pluralisme, demokrasi, kapitalisme, dan imperialisme.
Soalan: Apa yang membuat peradaban kapitalisme itu merosakkan sumber daya manusia?
Pertama dan terutama adalah doktrin liberalisme, “Biarkan semua bebas berbicara, berperilaku, berkeyakinan/beragama, dan memilih cara memiliki sesuatu selagi tidak mengganggu kebebasan orang lain.”
Kedua, doktrin pluralisme. Pluralisme bukan plurality! Kalau plurality, itu sebuah kenyataan. Adapun pluralisme adalah doktrin bahawa ruang awam jangan didominasi salah satu kelompok atau parti tertentu saja, ya. Biarkan semua menyumbang.
Doktrin ini bagi orang-orang yang kurang terdidik atau kurang berpandangan jauh ke depan akan memunculkan permissivism. Oleh kerana itu, di Barat, perilaku menyimpang seperti L678Q+ tumbuh subur. Semua kerana dianggap tidak merugikan orang lain selagi ia dilakukan secara konsensual (saling suka).
Demikian juga perniagaan yang belum terlihat memberikan dampak sosial atau persekitarannya, pasti dibiarkan. Aneka lama sesawang perjudian atau pornografi yang canggih, kini bahkan dengan didukung teknologi, akan dibiarkan. Paling paling pun dibatasi sana-sini, misalnya tidak boleh melibatkan anak di bawah umur, dsb..
Soalan: Apa pula yang membuat peradaban kapitalisme itu merosak sumber alam?
Ini doktrin kapitalisme, iaitu membiarkan “kekuatan ghaib tangan-tangan pasar” mengatur dirinya sendiri. Bagaimana (agar) agihan barang dan perkhidmatan secara automatik dioptimumkan untuk kebahagiaan semua orang, padahal tujuan orang ke pasaran (market) itu untuk mendapatkan profit maksima. Ketika kebahagiaan hanya dinilai dari material, maka kegagalan peserta pasar bermakna akhir atau penghujung dari segalanya.
Walhasil, hal-hal yang belum diatur oleh undang-undang, selagi memberikan manfaat/keuntungan, akan diusahakan. Ini boleh termasuk minyak bumi, arang batu, emas, dan mineral lainnya. Pendidikan, kesihatan, keamanan, dan keadilan juga dianggap seperti komoditi perniagaan lainnya.
Dalam era digital saat ini, laman sesawang internet atau konten media sosial apa pun akan terangkat, bukan oleh kualitinya, tetapi kalau dapat like and share yang banyak. Yang banyak itulah yang berpotensi menguntungkan untuk ditumpang periklanan.
Soalan: Apa pengaruh peradaban kapitalisme terhadap dunia Islam secara politik?
Doktrin lanjutan dari kapitalisme adalah imperialisme. Dunia Islam saat ini adalah objek, bukan subjek. Target, bukan aktor. Mereka ditarget oleh kekuatan imperialis sebagai sumber bahan mentah dan pasaran produk mereka.
Oleh kerana itu, politik di dunia Islam dirancang yang menguntungkan mereka. Kalau diktator yang ada itu pro mereka, maka urusan selesai. Namun, kalau diktator yang ada kontra dengan mereka, mereka akan meneriakkan demokrasi.
Doktrin demokrasi adalah – dari, oleh, dan untuk rakyat. Jadi mereka ajarkan bahawa kedaulatan undang-undang itu ada pada rakyat sehingga penguasa wajib berasal dari rakyat dan bekerja untuk rakyat. Namun, dalam hal ini mereka berdusta. Jika proses demokrasi menghasilkan pemimpin yang dekat dengan Islam, lalu memperjuangkan kedaulatan hukum Islam seperti yang diyakini majoriti rakyat yang muslim, kekuatan imperialis Barat akan menggugurkan mereka, menuduh mereka radikal atau memfitnah mereka dalam satu barisan dengan terorisme.
Soalan : Secara ekonomi bagaimana?
Akibat imperialisme, ekonomi negeri-negeri muslim jelas tidak sepenuhnya berdaulat. Sekalipun GDP atau pendapatan per kapita tinggi, ekonomi mereka rapuh oleh pengaruh asing, terancam oleh fluktuasi ekonomi dunia, ia juga terdedah kepada keruntuhan jika dikenakan sekatan (embargo) pada bila-bila masa.
Soalan: Kalau secara sosial budaya?
