[Aktiviti] Street Dakwah dan Kempen The Power of Ummah
30 Jun 2024 (Ahad) – Muslimah HTM telah mengadakan street dakwah dan aktiviti kempen di Dataran Nilai. Nasyrah bertajuk ‘Ayuh Wujudkan Kesedaran Politik’ telah diedarkan kepada para pengunjung yang sedang beriadah dan beraktiviti bersama keluarga. Kesedaran tentang kunci untuk membebaskan umat Islam di Palestin adalah dengan kesatuan umat Islam di bawah satu pimpinan. Oleh itu, bagi meraih kemenangan, kesedaran politik Islam adalah penting bagi mengembalikan ‘The Power of Ummah’.











