[Aktiviti] IPOH , 29 Jun 2024 (Sabtu) – Aktiviti dakwah jalanan “All Eyes on Rafah” di Taman Tasik Temoh. Aktivis MHTM mengajak komuniti untuk sama-sama ingat bahawa kita (umat Islam) adalah bersaudara sepertimana dalam surah Al Hujurat ayat 10. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa menjadi umat yang bersatu, sama sepertimana bersatunya umat dalam mengerjakan ibadah haji. Kesatuan ummah inilah juga merupakan salah satu kunci penyelesaian bagi permasalahan yang sedang menimpa Palestin.
Terima kasih kepada ahli komuniti yang mendukung dan sudi ikut serta menyuarakan seruan solusi jihad bagi membela Palestin. Semoga usaha ini menjadi saksi keberpihakan dan kesatuan kita dalam membela nasib ummah.
#kempen
#thepowerofummah
#kempenzulhijjah
#palestin