Budaya di negeri-negeri muslim itu ada dua. Satu yang khas Islam, yang berakar dari ajaran Islam seperti ritual Ramadhan/hari raya, pernikahan dan kematian, pakaian yang menutup aurat, atau makanan yang halal. Satunya lagi yang khas etnik atau kedaerahan/budaya setempat (local culture), seperti aneka makanan, kain batik, atau seni bina.
Barat mendesak budaya di negeri muslim itu sedemikian rupa sehingga akhirnya budaya yang diunggulkan hanyalah yang berbau etnik atau budaya setempat. Budaya yang terbentuk dari ajaran Islam akan makin disamarkan atau dimodifikasi sedemikian rupa agar dapat dikapitalisasi.
Oleh kerana itulah, ritual Ramadhan tidak terasa makin kental suasana ruhiyah-nya, tetapi terasa semakin komersial. Bangunan masjid yang pada asalnya cukup sederhana namun terasa makmur, sekarang dibuat mewah dan tentunya mahal tetapi mungkin sebaliknya sepi dari jemaah solat lima waktu.
Dalam kancah pergaulan internasional, umat Islam mengalami sindrom minder-wertig-complex (kurang percaya diri) ketika dikenali sebagai muslim. Mereka lebih suka dikenali sebagai Indonesia, Parsi, atau Mesir. Di banyak pejabat kedutaan besar mereka di luar negeri, yang dipamerkan adalah produk budaya pra-Islam, sampaikan orang terkejut ketika mengetahui bahawa majoriti populasi negeri itu adalah muslim.
Soalan: Bolehkah peradaban Islam itu menjadi alternatif dunia?
Boleh, asalkan umat Islam berjaya membangkitkan diri mereka sendiri dahulu. Mereka hendaklah mahu berlepas dari jerat-jerat sekularisme dan memperbaiki ekonomi, politik, dan budaya dengan Islam. Juga menyelesaikan semua persoalan seperti kebodohan, kemiskinan, ketergantungan kepada asing, dan lain-lain. Baru mereka boleh menunjukkan ideologi Islam sebagai alternatif bagi dunia.
Soalan: Apakah keunggulan peradaban Islam berbanding peradaban kapitalisme?
Peradaban Islam didirikan di atas asas akidah Islam. Di atas keimanan bahawa ada Allah Sang Pencipta alam semesta yang Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Allah tahu apa yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan baik dan benar di dunia ini.
Allah menurunkan berbagai aturan, sedangkan Allah tidak mempunyai berat sebelah kepentingan apa pun. Ini berbeza dengan demokrasi yang berat sebelah terhadap kepentingan oligarki yang boleh mengawal parti politik dan pendapat umum. Memang benar bahawa demokrasi adakalanya dibatasi oleh halangan negara bangsa, atau halangan program lima tahun tempoh kerajaannya.
Soalan: Apakah bukti-bukti kejayaan peradaban Islam dalam sejarah?
Ada beberapa parameter untuk menilai kejayaan peradaban Islam.
Pertama, peradaban Islam itu membekas di tempat-tempat yang ia naungi, sekalipun kekuasaan Islam sudah tidak ada di sana. Bahkan di Sepanyol yang terjadi genosid pasca-reconquista dan hampir seluruh umat Islam terbunuh atau terusir, masih banyak teknologi dan tradisi Islam yang masih hidup tanpa disedari oleh orang-orang Sepanyol. Sistem pengairan, istana, dan taman-taman masih dapat disaksikan hingga hari ini. Aneka makanan, kosa-kata hingga tradisi tidur siang (siesta) masih terlihat di kehidupan sehari-hari.
Kedua, peradaban Islam itu tidak eksploitatif. Islam berkuasa di Barat dan di Timur, tetapi tidak menjarah atau menyedut sumber alam wilayah yang ia takluki demi kemewahan pusat (pentadbiran/penguasa). Tidak seperti penjajahan oleh bangsa-bangsa Eropah.
Ketiga, peradaban Islam membuka akses atas ilmu pengetahuan dan kemakmuran bagi siapa pun, tanpa membezakan agama, kasta, ataupun asal-usul. Lebih banyak ilmuan besar non-Arab daripada Arab. Bahkan banyak ilmuan dari India yang pada masa itu hijrah ke wilayah Islam kerana di sana dapat berkarier tanpa hambatan kasta. Orang-orang koptik di Mesir atau majusi di Parsi masih ada hingga hari ini. Ini kerana semasa era peradaban Islam mereka tidak pernah dipaksa untuk pindah masuk ke agama Islam.
