[Aktiviti] JOHOR BAHRU, 29 Jun 2024 (Sabtu) – Program The Power of Mother telah diadakan buat kali kedua dengan membawa tajuk “Pendidikan Anak- Anak Dalam Mengenang Haji dan Pengorbanan”.
Seramai 60 peserta telah hadir bagi memeriahkan majlis. Turut serta 20 kanak -kanak yang disantuni oleh AJK Kids Corner.
Slot pertama bermula jam 3 petang membincangkan tentang pemerhatian speaker dalam mengenang pengalaman mereka melaksanakan ibada haji dan umrah. Seterusnya menimbulkan persoalan-persoalan yang berkaitan Pengorbanan, Penyatuan, Kesatuan dan Kekuatan umat.
Program berkonsepkan `table talk discussion’ ini mengajak peserta memberikan pendapat masing-masing tentang persoalan yang telah diberikan speaker. Seterusnya speaker memberikan jawapan mereka dalam slot ketiga selepas minum petang.
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan tamat jam 5.30 petang yang disudahi dengan sesi fotografi bersama peserta.
In shaa Allah peserta bersetuju demi mengembalikan kekuatan umat, mewujudkan semula kesatuan umat itu merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh dilihat remeh. Kesatuan hanya boleh berlaku dengan usaha umat kembali kepada Tuhan yang satu, akidah yang satu, kitab yang satu dan nabi yang satu dimana sunnah Rasulullah SAW merupakan penyatuan umat yang perlu diteladani dan diikuti sebaiknya. Usaha ini tidak mungkin boleh dilakukan tanpa umat rela berkorban demi mencapai kemenangan hakiki.
#thepowerofmother
#kempenzulhijjah
#talkdiscussion




























