[Aktiviti] SHAH ALAM, 30 Jun 2024 (Ahad) – Sekali lagi MHTM cawangan Shah Alam telah mengadakan dakwah jalanan dengan tema “The Power Of Ummah” di sekitar Setia City Mall. Para aktivis menerangkan secara ringkas sejarah dan peristiwa berkaitan Masjidil Aqsa, salah satu masjid yang disunnahkan untuk diziarahi oleh umat Islam. Seterusnya, orang awam diajak untuk sama-sama memikirkan persoalan Palestin sebagai persoalan agama, bukan sekadar persoalan kemanusiaan. Banyak alasan mengapa kaum Muslim mesti memandang dan menyelesaikan krisis Palestin sesuai syariah Islam. Sebahagian orang awam turut serta dalam aktiviti bergambar untuk solidariti demi Palestin bersama slogan-slogan yang disediakan.
Semoga usaha kecil menyuarakan nasib saudara-saudara yang tertindas ini menjadi suara dukungan global untuk ummah di Gaza dan Rafah khususnya, dan menjadi amal yang diterima di sisi Allah swt.