Keempat, peradaban Islam itu sustainable, bertahan berabad-abad di wilayah yang sangat luas. Mustahil sebuah peradaban yang zalim dan self-destructive mampu bertahan selama itu. Peradaban Islam baru runtuh setelah taraf berfikir umat merosot, daya kritis mereka pada kekuasaan melemah. Akibatnya, para penguasa tenggelam dalam kemewahan dan mengabaikan persoalan umat. Umat akhirnya tidak puas pada layanan negara. Lalu muncul semangat separatisme dan nasionalisme yang merosakkan persatuan umat.
Soalan : Bagaimana agar peradaban Islam dapat diwujudkan lagi, bahkan memimpin dunia sebagaimana sebelumnya?
Ibnu Khaldun pernah menasihati begini, bahawa era yang berat akan cenderung menghasilkan generasi yang hebat, selagi mereka sabar dan tekun belajar. Nanti generasi yang hebat itu akan menghasilkan era yang mudah. Namun, era yang mudah itu perlu dijaga dengan terus berdakwah dan tidak lengah atau tenggelam dalam hidup bermewah-mewah. Jika tidak, era yang mudah itu sebaliknya akan melahirkan generasi yang lemah dan generasi yang lemah cenderung untuk mengembalikan kita ke era yang sukar.
Jadi, kita sekarang ini perlu bersabar, tekun belajar, dan bekerja keras, berjuang agar peradaban Islam kembali, hukum-hukum Islam secara kaffah kembali hadir ke kehidupan umum.
Soalan: Sebahagian umat Islam silau dengan kemajuan peradaban Barat. Apakah kemajuan tersebut membawa kerahmatan?
Bergantung pada cara kita menilai kerahmatan itu apa. Kalau yang dimaksudkan adalah perlakuan yang adil terhadap rakyat, perlindungan terhadap minoriti, akses pendidikan dan kesihatan yang terjamin, persekitaran yang bersih dan terurus, perkhidmatan awam yang bebas korupsi, angka pengangguran yang rendah, bahkan insentif untuk keluarga yang memiliki anak, maka kehidupan di Barat jauh lebih menyenangkan. Bukankah semua itu juga hal-hal yang islami yang mana di Dunia Islam pada saat ini sebaliknya kurang ditemui?
Namun, di Barat juga kita temukan, makin banyak orang terjebak dalam perjudian, alkoholisme, dan penggunaan dadah. Makin banyak yang depresi akibat tidak memiliki keluarga yang harmoni. Makin banyak yang terseret ke seks bebas dan semakin sedikit yang menikah. Bahkan makin banyak pula yang kini mengikuti arus L678Q+. Anehnya, justeru yang semacam ini juga diikuti oleh banyak masyarakat di negeri-negeri muslim.
Soalan: Tahap pendapatan negara-negara Barat sangat tinggi. Sebaliknya, pendapatan rendah terjadi di negeri-negeri Islam. Mengapa demikian?
Tidak selalu juga. Di negeri-negeri muslim yang kaya sumber alam, seperti UEA, Qatar, atau Brunei, pendapatan sangat tinggi. Namun, secara umum memang pendapatan negeri-negeri Islam lebih rendah dibandingkan negara-negara Barat. Hal ini kerana produktiviti mereka sangat rendah dan korupsi penguasanya sangat tinggi.
Soalan: Apa penyebab ketempangan ekonomi begitu ekstrem antara dunia Barat dan dunia Islam?
Kualiti sumber manusianya, budaya masyarakatnya, dan kepemimpinan penguasanya. Di Barat, sekalipun penyakit sosial makin banyak, masih cukup banyak orang-orang yang mengambil tanggungjawab untuk bekerja dengan jujur dan profesional. Budaya masyarakatnya masih menghargai ilmu dan menghargai kerja, tidak semata-mata kaya secara segera. Mereka masih mempunyai para pemimpin yang memiliki integriti, tidak memanfaatkan kesempatan/peluang yang ada untuk diri sendiri (selfish), dan dapat diteladani.
Ini berbeza dengan dunia Islam hari ini. Banyak pengangguran, tetapi para pengusaha juga sukar mencari pekerja yang jujur dan profesional. Masyarakatnya lebih banyak yang bermimpi bagaimana cepat kaya secara instant (segera). Para pemimpinnya hanya memikirkan diri sendiri.
Soalan: Apakah benar sistem ekonomi Barat penyebab kerosakan ekonomi global?
Sistem ekonomi Barat memang dikritik oleh para ahli ekonomi mereka sendiri sebagai “greedy” (serakah). Namun, itu tidak berlaku pada seluruh masyarakat Barat. Mereka mengkritik “the 1%”, yakni segelintir elit kapitalis saja. Kerana rakyat di Barat sendiri kritis, keserakahan itu tidak lagi dapat diterapkan di negerinya. Oleh kerana itu, para kapitalis akan mencari tanah baru di seluruh dunia. Itulah globalisasi. Penjajahan ekonomi gaya baru.
