[Aktiviti] MANJUNG, 3 Julai 2024 (Rabu) – MHTM cawangan Manjung telah mengadakan sembang santai bersama penduduk muslimat di Lekir, Perak dengan tajuk “Penyelesaian Sebenar Isu Palestin “. Ukhti Rahmah selaku pembentang telah berkongsi kepada hadirin tentang bagaimana keadaan yang berlaku di Palestin pada hari ini. Situasi memilukan sedang menimpa umat di sana, yang mana mereka diperangi, dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh rejim Zionis tanpa mendapat pembelaan yang benar dari mana-mana pemerintah negara umat Islam yang lain. Justeru itu, pembentang menegaskan bahawa hanya satu penyelesaian yang tuntas bagi menghentikan kebiadaban perbuatan rejim zionis adalah dengan jihad fisabilillah di bawah naungan suatu kekuasaan iaitu Khilafah. Inilah yang perlu umat hari ini, dari setiap lapisan masyarakat perlu tahu dan suarakan.
#kempen
#thepowerofummah
#kempenzulhijjah
#palestin