Di negeri-negeri sasaran mereka itu, mereka tidak begitu peduli soal lingkungan atau perlindungan sosial. Oleh kerana itu juga, globalisasi itu perlu selaras dengan nasionalisme, dalam erti kata, elit global perlu berfikir dalam batas-batas kebangsaan.
Di negeri asal mereka, mereka setuju pada isu lingkungan atau perlindungan anak. Namun, di negeri sasaran mereka, isu lingkungan atau perlindungan anak hanya diperhatikan selama ia tidak mengurangi keuntungan perniagaannya.
Soalan: Sistem politik demokrasi dari Barat di puja-puji memberi transparensi (ketelusan) dan keadilan bagi semua pemegang hak mengundi. Adakah begitu?
Demokrasi memang menyediakan cara untuk orang bebas untuk menyatakan pendapat mereka (seperti yang dilihat dari kebebasan media), kebebasan untuk bersekutu (seperti yang dilihat dari kebebasan untuk membentuk organisasi dan persatuan massa), kebebasan untuk mengundi (ada pilihan raya), dan kebebasan untuk mengambil bahagian dalam kerajaan (ada parlimen yang mengawal kerajaan). Ini memang berjalan lancar di negara-negara Barat.
Walau bagaimanapun, sudah tentu, ada kalanya demokrasi ini salah, sama ada dalam memilih tokoh pemimpin yang betul atau memutuskan dasar awam yang betul. Ia semua bergantung kepada tahap kesedaran politik rakyat juga. Ini boleh dimainkan oleh pemimpin pendapat (opinion leader).
Demokrasi di Jerman pernah menghasilkan diktator seperti Hitler. Demokrasi di Amerika pernah melarang minuman keras, tetapi kemudian mengizinkannya kembali. Saat ini, demokrasi di hampir seluruh negara Barat mengizinkan pernikahan sejenis (L678Q+). Anehnya, mereka melarang pernikahan poligami.
Soalan: Benarkah dalam sistem demokrasi, pemimpin membela kepentingan rakyat? Atau sebaliknya membela oligarki?
Bergantung pada tahap pendidikan dan kesedaran politik di negeri itu. Jika literasi politik masyarakatnya tinggi, nescaya oligarki akan sedikit sekali mendapat peluang.
Namun, kalau itu menyangkut luar negeri, kadang-kadang memang empati rakyat akan terbatas oleh tembok nasionalisme. Oleh sebab itulah, rakyat Amerika memilih kembali Presiden G. W. Bush untuk jawatan kedua. Parlimennya sepakat untuk membiayai perang di Iraq dan Afghanistan yang diserukan Bush atas nama Global War of Terrorism.
Rakyat Amerika tidak peduli dengan malapetaka di negara lain selagi negeri mereka tetap berjaya. Perang bahkan dianggap membuka banyak sekali peluang pekerjaan, terutama di kilang-kilang persenjataan, juga nanti di sektor pembinaan untuk pasca-perang, selain itu juga di sektor kewangan.
Soalan: Benarkah sistem demokrasi akan menjamin kesejahteraan rakyat?
Lebih-lebih lagi bergantung pada banyak faktor. Di benua Eropah, dengan mazhab ekonomi sosialisme yang masih kuat, kesejahteraan rakyat lebih terjamin daripada di Amerika yang mazhab ekonomi liberal lebih dominan.
Di Eropah, akses pendidikan percuma atau sangat murah dari tadika sampai pengajian sarjana. Semua rakyat juga mempunyai jaminan kesihatan. Beza dengan di Amerika yang pendidikan dan kesihatan sangat mahal. Cuma ada sedikit biasiswa bagi yang sangat cerdas.
Soalan: Budaya berperilaku bebas dijajakan oleh Barat. Di manakah letak bahayanya?
Pada kelangsungan generasi. Sekarang ini, di kampus-kampus sukar (seperti fizik, nuklear, atau bioteknologi), makin banyak ahli akademia yang non-Amerika. Mengapa? Kerana makin sedikit orang Amerika yang mahu belajar yang bidang yang sukar. Mereka generasi lemah akibat era yang mudah!
Mungkin kalau umat Islam bersabar dan siap belajar lebih tekun, suatu hari nanti Amerika akan dikuasai oleh bakat-bakat dari kalangan muslim yang sedia menolong dunia dengan menerapkan Islam kaffah.
Sumber: Al-Wa’ie